Sunday, December 29, 2013

Holier-than-thou

Besides K-Pop, this is another phenomenon that we are facing: Holier-than-thou. Of course no scientific data to support and 100% based on my observation. We (at least I am feeling it) can no longer talk or discuss about anything without somebody trying to connect it with religion. No more general or casual discussion. You don't believe me? Just look at the social media. Look at your FB or Wassap. Even if your intention just wants to talk about health in general, there will be postings that divert your original intention to religious issues. Don't get me wrong. I am not against any religious discussion BUT when people start putting their ideas by pointing out how wrong others are- I don't like it. Didn't get what I mean?? Ok for example when A is trying to discuss about going to the gym ( the good , the bad and what not), why do we need to give comment like .. Ooh if you zikir and always remembers Allah you will definitely have good & perfect health. Please.... can we just have a decent discussion???

Wednesday, December 25, 2013

Hormati Perbezaan

Lately there were blasting of emails/ postings in FB/Wassap/etc informing us that wishing Merry X'mas to the non-muslim is haram. At first I just ignored them because I am not that interested with the cut & paste method of disseminating information. But when the postings come with evidences such as videos or statements from celebrity ustaz/ustazah, they get my attention.

I still remember seeing the handsome imam (sebijik Slyvester Stallone masa muda)  in one of the mosques in Perth wishing Merry X'mas to his non-muslims friends with his most stunning smile. Haiishhhh...tak kan la imam tu sanggup menggadaikan akidah dia. Tak logik...tak logik.. Then I remembered beratur tunggu kedai buka untuk beli brg during boxing day with isteri2 ustaz. Haishhh...kalau wishing Merry X'mas pun rosak akidah/haram apatah lagi enjoying the X'mas offer. Apasal ustaz2 ni biarkan isteri2 diaorang buat benda yang merosak kan akidah. Sometimes I got info about Xmas sales from their wives. Tak kan lah diaorang sanggup biarkan isteri2 diaorang merosakkan akidah org lain plak. Macammana plak yang ada parents/mertua/ ipar duai still in  ugama lama.Takkan lah as anak you cannot call your mom and say Merry X'mas.  Haishhh...tak leh jadi ni. I have to check. 

Then I found out, Majlis Fatwa Malaysia in 2007 lagi dah pun perjelaskan isu ini. In short, if it is just wishing X'mas without any niat untuk sanjung agama tu BOLEHHHH...Tak adanya kacau akidah. Nak tahu detail pegi cari kat website E-Fatwa. My conclusion, ada percanggahan pendapat dalam isu ini. Ada yang menasihatkan untuk tidak ucap Merry X'mas risau nanti kita terpengaruh dgn agama tersebut and ini melibatkan akidah. They should put it in a nice way. Tak perlulah kita meletakkan org yang mengucapkan Merry X'mas itu seolah olah mereka dah hilang akidah. Why we need to be so judgmental on others? 

As for me, saya bukan pakar agama. Who am I to argue on the credibility of the appointed ulama in the Majlis Fatwa. Jadi saya mengikut apa yang diperjelaskan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Sekian.


Saturday, December 14, 2013

Dulu Bukanlah Sekarang...

Dah lama cuti sekolah. Belum berkesempatan lagi bawa bebudak jalan2. Abg Long, Abg Ngah and Nina pun dah resah dok berkisar kat dalam umah. Last week En Hubby beli jiwa bebudak dgn bawa diaorang pegi tengok filem seram Penanggal. Setakat ni hanya itu lah yang mampu kami berdua buat untuk spend masa dgn diaorang musim cuti sekolah ni. Yesterday Nina komplen. Dia cakap kalau kat Ostolia dulu Mama &Papa boleh bawa pegi main kat park petang2. Dulu Mama &Papa bz jugak, tapi kita selalu bole pegi jalan2. Sekarang dah tak pernah pun bbq, Mama pun tak pernah bawa pegi fishing & crabbing. Mama pun dah tak nyanyi &menari kat dapur dengan Nina . Mama masak pun Nina tak nampak.

