Friday, February 25, 2011

Yang Pelik Itu Benar...

Dari zaman remaja saya memang tak pandai dalam bab bab memasak. Umur 13 tahun saya telah memasuki sekolah asrama penuh. Setiap hari saya dijamukan dengan nasi kawah yang lauknya sukar "dikenalpasti". Every week, malam selasa best sikit, kononnya grand dinner, lauk ayam and dapat aiskrim. Yang pasti saya tak perlu fikir apa yang nak masak and mcm mana nak masak . Hidup begitu mudah.

Bila cuti sekolah, masa tu lah saya melepaskan rindu makan masakan my mom. Mak saya plak akan pastikan dia akan masak makanan kegemaran kami adik beradik. Walaupun saya wajib masuk kedapur dizaman remaja, tiada sebarang "transfer of technology" tentang cara memasak yang berlaku kerana tugas saya hanya lah berkisar tentang mengupas bawang dan membasuh pinggan and periuk.

Saya masih ingat mak memaksa saya menyalin beberapa resipi mudah b4 saya berangkat ke UK untuk buat my first degree. Risau amat aruah abah and mak tika itu. Takut nanti saya makin kurus and sakit. Kat UK saya belajar tentang hidup including memasak. Cuma , saya lebih banyak guna konsep "bantai je" bila memasak. Asalkan tekak saya bole terima and perut saya tak meragam sudah. Jarang sekali saya ikut resepi.

Bila saya bertunang, mak start membebel bab bab memasak. Saya pun dah mula risau bila mak start cerita tentang kecerewetan ibu mertua dalam hal didapur. Bermula lah proses "transfer of technology" didapur. Cuma tak effective sebab saya tak minat and ambik mudah tentang semua benda.

Bila kawin, aruah ibu mertua memang gemar kedapur. Cuma bagi dia dapur is her kingdom. Dia tak berapa suka anak menantu kat dapur. Hanya maid je yang dibenarkan membantu dia memasak. Itu pun buat benda benda asas. Terbantut le plak pembelajaran saya bab bab memasak.

Bila mula hidup sendiri ngan hubby, baru lah saya betul betul memasak. Hubby saya plak tak gemar makan makanan dari kedai (may be sudah dilatih oleh my mother in law ). Cuma dia tak cerewet. Sayur tumis "bodoh" pun dia bole makan asalkan saya masak and not from kedai.

Bermula lah satu kehidupan yang dicorakkan oleh my hubby yang semua urusan dapur and bab bab masak saya yang incharge. As years passed by, skill saya pun makin improve. Hubby plak hanya akan membantu bila keadaan terdesak je. Bila anak bertambah, kami menggunakan khidmat maid. Tetapi "bibik' tidak dibenarkan memasak. Saya akan bangun awal pagi untuk memasak b4 pergi kerja.

Bila saya sambung buat PhD, hubby dah mula adjust to the situation. Dia makin kerap membantu dlm bab kedapur especially bila saya perlu jumpa svsor. Tinggal lagi, bentuk bantuan yang diberi bergantung pada mood beliau. kalau keadaan tak terdesak, setiap hari saya masih lagi menguruskan hal hal r/tangga, anak and memasak seperti biasa. Tiada yang berubah, cuma, saya semakin sibuk.

Disini saya terjumpa dgn beberapa pasangan yang sang suami menguruskan hal hal r/tangga including memasak setiap hari and setiap ketika. Kalau sekadar membantu sekali sekala, tidak la saya rasa pelik. Itu keadaan biasa bagi yang punya isteri tengah sambung study.

Saya rasa amat pelik bila setiap hari sang suami akan memastikan rumah dikemas (jika perlu), uruskan anak anak and memasak untuk keluarga. Saya pernah terjumpa sang suami yang mengendong anak kecil sambil sibuk memilih brg dapur. Terkial kial dia ngan anak kecil. Tak sampai hati saya tolong dukung anaknya supaya dia bole memilih brgan dgn lebih selesa. Saya kagum dgn pengorbanan golongan golongan ini. Tak ramai, tapi ada.

