Sunday, October 12, 2014

Aku tidak produktif

2014 dah makin hampir ke penghujung. Dari segi akademik, aku langsung tidak produktif. Yang hanya dapat direkodkan adalah kejayaan mendapat dua research grant dari Sumitomo Foundation and CIMA-South East Asia. Sumitomo Grant dah sampai tahap data collection. Aku berdoa di beri kesihatan yang baik untuk menghasilkan sekurang2nya dua penerbitan bersama research team yang lain. Alhamdulilah, so far aku selesa bekerja dengan mereka.

Untuk CIMA plak, proses tandatangan research agreement pun belum selesai. Aku akan bekerja dengan team members yang sama kecuali this time kami jemput Dr FF to join us. Jadi ala ala mentor gitew- tunjuk ajarku Sifu!. Pada masa yang sama aku sedang menghasilkan satu paper bawah accounting education reseach unit ( ni fakulti punya arahan). Dah 50% siap ditulis. As usual, terbantut kes data collection lerr.. insyaAllah my other co-authors tengah membantu mendapatkan jumlah data seperti yang dirancang. Then, aku bole sambung tulis findings & conclusion. Hopefully by next meeting, team kami ada something to present to the faculty...

Selebihnya, masa aku dihabiskan dengan menyediakan bahan pengajaran, keluar masuk kelas yang berbelas belas jam seminggu, menyediakan soalan2 final exam untuk satu Malaya. Vetting  soklan2 final exam untuk zon utara,  buat tugas2lain/ arahan fakulti & universiti. Tak lupa juga tugas aku sebagai tukang masak, penghibur, counsellor, amah, bibik dan jururawat kat umah. 

Kekadang aku pun dah makin konpius dengan bakat aku dalam menjalankan pelbagai tugas yang berbeza skop and skill nih. Perhaps masa aku dok tonyoh bontot kuali tu may b aku lebih mirip kepada kepten Amerika and kalau batery kat dalam jantungku, sudah tentu lah aku jadi iron man dan kalau ada lampu di dadaku mestilah aku sehebat ultraman.

Namun, impian sebenarku hanyalah ingin menjadi seperti Elsa di dalam Frozen yang punya kuasa menukar semua benda yang disentuhnya menjadi ais. Andainya ini menjadi kenyataan aku akan berlari kencang untuk menyentuh dan membekukan seseorang sambil menyanyi lagu...Let it Go...Let it Go....Let it Go....Siapakah orang itu???? shhhhhh....ROHSIA....hahahahahaha