Thursday, December 31, 2015

Selamat tinggal 2015




In January we moved to a new campus. Proses pindah yang sepatutnya went smoothly & tidak meletihkan on our part bertukar jadi nightmare bila "org yang ada kuasa" tetiba buat keling. Putar alam. Disebabkan konsep cakap tak serupa bikin both of us kena travel from SP to Perlis for about 2 months. Masih teringat, ada hari pukul 8 malam saya  masih di R&R gurun. Nasib kami baik kerana pegawai di kampus baru memberi kelonggaran. Secara peribadi dia pun ada menyatakan tidak faham akan logik keputusan yang diambil oleh "org yang ada kuasa" kerana ada percanggahan dengan tatacara kerja. Ada yang mencadangkan kami melaporkan kepada pengurusan tertinggi kampus lama dan juga pengurusan tertinggi universiti.  Tetapi saya dan suami decided not to report. Sebagai pekerja bawahan kami akur. Kami juga tidak akan membuang masa dan tenaga kami lagi untuk hal2 yang berkaitan dengan "org yang ada kuasa". 

Itu antara kegilaan  "org yang ada kuasa". Selain itu beliau  pernah slash claim saya pegi meeting  (official meeting ke Puncak Alam habaq hannggg..) sehingga tinggal RM23. By the way rasanya RM23 tak lepas untuk tambang teksi dari kampus ke Jitra yer. Saya terkejut King Kong bila pihak kewangan memberitahu yang mereka tidak akan membayar claim kepada saya kerana kononnya ada orang yang memberi maklumat bahawa saya sebenarnya pergi meeting berkereta dengan suami. Jadi pembayaran hanya dibuat kepada pihak suami. 

Fitnah apa ka ini??? Saya bergegas ke bahagian kewangan membawa semua bukti perjalanan menghadiri meeting tersebut (meeting tersebut adalah arahan dari dekan) termasuklah boarding pass tiket penerbangan. Selain dari itu saya juga membawa bukti salinan borang claim yang saya buat untuk perjalanan ( attended meeting) sebelum itu. Claim tersebut telah diproses oleh pihak kewangan tanpa sebarang masalah. Cara pengisian sama 100% kecuali meeting sebelum ini saya diminta hadir dengan rakan sekerja yang lain (bukan suami). 

Terdiam pegawai yang memproses. Selepas meneliti satu persatu, borang claim & bukti2 perjalanan, pegawai tersebut memohon maaf dan menyatakan yang dia hanya menjalankan tugas atas arahan kerana ada orang yang melaporkan bahawa saya memberi maklumat yang kurang tepat di dalam borang claim ( beliau menggunakan bahasa halus untuk menyatakan bahawa saya cuba menipu claim). Terlopong dan bergenang air mata saya. Otak ligat berfikir, saya pergi menjalankan tugas rasmi dan ini yang saya dapat??.

Akhirnya saya berkata kepada pegawai tersebut "saya punya personaliti yang nampak tegas, bukan seorang yang lemah lembut, memilih untuk berpakaian yang sederhana dan bukan juga yang selalu mengeluarkan ucapan atau posting2 di wassap dan FB yang menunjukkan level keimanan yang tinggi. Tetapi saya amat pasti yang saya dididik oleh keluarga yang begitu teliti bab halal haram sumber pendapatan. Saya tidak akan buat claim yang tidak benar". Saya mohon untuk beliau reveal si pembuat laporan. Pegawai tersebut memilih untuk tidak memberitahu saya atas alasan tidak mahu perkara ini menjadi besar. 

Allah Maha kaya. Sebelum melangkah meninggalkan pejabat ada seorang kerani datang menghampiri saya. Sejujurnya saya tidak mengenali beliau pun. Tanpa saya minta, dia menyatakan boleh menunjukkan bukti laporan/nota yang dibuat bahawa kononnya saya telah pergi meeting tersebut berkereta bersama suami. Beliau lantas menunjukkan borang asal claim. Di borang itu jelas saya lihat ada nota yang ditulis oleh "org yang ada kuasa" dan initial beliau di hujung nota. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerani tersebut dan berlalu.  Dalam kepala berlegar persoalan: apasal sanggup buat fitnah?, kalau betul beliau keliru, kenapa tidak talifon saya dan bertanya? apa yang dia tak puas hati sgt dengan saya? Tak terfikir ke dia, saya pergi meeting atas arahan, bukan saya suka2 untuk pergi meeting??Ini bukan cerita drama tv. Ini realiti.  

Sekarang saya di kampus baru. Pengalaman lepas membuat saya menjadi lebih berhati2 dalam setiap tindak tanduk. Sejujurnya saya lebih banyak berkawan dengan suami dan fokus kepada kerja2 di pejabat. Saya memilih untuk tidak terlalu bersosial/ suai kenal dengan rakan sekerja dan tidak meletakkan diri saya di arus perdana. Saya suka dan lebih selesa untuk tidak dikenali. 