Terfikir saya, bertuahnya si isteri mendapat suami baik begini. Cuma saya punya dua anak lelaki, adakah saya sanggup melihat anak anak lelaki saya menerima nasib sebegini??? PhD banyak mengajar saya tentang kehidupan....

Tuesday, February 22, 2011

Cahaya itu....




Setelah puas menggali, tetiba ternampak satu cahaya. Sekarang ni aku kena pastikan plak, adakah yang ku nampak itu cahaya yang dapat menyinar alam or cahaya api yang mungkin membakar diri. Semua ini akan ditentukan this coming Monday. Kenapa Monday and not esok or lusa? Sebab Mahagurunya berada agak jauh dari perigi butaku. Laluan untuk berjumpa Mahaguru pun sesuatu yang mencabar kesabaranku. Muga Allah lembutkan hati Mahaguru untuk memberi ilmu kepadaku...

Saturday, February 19, 2011

SWOT analysis : A review

Sesapa yang mengajar or belajar strategic management, mesti familiar ngan S.W.O.T (strength, weakness, opportunity and threat) analysis. Kononnya, businesses are encouraged to do SWOT analysis to help their survival in the competitive environment. In short, businesses need to fully utililise their strength in order to grab all opportunities and at the same time need to be aware of their weaknesses so that these would not become the threat to their organizations. Applying SWOT analysis gak membolehkan weaknesses of your competitors jadi opportunity to your company.

Through my observation ,I think SWOT analysis gak bole dibuat in your PhD journey (waaa...cakap macam bagus..kah kah kah). The only thing is that , you must be aware that in PhD life, your strength might not benefit you and the opportunity might not provide a positive outcome in your journey. Conversely, your weaknesses might be beneficial to you and you are actually could gain from the threat surrounding you. Pendek cerita, kekadang org yang banyak weaknesses dalam diri dia and dikelilingi plak oleh threat bole lebih berjaya compare ngan org yang penuh strength and dapat all the opportunities.

Waaaaa....ini kalau all the management sifu baca posting ni, mau menangis ni...mau diaorang hangin 7 hari 7 malam... mesti ada yang kata "siapa kah mak cik ini yang berani memanipulatekan (dewan bahasa ..jgn marah ye) SWOT analysis nih?"...

Katalah you are so bijak, confident in your action, ada banyak experience, pandai buat keputusan (semua ni your strength factors ni), benda benda ni may be membawa bahana dalam your PhD life. All these factors boleh membuat you sukar menerima kritikan, kutukan dan hentaman.

haaaaa.....you kena ingat, dlm PhD life ,either you bentangkan your research or hantar ke journal, ada ramai yang akan mengkritik, mengomen and segala macam meng lagi lah. Ketajaman pena reviewer atau keceluparan mulut pengomen yang kekadang setaraf ngan mulut Adlin Aman Ramli dlm akademi fantasia (mamacrocs 2011) mungkin akan menghancur leburkan ego mereka yang ada the aforementioned factors tadi.

Sama gak, you dapat peluang to do your PhD kat memana universiti ternama diluar negara. Opportunity ni may be akan bawa bahana gak kat diri you kalau ilmu research you kurang didada. Most of the top universities assume that once you daftar je as research student, ilmu research dah penuh didada, you hanya perlu test your skill je during your PhD journey.

On the other hand, katalah hamba Allah ni very "so and so" (penuh ngan weakness le ni) dia may be lebih terbuka dlm menerima kritikan and hentaman tentang his/her work. Maklumlah may be sepanjang kerjayanya (b4 jadi PhD student) dia dah biasa "disayurkan" oleh pihak atasan. Takat keceluparan mulut pengomen tu and ketajaman pena reviewer, apa lah sangat . Dia mungkin berkata " ada aku kesah..."

