Friday, December 2, 2011

Untungnya menjadi pensyarah

Menjelang tahun 2012 nanti, bermakna masuklah tahun ke 19 saya berada didalam dunia akademik. Ramai kenkawan saya memilih untuk join corporate sectors selepas kami pulang dari UK dulu. All of them sekarang ni dah berada di puncak kerjaya masing masing. Sesekali angin bertiup membawa khabar gembira tentang kejayaan dan kehebatan kehidupan mereka kini. Saya tumpang gembira.

Bagaimana dengan saya? Alhamdulillah, saya juga punya kehidupan yang selesa walaupun jauh sekali untuk dikategorikan sebagai 'hebat dan berjaya'. Kehidupan yang biasa biasa, ibarat lagu dangdut nyanyian Iwan dulu 'yang sedang sedang saja...'. Sesekali dihati kecil terdetik juga persoalan ' kalaulah saya menerima offer pertama selepas saya graduate dulu, adakah saya juga sekarang seperti mereka? '


Baru baru ini, saya berkesempatan berjumpa dengan seorang kawan lama. Beliau sekarang memegang jawatan hebat di sebuah syarikat hebat. Punya kereta hebat, lengkap dengan driver, umah yang amat selesa, suami yang juga berkerjaya hebat dan juga anak anak yang comel comel. Setiap kali berpeluang bercuti, beliau dan keluarga akan memilih destinasi destinasi hebat di luar negara. Kelihatannya beliau punya segalanya. Baru baru ini, Allah mempertemukan kami. What a small world!. Beliau masih ramah macam dulu cuma saya saja yang kekadang berasa agak janggal untuk berborak mcm zaman muda muda dulu.


Didalam pertemuan singkat itu, sempat dia bercerita tentang kehidupannya. Namun diakhir penceritaan, dengan nada sedih , dia merungut dan mencurahkan perasaan gundah gulana dia menjalankan tanggungjawab kerjaya dan mengharungi kehidupan yang serba hebat. Banyak yang dikongsi, cuma ada beberapa yang membuat saya amat tersentuh. Antaranya, beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan beliau tidak bertemu muka dengan suami selama 2,3 weeks. Hanya berhubung secara sms disebabkan tuntutan kerja masing masing. Juga, anak anak tidak berjumpa muka dengan beliau selama 3,4 hari dah jadi lumrah dalam kehidupan beliau. Maklumlah dia keluar kerja awal pagi and balik tika semua anak anak dah tidur. Dia juga bercerita betapa sibuk dia bekerja setiap hari. Semua benda dilakukan dengan terkejar kejar. Untuk kekal berjaya, perlu cepat, tepat dan perlu juga menjaga corporate image. Saya membuat conclusion yang dia mewah wang ringgit tapi miskin masa untuk diri, suami, keluarga dan juga untuk Allah.


Dalam diam, saya bersyukur amat menjadi pensyarah. Bukan kerana kerjaya sebagai pensyarah itu mudah, tetapi kerana:



1) Waktu bekerja yang agak fleksible. Saya merancang kuliah saya sendiri, dengan mengambilkira tuntutan dari pihak universiti. Walaupun masih terikat dengan jadual waktu yang padat, saya masih ada sedikit ruang untuk membuat perancangan sendiri.


2) Walaupun office saya hanyalah sebuah bilik kecil, tanpa sebarang corporate image yang gah gah, saya bebas menata hias bilik saya sendiri menurut keselesaan saya. Sebelum saya sambung study , didalam office saya dah saya sediakan sedikit ruang untuk anak saya yang kecil bermain main sekiranya saya perlu pulang lambat untuk menghabiskan tuntutan kerja.


3) Saya juga menyediakan ruang kecil untuk memudahkan saya menunaikan solat dan membaca Alquran. Walaupun jadual kerja padat tetapi didalam seminggu masih ada satu dua hari yang saya sempat melakukan solat duha dan membaca sebaris dua ayat AlQuran selepas sembahyang especially after zohor or asar. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh kawan saya di pejabatnya yang serba mewah.