Saya diam and biarkan dia berleter. Bila dikenang, semua yang dikomplen Nina betul belaka. Sejak balik sini and mula kerja, tiada aktiviti dgn diaorang pada ptg hari. Nak ada aktiviti mcm mana pukul 6 pm baru sampai umah. Masa tu terkejar plak hantar Nina ngaji quran (kelas dia 6-8 pm). Weekend berlalu dgn buat kerja umah -mengemas, membasuh apa yang patut. Weekend juga lah ruang untuk menjalankan social responsibility-  penuhi jemputan kenduri, lawat sahabat/sedara yang tak sihat etc. Sejujurnya saya memang tak ada masa untuk diri sendiri.  Kalau ada ruang and peluang, kami akan bawa bebudak tu kluar shopping sambil2 beli brg2 dapur. Sambil menyelam minum air. Problemnya bebudak tu pun dah boring nak ikut sebab bnyk masa abis dok cari kicap, minyak,gula, susu etc. 

Aktiviti saya bermula awal pagi. Aktiviti memasak. Almost everyday saya memasak for the family kecuali hari2 yang perlukan saya sampai awal pagi ke ofis. Masa bebudak sedang tidur or sibuk sembahyang subuh saya dah pun kat dapur. Sebab tu la Nina cakap dia dah tak nampak saya enjoying myself in the kitchen mcm dolu2. Memang tak sempat nak nyanyi2 sebab saya mengejar masa. 

Hari ni saya termenung memikirkan bagaimana untuk kembali ke kehidupan yang dulu. Sibuk and stress bagai nak rak juga dulu tapi bebudak seronok coz we have time to be with them. Sekarang ni dah sampai ke penghujung semester bagi bebudak Degree. Berlonggok paper tests/quizzes /assignments yang perlu dibereskan. En hubby plak  dipertanggungjawabkan untuk mengajar diploma (semester diploma baru bermula). Meaning no cuti for him. Saya dah kena last semester dan dah merasa betapa letihhhhnya mengajar dua alam (degree &diploma). Suka tak suka, tanggungjawab mesti dijalankan. Ianya amanah yang perlu dipenuhi dengan sesempurna mungkin.

Saya menjeling disudut meja, masih ada 2 journal articles yang perlu saya baiki. Bilakah agaknya saya ada ruang untuk baiki and  mencuba nasib lagi untuk diterbitkan. Saya agak kecewa bila memikirkan kerja2 penulisan & research yang nampaknya tak kemana. Masa bnyk dihabiskan untuk keluar masuk class dan preparation untuk subject yang mengajar. Saya masih tercari cari masa untuk memenuhi tuntutan untuk menulis yang pasti memerlukan masa yang bukan sedikit untuk orang seperti saya. 2 minggu lepas saya mendapat khabar seorang lagi sahabat telah melompat pagar. Seorang lagi sedang KIV dan hanya menunggu masa yang sesuai.Saya berkesempatan berborak dgn diaorang. Alasan mereka sama- tempat baru memberi lebih ruang, masa and suasana untuk research.

Muga bermulanya tahun baru 2014 saya mendapat formula untuk merancang masa dengan lebih efficient bersama anak2 kat umah disamping menjalankan tugas yang dpertanggungjawabkan dgn baik. Kekadang terfikir gak....Kalau aku kayaaaaa....hari hari tak yah pegi kejaa...jaga anak sepenuh masaaa...heeeeee

Tuesday, December 10, 2013

Kena Faham...Jangan Melatah

Masih ramai yang salah faham. Masih ramai yang keliru. Masih ada yang kelabu. Paling menyedihkan bila yang salah faham and keliru tu dikalangan orang yang berpendidikan tinggi. Golongan yang sepatutnya punya tahap pemikiran beyond the ordinary level. Golongan yang represent cerdik pandai dalam masyarakat. Apa yang mereka keliru??? Simple je, antaranya mengata vs menegur dan mengritik vs tidak bersyukur.