Bagi yang melalui PhD journey penuh ngan constraint plak (threat le ni), mungkin akan menjadi lebih pandai dalam time management. Dia org terpaksa gak bekerja or menghasilkan kerja seperti student PhD lain yang mungkin kurang constraint sebab expectation svsor and universiti sama je.

Maaf sekiranya anda terpedaya dgn tajuk yang nampak gempak tu. Anda perlu ingat, ulasan ini dibuat ketika penulis masih berada di dalam perigi buta. Sebab tu lah content and gaya penulisan yang begitu celaru. To me, the only predictable thing about PhD journey is it is unpredictable.

Thursday, February 17, 2011

Perigi Buta





First time saya tengok perigi buta dalam cerita P Ramlee masa saya kecik dulu. I can't even remember the title of that film. It was a long long time ago. During that time, TV pun masih hitam putih and bentuk cam almari. The time where org kampung watch TV only on weekend kat umah org kaya kat kg. The awaiting Friday night for me as kids because only at that night kat TV ada Malay film.

Bila dah tua, I remembered watching a horror film "the ring" (kalau tak salah le)with my boys. Ada scene about perigi gak (but not sure buta ke idak this perigi). One thing for sure, this perigi looks scarier than the one in P Ramlee's film.

Why did I write about perigi? I feel like I am in the perigi (don't care whether it is buta or not) now. I know that I need to think of ways to get out from this nasty, dirty, scary place but I just don't know how and at the moment I can't see any thing that could help me to the escape.

My energy pun dah makin kurang . Kalau dalam cerita ultraman, time ni lampu ultraman dah flashing dah. And for sure Abg Ngah and Nina yang dok nganga tengok dah makin excited. To them by hook or by crook ultraman must win!. Cuma , I am not ultraman. I am just an ordinary woman with 3 kids and having the other half also struggling to get out from his "perigi".

What should I do??

Saturday, February 12, 2011

Another Tony Jaa in the making..



This year Abg Long ambik Media as one of his subjects for Year 10. Students taken this subject were divided into small groups and each group need to produce 1 short film. His group decided to produce 1 action pack film ( rasanya sebab tak ada pompuan dlm group dia).

Abg Long informed me that now they are busy developing the story board. After that, they need to build the set, then baru la bole start shooting. I asked him who is the director?. He said, one of his friends who come out with the initial idea of the story will become the director. He said the director need to know the story well so that film tu tak lari focus. Then, he proudly said "I have been selected as the hero". At this point, my hubby and I dah tak dapat nak control gelak dah...


Note: Kepada nuk nuk, achu, mummy and daddy...tunggulah kemunculan Tony Jaa di FB anda bila film dah siap....

Friday, February 11, 2011

Kisah Aku dan Dia...






Lately ni banyak plak kisah duka PhD students kat bumi Oz ni. Ada yang aku dengar dari tuan tubuh sendiri, ada plak dari third party. Source mana cerita cerita tu aku tak kisah sangat , yang buat aku suspen tu, cerita cerita duka ni semuanya bergenre (ada ke word nih??) seram. Gamaknya PhD students kat Oz ni dah jadi macam film producer kat Msia le plak. Bila nak buat filem je asyik cerita seram..bila seram je asyik nak buat filem.

Bezanya cerita kat Oz ni lagi tragis dari filem Malaysia sebab combination of cerita duka and seram. Bukannya mcm yang dibuat di Msia cerita lawak bodoh and seram. Nak plak situasi aku yang dah masuk kategori " jangan pandang belakang" ni , lagilah buat cerita cerita terkini PhD student kat Oz ni jadi bertambah serrraammm...

Macam filem Hindustan, apa pun jalan cerita, siapa pun hero and heroin nya, pokok pangkal yang nak ditonjolkan adalah konflik dalam hubungan. Cerita kat bumi Oz ni pun sama tapi tak serupa. Cerita pasal konflik dalam hubungan svsor and student.

