Thursday, December 20, 2012

You must know how to play the game

Tajuk kat atas tu meleraikan kebuntuan otak aku mencari penjelasan diatas beberapa kejadian yang aku tak berapa nampak logiknya. Dah hampir 1 semester aku mula bertugas. Sepanjang 1 semester, banyak yang aku perhatikan. 

Walaupun secara dasarnya tak ada apa apa perubahan yang nampak ketara, hakikatnya permainan dan percaturan dalam dunia akademik makin hebat. Tambahan lagi di sebuah pusat ilmu yang terbesar diMalaya, yang punyai sources of income yang amat limited berbanding dgn sumber manusia yang sedia ada, corak permainan nampak gayanya semakin sukar diduga.

2,3 orang kawan rapat membentangkan few things bertujuan menyedarkan aku yang lebih banyak berada didalam duniaku dan bekerja mengikut buku. They said, "nowadays, bagus saja tidak cukup, you must know how to play the game". Mereka pun memberi beberapa contoh untuk membuka mataku dan mindaku serta menyedarkan aku dengan persekitaran yang semakin mencabar. Apa yang dibentangkan mereka jelas membuktikan yang peluang akan lebih berpihak kepada siapa yang bijak bermain. 

Persoalannya "Adakah aku bersedia untuk bermain cara mereka?"......


Monday, December 10, 2012

Adakah kereta anda selamat??

Mak saya punya sebuah kereta Proton Saga. Usia kereta tu about 14 years. Kereta tu kereta kesayangan mak. Idaklah sebab mak punya semangat patriotrik yang tinggi dan amat menyanjungi jenama Proton, it is just because that car peninggalan aruah Abah. Abah hanya sempat guna kereta tu selama 1 tahun then pegi menemui Ilahi. Kiranya kereta tu ada sentimental value dihati mak.

Mak menguruskan semua hal hidup di donia ini menggunakan kereta tu. Besar jasa kereta tua tu. Tapi usia mak yang makin lanjut dan usia keta yang makin meningkat menimbulkan pelbagai masalah. Kudrat mak dah tak sekuat dulu untuk memutar steering kereta yang keras (bukan power steering). Aircond kereta tu pun selalu meragam. Kekadang mak sendiri pun tak pasti minyak ada ke tak coz indicator dah rosak. Semua tu membuatkan kami anak beranak risau akan keselematan mak. 

Ditambah plak kritikan kritikan pedas dari cucu cucu mak bila terpaksa naik kereta mak. Si Nina tanpa sedikit pun rasa bersalah akan memberi komen komen pedas tentang kepanasan berada didalam kereta mak apabila dia mengikut mak berjalan. Walaupun mak mengupah aisrim, dia tak akan putus putus komplen about the car. Abg Ngah sekali sekali akan mengeluarkan rasa tidak puas hati dan tidak selesa bila naik kereta mak. Abg Long and Ez yang dah makin besar tidak akan memberi komen secara telus tetapi akan memberi pelbagai alasan supaya mereka tidak perlu naik kereta mak.

Setelah cadangan untuk membeli kereta baru tidak mendapat sokongan, kami mencadangkan mak buat "make over" kat kereta dia. Akhirnya bermula lah proses makeover tu dan akhirnya keta mak di cat kan dgn warna baru. Saja untuk memberi mood baru kat mak.

Kebetulan kedai mengecat tu dekat ngan umah saya. Tokey kedai tu pun menghantarlah keta mak yang siap di cat tu kerumah saya pada satu malam. Sebelum masuk Isyak En Hubby dan saya pun menghantarlah kereta mak tu ke rumah mak. 

Apabila sampai umah mak, barulah kami berdua perasan yang kunci kereta yang digunakan tu BUKAN kunci kereta mak. Selama ni, saya ingatkan setiap kereta punya kunci yang tersendiri. Ye lah kaann...mestilah ada ciri ciri keselematan. Kejadian malam tu membuktikan pemahaman saya salah. Kami selamat menghantar kereta kat umah mak menggunakan kunci kereta Proton kepunyaan orang lain. Siap sempat berhenti isi minyak lagi.

Untuk kepastian, kami pegi balik berjumpa tokey kedai. Dia mengesahkan yang tersalah memberi kunci. Kebetulan ada sebuah lagi kereta Proton yang sedang di cat. Kelakarnya dia plak bertanya kami macam mana engine kereta bole start??.kih kih kih...