Apabila ada yang cuba menegur tingkah laku seseorang yang memang jelas melampaui batas, maka timbullah issue yang si penegur sedang mengata. Maka dilabellah si penegur itu berdosa ataupun reverse psychologynya yang buat silap tu akan dapat pahala. Bagi saya, yang hampir dilupa, konteks mengata adalah merangkumi perkara yang tak pasti baik/buruknya, haq/batilnya or betul/tidak akan duduk perkara. Sekiranya perkara memang terang lagi bersuluh diluar batasan adalah menjadi tanggungjawab untuk orang keliling menegur. 

Perlu juga difaham teguran ada pelbagai bentuk/cara. Application of the method depending very much on the situation. Sekiranya yang melakukan kesilapan itu usianya lebih muda mungkin dapat ditegur secara direct. Tetapi sekiranya yang silap itu lebih berusia, berpangkat dan berharta pula, mungkin si penegur akan menegur secara sinis/indirect. Disinilah kayanya adat resam orang Melayu. Kalau tak, tak kan ada peribahasa "pukul anak sindir menantu". Si penegur bertujuan untuk menegur kesilapan disamping menjaga air muka si pembuat silap tadi. 

Another thing, kalau ada yang mengkritik sesuatu perkara tak semestinya si pengkritik adalah golongan yang tidak bersyukur. Mungkin si pengkritik sedang cuba highlight perkara2 yang terlepas pandang. Kritikan itu bertujuan untuk added value to the current situation. Contoh paling mudah mengenai perkara ini baca saja posting2 Kadir Jasin and Dr Asri. Adakalanya hasil tulisan mereka sinis tetapi mereka menceritakan perkara yang jelas. Adakah mereka sedang membuat dosa mengata? Saya rasa tidak. Mereka cuba untuk menegur untuk menjadikan sesuatu perkara itu lebih baik. Janganlah kita cepat melompat melabelkan mereka sedang membuat dosa. In the first place, siapalah kita untuk menjadi hakim siapa yang mendapat dosa and siapa yang mengumpul pahala.

Persoalan pokok, kita kenalah melatih diri untuk menilai dengan lebih bijak antara yang diklasifikasikan sebagai  mengata/ menegur dan mengkritik /tidak bersyukur. Again, tiada jalan singkat untuk ini. Kena belajar berfikir secara kritis.  Bagaimana? First step kena pupuklah minat untuk membaca. Membaca dapat membantu membuka minda agar kita dapat berfikir dengan kritis. Luas pembacaan, banyak pengetahuan boleh membantu dalam membuat penilaian. Bukankah mencari ilmu itu juga satu jihad/ibadah yang sepatutnya kita cuba lakukan kerana tidak memerlukan kos dan risiko yang tinggi. Jadi, mulakanlah dengan membaca!!

Akhir kalam, berada di kerusi empok langsung tidak menjamin kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sesuatu duduk perkara kalau kita enggan membaca dan berfikir. Kerusi empok kita mungkin berada dibawah tempurung kita sendiri. Yang pasti aku menulis bukan kerana nama.....kui kui kui


Friday, November 22, 2013

Sabar je laaa....

I am taking leave today to bring En Hubby for follow-up treatment. Did I write about this? En Hubby jatuh longkang last week. A big longkang at the car park. Where were I that time? While walking to the car (at night) I tersinggah tengok tudung at the nearby shop, sedar sedar there he was in the longkang. He got MC for 1 week. He is supposed to extend his MC for another week but he refused. Not saying that he is sooooo workaholic but he knows that at this time no time for further MC (moving towards the end of the semester for degree students-meaning lots of work in order to complete the syllabus + diploma students will start their classes next week - meaning more & more & more work to do).Ok. Thats the update about En Hubby.