Dalam kehidupan PhD ni, hubungan antara student and svsor amat penting. Maklumlah at least 3-4 years student kena berbincang pasal research yang dibuat dgn svsor. Beruntung sangat kalau svsor mempunyai minat yang mendalam dgn apa yang student buat. Dapat plak svsor yang baik hati, yang plan kan kerja untuk student, yang jumpa student every week or fortnightly, yang balas e-mail tak kira pagi, ptg, siang , malam , weekened, public holidays etc. Tapi ingat, tak semua PhD student dapat svsor cam gini.

So far, my supervisor, tidak seperti yang ditulis di atas. Sedih ka aku??? During my first few months, yes, memang sedih. Sedih ngan nak mengadjust hidup kat sini, sedih ngan svsor aku yang mcm kena "kawin paksa" ngan aku. Abih first year, aku still tercari cari cara dia handle hubungan antara kami. During this time, ramai yang nasihatkan aku buat report and minta tukar svsor.

Aku tak buat report and tak minta tukar svsor. Pertamanya aku tak punya semangat "Tun Fatimah" cam kenkawan aku yang minta tukar svsor. Aku penakut. Keduanya aku malas nak melalui all the "clerical" work untuk process tukar svsor. Malas nak menyerabutkan lagi kepala aku yang dah memang serabut pada ketika itu.Harus diingat aku punya hubby yang juga buat PhD mcm aku and 3 anak yang also tengah mengadjust ngan kehidupan kat sini. Bole la bayangkan betapa sedih and serabutnya aku tika itu. Ketiga, aku rasakan disebalik semua yang tak dibuat beliau, mesti ada kebaikan Allah "jodohkan" aku ngan dia. Macam dalam perkahwinan, kalau ikut kita manusia, mesti kita nak yang best best je dari pasangan kita, tapi Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita (ni pesanan nenek aku kat aku dulu).


Frankly, aku pun tak pasti tindakan aku mengekalkan dia sebagai svsor ni betul ke tidak. Cuma masa second year, aku dah dapat baca pattern or cara dia supervise aku. I think, bagi dia , once you have registered yourself as PhD student you mesti bole buat independent study. Dia tak pernah kisah dimana aku bekerja, yang penting hasil kerja aku and aku "belajar" through out the journey. Aku rasa la, bagi dia process "belajar" ni plak, tak dak short-cut way. Lagi banyak mistakes yang dibuat,lagi banyak aku akan "belajar". Musuh utama aku dalam cara dia supervise aku ni adalah masa.


Secara tak sedar dia "mengajar" aku cara independent study. Dia mengajar aku untuk "berfikir". Jarang sekali dia memberi jawapan kepada soalan soalan aku. Yang selalu dibuat, dia menjawab soalan aku dgn memberi aku soalan lain pula. Setiap meeting, aku kena bersedia untuk menjawab soalan soalan cepu cemas. Jarang sgt dia becerita diluar ruang lingkup research aku. Kalau sejam meeting , meaning sejam la aku and dia berbincang/ bercakap pasal research. Tak ada benda lain.

Lepas meeting, selalunya masalah yang aku utarakan tak dapat penyelesaian, aku akan jumpa plak masalah lain yang berkaitan. Selalunya lepas 2,3 weeks baru lah aku TERnampak/ TERperasan jawapan bagi masalah aku. Itupun selalunya selepas jenuh aku berfikir dan cuba mencari jawapan bagi semua soalan yang dikemukakan beliau during the meeting.