Allah makbulkan apa yang saya inginkan. Kebetulan kampus baru punya kekangan bilik untuk pensyarah. 40 hari pertama , saya tidak punya office. Tambahan pula saya masih berulang alik ke kampus lama.  After that, selama 6 bulan  saya ditempatkan bersama dengan  pensyarah PTFT (part time full time). Berkongsi bilik seramai 4 orang. Then, bulan ke 7 disini saya dan suami di beri satu bilik kosong untuk di kongsi ( bukan di bangunan pejabat pensyarah). Sehingga hari ini kami memilih untuk kekal dibilik ini, walaupun serba kekurangan dan agak jauh dari arus perdana. Alhamdulillah untuk 2015, dari segi output kerja , saya lebih produktif berbanding dengan 2014. 

Morale of the story. Manusia ini berbeza2. Ada yang diberi Allah segala tetapi masih tidak puas hati dan punya hati yang kotor. Berhati2lah dengan species sebegini. Sepatutnya tak perlu risau dengan pencapaian orang lain kerana kita kena yakin rezeki itu Allah yang pegang. Kepada "orang yg ada kuasa" di dunia ini anda bole putarkan segala untuk mengkaburi kesilapan dan kejahatan anda. Di Masyar kita akan berjumpa. Jumpa anda di sana..........

Wednesday, December 30, 2015

Gendang Di Palu...Pengantin Baru

On 27th Dec we attended a kenduri kawin. The father of the bride is my friend. We went to the same SBP long time ago. We were in the same class for 5 years (Form 1- Form 5). Molded by the same rules & regulations. Enjoyed hostel food from the same kawah. There he goes.....getting a menantu....well....time flies.....very fast......

Saturday, December 26, 2015

Back to reality

Dah sampai SP. Dah habis episode berfoya foya dan acara makan tak hengat donia. Realitynya: 

1) 1 mster thesis belum siap di baca-deadline 28 Dec
2) assignments & test students berlonggok untuk di buat carrymarks- deadline 2 Jan
3)first final exam scripts Audit akan masuk on the 28th Dec- as usual 5/7 days given for marking
4) second final exam scripts akan masuk on the 3rd Jan- 5 to 7 days after that will be the deadline
5) Invigilator for final exam /3 kali- makin tua , makin banyak kali le plak kena jaga exam nih..
6)  1 motivational/team building project nak kena arrange for diploma student- will be carried out in Jan.
7) menyiapkan research & innovation project for next year.


An email from my ex-supervisor telling me that he is holidaying for a month to refresh himself triggered my curiosity. Why can't we have semester system like them-semester system which tally with holidays/festive seasons or at least tally with the school holidays. 

Come on menteri-menteri yang bijak pandai please change for the better. Sekarang ni anak cuti sekolah, mak bapak sibuk kerja...bila mak bapak berpeluang ambik cuti, anak2 plak tengah sibuk bersekolah....Ini lah system Wak Dojer....Sekian.

Friday, December 25, 2015

Cik Ponti Vs Cik Lang

I am in Penang enjoying the Maulud Nabi & X'mas holiday with my family. Why Penang?. Nearest & cheapest holiday....hahhaha. Really need to think before spending nowadays including year-end holiday.

Yesterday we went to the Ghost Museum. My children memang suka tempat2 spooky nih. Bayar untuk menakutkan diri sendiri la. I learned something new. The main difference between Pontianak and Langsuir. Rupanya Cik Ponti berasal dari perempuan yang mati semasa mengandung. Cik Lang plak berasal dari perempuan yang mati semasa melahirkan bayi.....haaaaa.....nampak.... ada beza kat situ. Dari segi violence plak. Cik Lang lebih violent dari Cik Ponti.

If you are interested to know about the origin of local  hantu2 such as toyol, hantu cina, hantu toilet , penanggal as well as  ghosts from Thailand and Japan, this museum might be a good place to visit in Penang. This museum provides you with tour guides who are the experts about ghosts. Perhaps they have degree in tourism majoring in ghosts....heeee

Thursday, December 24, 2015

Assalamualaikum Dunia



Hi...I am back.

Dah 2 tahun survive selepas buat treatment. Result MRI paling akhir tidak memberangsangkan langsung. My neurosurgeon bagi another year untuk buat another MRI. So May 2016 ni insyaAllah I will go through another MRI. Side effects pun dah banyak especially my nerve...kacau sungguh sekarang ni...In fact neuro surgeon suruh pegi buat MRI leher and tulang belakang. Takat hari ni belum pegi buat. Malas nak lalui and malas nak fikir. Fibroid pun makin meriah membesar. Dah jumpa 2 pakar. Both said kena operate buang rahim. Tapi diaorang pun tak berani ambik risk untuk buat operation tu. Emmmm....selain dari 2 penyakit utama ni...kononnya saya sihat lerrr...the rest que sera sera......


Ok nanti kita cerita lagi....