Saturday, April 7, 2012

Our last autumn


Sekarang ni cuaca makin nyaman kat Perth nih. Cuaca Perth yang I tak tahan hanya lah musim summer yg panas melampau tu. Musim lain ok , nyaman je. Proses memacking barang pun dah sampai stage terakhir. InsyaAllah 11 hb ni shipping company akan dtg untuk collect all the barang.

Then, on the 12 April bermula lah proses intensif mencuci umah. Plannya, En Hubby and I akan cuci dulu sedaya upaya kami, then final stage baru panggil professional cleaning company untuk clean all carpets. Jimat sikit. Resit pembayaran dari professional cleaning company tu kena hantar kepada house agent sebagai bukti yg umah tu dah dicuci secara professional. Fuhh! Itu lah yang leceh, rules kat Oz/WA ni, umah yang disewa mesti diserahkan kembali dalam keadaan seperti mana yang kita terima (mula menyewa). Meaning, En Hubby and I kena lah buat proses mengecat dinding (few spots) yang Si Nina dah tunjuk bakat Picasso dia.


Nasib baik gak umah ni tak ada masalah Cik Siti (Tikus) dan sebagainya. Kalau tak kena panggil professional pest killers plak untuk combat Cik Siti nih, then again, resit kena tunjuk kan house agent sebagai bukti yang kita dah berikhtiar membasmikan Cik Siti secara professional. Haaaa.....kepada pihak penaja, kalau ada yang terbaca blog ni, bayangkan lah cost ($) yang kami student kat WA ni nak kena keluar dari poket sendiri b4 dapat balik ke Msia untuk semua service yang namapun "professional". Bukannya kami syok syok nak buat, ini adalah law kat WA, kalau tak ikut tak leh la nak sewa umah kat sini. Tak kan lah plak 4 tahun nak pacak khemah bawah pokok.


Satu lagi, semasa proses cuci mencuci dan proses penyerahan kunci umah dilakukan nampak gayanya kami kenalah menumpang berteduh kat umah kawan kat sini. B4 this pun ada yang dah berteduh kat umah kami. Kiranya ini semangat tolong menolong yang ada antara student Malaysia kat sini le. Maklumlah, mana nak korek duit nak sewa hotel or lodge dalam proses tersebut yang selalunya ambik masa around 2 weeks. Travel lodge yg paling korok untuk family 3 anak pun dah $100 per nite. Again, kat WA ni nak sewa bilik hotel/lodge pun kena ambik kira bilangan anak. Tak leh nak sumbat je..... kui kui kui.


Apa kaitan posting ni ngan tajuk kat atas tu? hahahaha..tiada correlation pun. Yang pasti I sedih nak meninggalkan musim autumn yang nyaman dan mendamaikan. Masih teringat, tatkala I buntu untuk menulis thesis dan menyelesaikan problem PhD, melihat daun daun yang gugur dan suasan autumn dari tingkap bilik juga membantu mengurangkan stress. Berjalan dan melihat anak anak gembira bermain di park di musim ini juga mendamaikan perasaan. Hembusan angin di musim ini yang kekadang sejuknya terasa ke tulang membawa seribu kenangan dalam hidup. Autumn tetap dihati...

7 comments:

marinahunny said...

itu la bagus juga law sana yg buat mcm tu. Rumah yg nak diserahkan mesti sama dgn keadaan asal. Kat msia saya rasa jaaaaraannngg sangat yg tinggalkan rumah sewa dlm keadaan sama spt mula2 sewa..

Salam perkenalan :-)

huda said...

Intan

Tak sia-sia kerja sebagai PTD kat sana, bolehlah dipraktikkan sekarang :)

huda said...

Intan

Tak sia-sia kerja sebagai PTD kat sana, bolehlah dipraktikkan sekarang :)

huda said...

'masih aku terasa' dari Man Bai.. huhu menusuk kalbu

mulan said...

Salam kenal marinahunny,
I agreed with wht u said, kat Msia patut juga dibuat law cam gini.
K chik,
Itulah kelebihan ada experience PTD.
Yang mana yang menusuk kalbu tu..heee

huda said...

Intan

2o years back masa terpaksa meninggalkan UK sayu je rasanya, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan plak tpt menimba segala ilmu

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM w.b.t. Saya shah berasal dr Taiping Perak & menetap di Langkawi. Saya sebenarnya sudah lama menyimpan hajat utk berhijrah ke Australia tp disebabkan tiada saudara & kwn terpaksalah tangguhkan dulu maklumlah org kampung mcm saya ni. Soal modal INSYA ALLAH rasanya tiada masalah utk 6-12 bulan pertama kat sana. Diharap tuan puan sekeluarga dapat  membantu saya seadanya. Utk makluman tahun Lepas saya &isteri hampir pastime Australia tp nyaris ditipu oleh Kawan & ejen yg akan menguruskan kami.