Cara dia juga memaksa aku untuk merancang perjalanan PhD aku. Tidak pernah dia menghantar e-mail untuk jumpa aku atau minta aku hantar hasil kerja aku. Kalau aku rasa, aku dah nyawa nyawa ikan dgn masalah research aku and perlukan talian hayat, aku akan e-mail or kalau teruk sgt minta untuk berjumpa dia. The best part of him, dia akan membalas setiap e-mail aku dgn kadar segera and sentiasa willing nak jumpa aku. Cuma aku dapat trace cara dia. All e-mails hanya akan dibalas during office hours. Weekend or masa dia bercuti(selalu dia akan inform aku bila dia nak p enjoy) sorry tak dilayan.Aku plak, bila rasa aku dah abih buat something, kena la pandai pandai pikir masa yang sesuai untuk antar hasil kerja aku kat dia. Kalau harap dia nak minta or cakap apa yang aku kena buat sampai bila pun PhD aku tak bergerak gamaknya..


Bila masuk third year, aku dapat rasakan, cara svsor aku mengsupervise aku mcm dia main layang layang. Dibiarkan aku terbang bebas, tapi di perhatikan dari jauh and bila perlu sesangat baru lah dia betulkan tali suapaya layang layang tak hilang terus dibawa angin..tambah plak kat Oz ni angin kuat beb!

Susahke aku???? bagi aku, amat susah. Kekadang aku rasa mcm dibiarkan dalam lautan yang dalam sorang sorang. Tak nampak langsung daratan. Nak plak aku tak pandai berenang.Jaws plak banyak. Jadi untuk survive aku terpaksa berusaha sedaya upaya.

Betulke tindakan aku tak tukar svsor??? Ntah le. Cuma takat ni aku rasa dah banyak aku belajar dari dia. Atau, should I say cara dia mengajar aku untuk banyak belajar. Aku pun dah makin selesa dgn cara dia handle hubungan kami. Mungkin juga aku dah dapat "adjust" dgn keadaan or "expectation gap" dah makin kurang. Atau dia pun dah makin mengenali aku dan memahami kelemahan aku.

Berjaya ke aku??? My answer is "que ..sera...sera..". Yang pasti, hubugan aku ngan dia ibarat macam dalam perkahwinan, sentiasa berdoa muga Allah beri yang terbaik dan diberi kekuatan untuk menghadapi semua cabaran . Kesudahannya, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.....

Friday, February 4, 2011

Gulai telur itik

Ini makanan favourite Abg Ngah. Kat Msia kalau buat gulai telur itik, Abg Ngah mesti semangat makan nasi.Especially gulai telur itik masakan my mom. Yesterday, saya terjumpa telur itik dijual kat bakery. Harga sebiji $1. Sebelum ni tak pernah plak terjumpa telur itik dijual dimana mana kedai. Kalau kat oriental shop, telur masin (salted egg) ada lah dijual. Apalagi semalam lunch saya masak gulai telur itik. Abg Ngah senyum sampai ketelinga....

Wednesday, February 2, 2011

A thank you note...





This posting is specially dedicated to Mr FF. Thank you for your willingness to share your knowledge with me. Thank you for your precious time that you have spend teaching me. Thank you for your patience in dealing with PhD student like me. Thank you for answering all the "stupid" questions from me. Thank you...thank you...thank you..



p/s: Abg cakap nanti balik Msia kena jemput u and ur family to our house.

The return of my bz routine.....

Hari ni dah start schooling for 2011. Bermula lah episod kalut malut dalam hidup. The best part, this year J-Lo dah masuk kindy. Hopefully, 2 hari in a week yang Si J-Lo pegi kindy, dapat le Mama & Papa buat kerja PhD lebih sikit.
Routine tahun 2011 lebih kurang cam ni :
3.00 am: bangun...bangun...bangun...
5.30 am: send hubby to work (PTD)
7.00 am: prepare breakfast
8.00 am: send bebudak to school
8.30 am: fetch hubby from work (PTD)
12.00 noon: cook for lunch
3.30 - 5.45 pm: Work(PTD)
Lepas Maghrib: jadi ustazah plak
Immediately lepas Isya: zzzzz...