4) Saya tidak perlu menjaga imej dengan keterlaluan. Mungkin ada segelintir yang berbuat demikian tetapi tidak saya. Saya bebas bergaul dengan sesiapa yang saya suka. Sudah jadi kebiasaan saya membelanja goreng pisang untuk mak cik cleaner yg bertugas mengemas bilik saya. Malah ada antara mereka yang tidak mengaddresskan saya sebagai Puan seperti yg lazim mereka lakukan kepada pensyarah lain. Mereka memanggil saya adik. Saya tidak kisah.


5) Saya bole menjalankan tanggungjawab saya dengan baik tanpa perlu menonjolkan diri. Saya lebih suka dan selesa org mengenali saya dari hasil kerja saya. Sebelum sambung study saya dah mula mencuba cuba menulis. Kini saya berharap saya akan dapat meningkatkan kualiti penulisan saya selepas tamat belajar. Kerja menulis tidak memerlukan anda menjadi 'glamour'. Saya percaya sekiranya apa yang ditulis itu adalah bahan akademik yang berkualiti, pasti ada orang yang sudi membacanya.


6) Pensyarah sering diberi tugasan/subjek baru. Walaupun memenatkan untuk membuat persediaan mengajar, secara tak langsung otak saya sentiasa bergerak aktif dan saya perlu banyak membaca. Bukankah membaca itu adalah titian untuk mendapat ilmu?


7) Yang pasti, sepanjang 18 tahun yang lepas tidak pernah saya tidak dapat bertemu muka dengan suami dan anak anak kerana tuntutan kerja. Walau sesibuk manapun saya, masih ada ruang dan masa untuk memasak makanan kegemaran suami dan anak anak, bertanya hal hal sekolah anak anak dan menjaga mereka ketika mereka demam.


8) Menjadi pensyarah melatih saya untuk melakukan hampir semua tugasan secara sendirian. Pensyarah tidak disediakan secretary. Tidak ada orang yang bole saya arahkan dengan mudah untuk melakukan kerja kerja clerical such as photocopy, editing, formatting etc . Anda perlu melakukan semuanya sendiri. Apa yang menarik? Perkara ini secara tidak langsung membentuk peribadi kita. Rentak bicara kenkawan saya yang berada di sektor korporat (tidak semua) berbeza bila bercakap dgn golongan 'bawahan'. Mungkin juga mereka terbawa bawa cara bercakap dgn staff bawahan mereka. Maklumlah, bukan mudah untuk mengawal staff bawahan yang ramai. Kadangkala mereka terpaksa bersikap tegas. Malangnya, tanpa sedar rentak bicara terbawa bawa ketika berbicara dengan org lain.


9) Hidup saya tidak dibelenggu beban hutang yang banyak. Tidak bermaksud saya tidak punya hutang. Sebagai pensyarah saya juga perlu berhutang untuk mendapat keselesaan dalam hidup. Mungkin yang berbeza definisi 'keselesaan' antara saya dan kenkawan yang berjaya dalam corporate sector agak ketara bezanya. Saya berpegang pada pesanan org tua tua 'besar periuk, besar jugalah keraknya'.


10) Menjadi pensyarah juga memberi ruang dan peluang untuk saya membantu melahirkan lebih ramai anak bangsa menjadi org yang berjaya.


Ringkas cerita, pertemuan singkat itu menyedarkan saya lagi atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Syukur atas segalanya. Thank you Allah...

15 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Setuju 1000% :-D

Anonymous said...

Mulan,

Sangat setuju... jika tidak dinilai dari segi harta benda. Saya percaya, menjadi pensyarah, ada ganjaran harta yang melebihi sempadan hidup. Barangkali kita kaya diakhirat? Mudah-mudahan diizin Tuhan.

Sevendrops

mulan said...

Fadz and sevendrops,
harap harapnya begitulah.. InsyaAllah..

reen said...

assalamualaikum...mcmana nak jadi pensyarah??