What I actually want to write is about 3 phone calls which I got today from my colleagues. Should I call these 3 calls as "keluhan perasaan". The gist of the calls is all about expectation gaps. Although I fully understood what they were trying to convey but nothing much I can do because I pun in the same boat.  I pun golongan marhain.  Nak cerita pun payah...emmmmm...why not you all bacalah poem kat bawah (diceduk dari google). Kalau bole paham...itulah ceritanya....heeeeee

What Is A Boss?

A BOSS is someone who comes in early and stays late.
A BOSS is someone who says the nice things to cheer us up and the bad things to settle us down.
A BOSS is a janitor who cleans up messes and sweeps them under the rug! No just kidding!
A BOSS is a coach who stands behind their staff and says, “We are a team” and “There is no I in team!”
A BOSS is a parent who pushes us to be our best, even when they really want to push us over a cliff.
A BOSS is a shrink even though there is no couch in their office, they still look at you over their glasses and say “How does that make you feel?”
A BOSS is a gardener consistently pruning and snipping and clipping away at all the tangled webs and vines we weave.
A BOSS is a zookeeper repeatedly shoveling up what we get into neck deep.
A BOSS is a tour guide always point things out the landmarks to the left and right, like this is your workspace and this my workspace.
A BOSS is a teacher, even when they think we act like kindergartners they still treat us like college grads!
A BOSS is a great physician, they can diagnose a pain in the butt and gracefully and privately treat the problem!
A BOSS is a circus ring leader, even when the lions try to eat us for breakfast, they crack their whip and say, “The show must go on!”
A BOSS is a weather forecaster, when a day looks cloudy they still can predict sunshine for tomorrow to give us things to look forward too.
A BOSS is a saint, Oh, blessed saint of the office give us the strength to make you proud to call us staff.
_______________________________________________________________________________

My Boss & I 


when i take long time
i'm slow

when my boss takes long time
he is thorough

when i dont do it
i'm lazy

when my boss doesn't do it
he is busy

when i do something without being told
i'm trying to be smart

when my boss does the same
that is initiative


when i please my boss
i am apple polishing

when my boss pleases his boss
he is co-operating

when i do something good
he never remembers

when i do something wrong
he never forgets




Tuesday, November 19, 2013

After 9 months.

It has been 9 months since I completed my treatment. Last weekend I went for another MRI scan and blood test. My appointment supposed to be at 4pm but my neurosurgeon took more than half an hour to analyse the latest results. At that time I can sense something not "right" about the results. As expected, my blood test is ok except my hemoglobin level is not up to the expected level. That answered part of the "letih" symptom which I have experienced lately. I am very depressed with the MRI result. My neurosurgeon managed to deliver the issue and explain the consequences in a very "good/gentle" way. Credit should be given to him regarding this matter. If I were in his position, I don't think I could deliver the same message to my patient in a very positive tone. He tried his very best to explain to me and provide positive evidences from his previous experiences. Well.....siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang terjadi....

Sunday, November 17, 2013

The Colourful 19 years

12 November lepas, genaplah 19 tahun usia perkahwinan kami. I would describe it as the colourful 19 years. Ye laahh...bukan senang nak cantumkan dua dunia yang berbeza. Yang dok cerita yang indah indah aja dalam perkahwinan tu semuanya POYO. Hahahaha... Realitynya marriage need sacrifice. Sabar kunci utama. Pekakkan telinga  juga petua yang bagus untuk diikut. Pejamkan mata dengan benda benda yang kita tak suka tapi the other half suka pun banyak membantu. Bergaduh juga satu exercise yang baik dalam alam rumahtangga...hahahaha... 

Thank you En Hubby kerana bersabar dengan kerenah saya. I dedicatekan lagu ni untuk you walaupun I tau you tak suka tahap gaban... Yang penting I sukaaaaa.... hahahaha


Thursday, November 7, 2013

SPM 2013

source: google



Yesterday 6 November 2013 bermula lah perjuangan Abang Long untuk sijil SPM. 2 hari sebelum tu Mama dah demam. En Hubby cakap, orang lain yang nak ambik exam, orang lain yang demam. Anyway, all the best to Abang Long. Mama and Papa doakan Abang Long dapat buat yang terbaik. 