Saya bukan engineer dan tidak langsung mahir bab bab kereta. Cuma akal saya bertanya, mana ciri ciri keselamatan kereta Proton, kalau dah kunci kereta orang lain bole digunakan untuk kereta kita tanpa sebarang masalah?. Macam mana diaorang design kunci kereta? Is it by batch? contohnya tiap 1000 kereta punya kunci yang sama? haish.....tak kan kot....kalau ada yang membaca posting ni and mahir bab bab keta ...cer citer...cer citer.....




Friday, December 7, 2012

Untuk yang belum kenal aku

Aku memang suka cakap apa yang ada dalam kepala aku. Kalau aku kritik bukan maksud aku tak suka. Kalau aku komen bukan maksud aku tak sokong. Kalau aku marah pun belum tentu indicate yang aku benci. Semua tu hanyalah menunjukkan otak aku memproses data dan menghasilkan result yang berbeza. So, jangan sensitip sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku memang suka bergurau. Kekadang yang selisih ngan aku tu lecturer muda lelaki/ nak plak bekas student aku ,aku selamba je cakap "Morning handsome". Kekadang plak yang selisih tu lecturer muda perempuan. Aku selamba je cakap "Hi Gorgeous".  Kekadang plak, bila  ada yang menelipon opis aku, and aku rasa org tu bole bergurau aku akan jawab panggilan " Ya, darling...ada hal apa??".  So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku memang suka membaca. Kalau ternampak aku tengah dok kelebek URTV, Mastika, Anjung Seri, Gempak , MiDi... jangan terkejut, aku la tu. Aku baca apa saja bila aku berkesempatan. Sudah tentu aku kena baca journal article untuk mengupdatekan diri aku dan aku juga baca Al-Quran tiap hari. So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku juga kekadang suka buat bodoh.  Method ni aku apply bila aku dah tak tahan dgn cara perbincangan atau topik yang dibincang atau dgn org yang dok berbincang dan aku tak leh nak lari dari sesi perbincangan tu. So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku juga suka buat derrrk.  Apabila telinga En Hubby yang berkulit putih itu bertukar ke warna pink beserta lontaran vokal nya yang pasti dikagumi oleh juri juri Akademi Fantasia dan raut wajahnya yang dah bertukar mcm raut wajah Lin Dan masa lawan Chong Wei ari tu. Haa....ini semua tanda tanda yang En Hubby dah naik temperature. Masa ni la aku apply method buat derrrk nih.....kih kih kih.


Thursday, December 6, 2012

Di celah celah kesibukan...

2 days ago I got a phone call from a concerned father. His daughter is doing her A-Level and having problem with accounting subject. Based on her daughter's previous academic achievement, he sounds very sceptical about her daughter's performance. Whilst her daughter is having a 1 month break, he requested me to do 1-1 intensive tuition. Fuhhh....what a request!!

The truth is I am very (10x) busy. Now I am "marathoning" to finish up the syllabus. Not to mention bundles of test papers & quizzes which I haven't even touch yet + the FRGS proposal which is still in WIP mode + 2 courses which I need to attend in December + need to submit the SKT & the ATP to my boss for my yearly assessment.Talking about ATP, I was surprised to find out that my ATP figure has reached more than 50 (the required band is only 39). Patutlah...I bz macam bees.... asyik keluar masuk class sampai tak sempat nak berdonia.... 

Well...all the above adalah yang tersirat. Yang tersurat, I asked the father to send her daughter to my house. I need to talk to her daughter and find out what is actually the problem. As a mother, I think I can understand kerisauan the father. Tak sampai hati nak cakap kat the father "Maaf, saya bz amat...almost tiap hari saya sampai umah pukul 6 or 7 pm".  

When I reached home, I discussed the issue with En Hubby. Alhamdulillah, En Hubby is willing to take over the "tuition" session. For this semester, En Hubby is teaching Accounting Information System (AIS), so beban kerja kurang sikit coz diaorang ada lab session and dia masuk keja pun semester dah nak abis, so loading kerja tak le banyak bebenor.

The funniest thing is bila the father datang my house untuk bertanyakan bab bayaran. He mentioned that he is willing to pay the tuition according to the mrkt price. Tuition for A Level subject memang mahal. He said he understand if we (En Hubby & I) nak charge extra because this is 1-1 session. Terkedu dia bila En Hubby cakap " No worries... free of charge"....