Anonymous said...

alaa dah miskin tu miskin la. Tak usah live in denial. Loser.

Anonymous said...

salam..sy berminat nak jadi pensyarah..boleh tak pn kongsikan cara-cara nk jd pensyarah..sy skg di tahun akhir degree & mrancang utk ambik master..adakah cukup sekadar master utk mlayakkan sy sbg sorg pensyarah..pastu ape bidang master yg mlayakkan sesorg utk jd pensyarah?thanks

Dr N said...

Sy bertukar career dr korporate ke academia, cabaran tetap sama tetapi samp pada satu tahap ketenangan itu lebih penting, masa utk family juga penting, mungkin ramai yg mencemburui kerjaya kita, semuga ibadah kita ini mendapat keberkatan,

Anonymous said...

Biar miskin harta, jgn miskin budi bahasa...

Aku Comel said...

salam...
Puan, bagaimana hendak menjadi pensyarah? saya cuma ada ijazah sarjana muda sahaja..
Minta puan beri pandangan...terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan..saya sdg mengambil master dan dalam semester yang akhir..saya mmg bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah tetapi saya tdk pasti laluan yg betul untuk sy mohon jd pnsyarah..hara puan dpt membantu..

Zawani Amirah said...

salam..sy baru je menolak stage terakhir utk interview dr syarikat besar..terpksa menolak sbb terikat dgn prjanjian JPA..x berani amik risiko krn syrkt itu sndiri ad kontrk jika sy trpilih...sedih jugk rase hati sbb gaji y ditawarkn agak lumayan..syrkt oil & gas la katakan...tp bile baca entry pn..trpujuk rase hati..mgkn ad hikmahnye ditolak...tq for the entry.. =)

Anonymous said...

assalamualaikum, saya nak tanya, saya sekarang dapat tawaran melanjutkan pelajaran. bachelor of economics (business economics) di UNIMAS.

boleh tak saudari memberi sedikit sebanyak bagaimanakah caranya hendak menjadi pensyarah? saya sebenarnya hendak menyambung jurusan yang berkaitan dengan pendidikan tetapi tidak berjaya.

sekiranya saudari punyai masa, bolehlah email saya h.wahidayah@gmail.com

saya inginkan pendapat saudari dan kita bolehlah berkongsi pendapat kerana saya sememangnya mempunyai cita-cita hendak menjadi pendidik di masa hadapan. semoga Allah SWT merahmati saudari..

Nora said...

Salam Anonymous, nak jadi pensyarah, syarat minimum kena ada masters degree sebab kita nak ajar students bachelor degree.

Selepas itu university akan wajibkan ambil PhD sebab kita akademik perlukan ilmu yang lebih tinggi untuk supervise students di peringkat master and PhD.

Pensyarah perlu membuat penyelidikan untuk meningkatkan ilmu, bentang papers sebagai publication, workshops, seminar, etc.

Kalau sekarang bekerja di korporat, boleh buat master secara sambilan dan kemudian apply masuk univ. Tapi kebanyakan univ sekarang require PhD utk jadi pensyarah.

So boleh start buat PhD secara part time dulu., bila dah ada PhD, terus akan dapat pensyarah kanan..

Puan Lina said...

Entry yang menarik. Saya sedang menmbang-nimbang untuk tukar jerjaya sebagai lecturer. Kerana kerjaya skrg mmbuat saya mmpunyai masa yg singkat untuk keluarga dan juga kerana saya mmg minat mengajar/tutoring.

Anonymous said...

Saya setuju...sy juga dr corporate sector from glc company. Im working in division direct report to president office and group ceo although i only ordinary staff..but i ve seen tht kind of work.n commitment..sgt sgt memenatkan..even sometime you hv you stay back untill 9..10..11..1.30am..sometime even 4am..when come to conclusion. No matter how rich you are..how "hebat" you are..but nothing would trade a moment being with family..time is running. We will never get our children childhood...kita boleh gelak2 geletek2 mereka when there was young..tht moment is so fun..rite