Monday, November 4, 2013

Cuba lagiii.....

" I have not failed. I've found 10,000 ways that won't work"
-Thomas A. Edison



Berbekalkan semangat Thomas Edison ( kah kah kah), saya mencuba lagi memohon research grant. This time not from Malaysia. With the help from one of my friends at USM, we collaborated to try our luck with one of the Japanese foundations. The result will be out next March. Competition is very stiff and confidence level nearly zero....kah kah kah..... Well  lets conclude this attempt is another mission impossible. Macam Winston Churchill cakap la kannn.."success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts"....heee

Friday, November 1, 2013

Searching for the hero....


So, when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And then you'll finally see the truth
That a hero lies in you.......

Monday, October 21, 2013

Total Eclipse of the Heart

source: Google


" I am not mad, I am hurt. There is a difference"

Saturday, October 5, 2013

Be yourself...

Source: Google



" I want to sing like birds sing, not worrying who listens and what they think"- Rumi



Ramai dari kita suka menjadi orang lain. Tak percaya? cuba tengok keliling. Ada antara kita, bila dikelilingi oleh orang yang mahir bab bab agama, kita yang hanya tahu sedikit pun akan berusaha menonjolkan diri kearah itu, walaupun hakikatnya kita hanya cut & paste dari internet. Ada juga yang dikelilingi oleh kenkawan yang mahir bab masak memasak, kita pun tak nak ketinggalan untuk menghantar resepi, walaupun hakikatnya kita tak pernah kenal bontot kuali. Ada juga yang punya boss yang suka bersukan, kita pun sibuk menyertai pertandingan sukan yang dianjurkan, walaupun hakikatnya kita selalu tersasul antara  bola golf and bola ping pong. Ada juga yang dapat boss suka menyanyi, kita pun sibuk berkaraoke, walaupaun hakikatnya suara kita bole menyebabkan katak menangis. 

Kita juga suka hidup bermusim. Contohnya dalam bulan Ramadhan, ramai betul yang menjadi ustaz & ustazah jadian. Tetiba, dalam bulan Ramadhan ramai yang suka berbicara bab bab agama. Tetiba ramai yang mahir bab hukum hakam. Whatsaap, facebook, twitter penuh dengan cerita cerita agama. Salah ke? Tidak. Yang rasa tak kena apabila orang yang sama juga menghantar material and benda yang entah apa apa diluar Ramadhan. Orang yang sama juga yang menganjurkan majlis majlis "lagha" diluar Ramadhan. 

My personal view, jadilah diri kita. Tak perlu berpura pura dalam hidup. Kita mesti berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik tetapi kita tidak perlu menjadi orang lain. Bekerjalah dengan jujur, bercakaplah yang benar, tidak perlu berpura pura. Bukan kah kita semua faham dunia ini hanya sementara. Donia....Donia...Macam macam ada....

Tuesday, October 1, 2013

Hari Anugerah 2013




Yesterday Abang Ngah & Nina dapat hadiah untuk Hari Anugerah kat sekolah diaorang. Papa diaorang hadir untuk bagi moral support. Saya tak dapat hadir coz ada 4 jam lecture yang memang tak dapat nak cancel. Emmmm...anyway I am happy and terus berdoa agar diaorang including Abang Long terus berusaha. I know  it is not easy for them to adjust and they hate going to school. Tapi as I always said to them " nak buat macam mana, whether you like it or not, you have to go- just try your best and jangan lupa doa". 

Tuesday, September 24, 2013

Gagal

Yesterday I got this email:

Dear Dr ....,

I have received the report from our advisor on your manuscript BUSI-D-13-007....

With regret, I must inform you that based on the advice received, I have decided that your manuscript cannot be accepted for publication.... 

I have forwarded the email to my supervisor (co-author) and here is the reply:


Sorry to hear this but it's a highly ranked journal so tough to get it. Please think about the reviewer's feedback and how you might improve the paper and what other journals might be of interest to target for another submission.



Frankly, I have expected to be rejected...kah kah kah. We are talking about a top tier journal with >85% rejection rate ( what do you expect??). But somehow, rasa letihhhh la juga... 4 bulan nunggu reviewers report/decision...berbulan bulan menulis.....so, kepada yang cakap .."alaaaa....publish je la paper, apa susah". Saya rasa to get your paper publish is not an easy business. Tambah lagi dengan teaching load yang berbelas belas jam per week!

Anyway, I am happy to learn something from the reviewer's comments. One thing for sure, the top tier journal ni is very concern about cross sectional research. Well, it appears that I will be like a tortoise in this publication arena...Ok lah...kura kura nak pegi sambung keja...

Thursday, August 15, 2013

A gentle reminder- Jangan syok sendiri

In doing quantitative research, the underpinning theory/theories is/are the backbone of your research. You must detail out about your chosen theory and explain the application of this theory to your research framework. You cannot just test the relationship between A and B without having a good theory behind it. Bottom line, having theory in your quantitative research hukumnya adalah wajib.

Why did I write about this? Many students tend to buat research syok sendiri. They come out with research framework/model and then test the hypothesized relationships based on that framework. They didn't explain the theory/ theories at all in their research reports or in their presentations. Please...the theory is the basic, the platform, the backbone of your research. If you don't even have a single theory to back up your research, you are in the "la la land". Frankly, I am not interested in the "la la land" kind of research. Sorry....


Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Di pagi raya


I want to be a fairy

My old friends

We share the same date

Alhamdulillah malam raya tu dr benarkan adik balik. Dia dah tak demam tapi badan still letih and sel darah putih still very low. Tengok gambar dia di pagi raya tu pun dah nampak betapa letihnya dia. Anyway, dia happy bole balik raya kat umah although dia baring je almost half of the day. Petang baru ikut saya &hubby jalan jalan.

Second hari raya, birthday Nina. Dia nak juga buat majlis untuk dia. Dalam kelamkabut dapat la juga hidangkan bihun sup, nasi dagang, biskut raya and durian for all tetamu. Pepagi lagi Nina dah cakap, "mama today I want to be a fairy". At first tu saya pujuk gak suruh dia pakai jubah baru dia, tapi tak jalan. Bila dia asyik ikut bontot saya and stresskan yang hari ni dia jadi Tinker Bell, saya pun dah serabut satu macam (bnyk keja last minute nak kena buat oooo...), finally saya pun cakap "yes, you can jadi Tinker Bell". Punyalah dia syok. As usual dia tak kekok pun bila org lain dtg semua pakai baju raya. Addoiii....

Raya ke4, kenkawan sekolah menengah saya nak buat small reunion. Kebetulan plak raya ke4 tu (11 August) my birthday. Kita orang buat potluck kat banglo one of our friends. Happy sangat jumpa kenkawan yang almost all dah berjaya dalam kerjaya memasing.  Kami membesar bersama di Sains Kedah. For five years makan nasi dari kawah yang sama. Alhamdulillah, semua tak sombong and tak berubah.  Saya happy coz mereka semua berjawatan tinggi di corporate sector tapi masih sudi bertanya khabar & berborak dengan saya. Ada yang masa zaman sekolah, tak la rapat sangat dengan saya (geng lain lain- maklumlah budak budak) tapi sekarang ni very friendly. Dalam ramai ramai tu hanya ada seorang saja yang satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut beliau. Not even memberi salam or just a simple hai /hello..Anyway saya still hormat dia as kawan lama....donia donia...

Monday, I am back on the track. Bawa Abang Ngah ke KMC (follow up). Sel darah putih still tak mencecah target. Friday ni kena buat another blood test. As for myself, sibuk nak menyiapkan soalan for final exam January 2014. Hari ni pun saya mengadap komputer dari pukul 5 pagi. Esok ada brief meeting for that particular subject and Thursday ada vetting session. Mohon Allah memberi ilham untuk saya dan memberi kekuatan untuk menyudahkan kerja sebelum subuh esok.....hu hu hu...

Wednesday, August 7, 2013

Raya di spital????

InsyaAllah esok dah nak raya. Dah 3 malam saya tidur kat KMC menemani abang ngah yang tak sihat. Letih and sakit sakit jugak badan kerana tidur tak cukup and terkejar ke hulu ke hilir. Selalunya by waktu zohor saya akan balik rumah kejap untuk berehat then memasak untuk berbuka puasa. During this time En Hubby la take over duty jadi nurse sampai la waktu berbuka. After berbuka kat umah saya bergegas ke hospital. Whether bole discharge ke ari ni very much depending on progress abg ngah. Nampaknya tahun 2013 ni kami sekeluarga diduga dengan sakit demam ja. Muga diberi kekuatan untuk terus menghadapi segalanya....

Sunday, August 4, 2013

Demam

Nina dah seminggu demam. Seminggu juga lah Nina tak ke sekolah.  Lepas 2 kali ulang alik pegi KMC, dua kali tukar ubat alhamdulillah rasanya ari ni Nina dah bole pegi sekolah. Suhu badan dah kembali normal, dia pun dah tak muntah dan batuk pun dah makin kurang (walaupun belum hilang sepenuhnya). The only thing ialah dia still nampak letih. 

Sepanjang Nina demam, kehidupan jadi kelam kabut sikit. En Hubby dan aku kena bergilir gilir ke tempat kerja. Ye lah, nak tinggal Nina ngan siapa??? Suhu badan kena monitor every 4 hours and Nina plak asyik muntah. Nasib baik juga aku sorang ja yang ada kelas diploma. So hari yang aku ada kelas, aku akan tinggalkan Nina ngan En Hubby kejap, then rush balik, En Hubby plak pegi buat kerja. Nak tak nak banyak la keja keja pejabat yang tertangguh. Soalan exam pun aku belum siap. Otak aku dah tak leh nak fokus bila asyik sibuk on the road. Masa ni lah, aku amat merindui kehidupan yang ada bibik. 

Baru nak rasa lega, Friday ari tu Abang Ngah plak demam. Abang Ngah plak tak nak buka puasa. So dia teruskan berpuasa. Yesterday pun dia teruskan puasa. Badan dia makin letih. Ari ni aku dah cakap ngan dia,dia tak leh berpuasa coz nak kena ambik ubat on time and nak make sure dia ambik air bebanyak.

Nampaknya hari ni Nina back to school, Abg Ngah plak tak pegi sekolah. Sib baik juga esok last day schooling then cuti raya. Aku and En Hubby belum cuti lagi. Nampaknya this week, kami akan kehulu ke hilir lagi, bergilir ke tempat kerja. Letih badan dan otak. Tapi itulah pengorbanan ibu bapa.Masa ni lah rasa nak jadi Mak Datin. Bole dok rumah and handle bab family affairs ja, tak yah terkejar sana sini......

Saturday, August 3, 2013

Hilang selera makan

source: google



My common problem during fasting month. Tak lalu makan. First week puasa tahan lagi, then as days passed by masalah ni makin mencengkam jiwa. Almost everyday saya memasak for my family. En Hubby tak berapa minat makan makanan beli. Diaorang ok je makan masa berbuka and sahur. Saya sorang lah yang terkulat kulat nengok makanan yang terhidang.

 Last week tiap kali lepas jemaah Asar kat masjid En Hubby bawa balik bubur lambuk/kanji. Itulah yang saya makan untuk berbuka and sahur. Ada ke sudah nak makan bubur lambuk je. Then dia beli satay. Saya hanya makan nasi impit & kuah kacang je. Yesterday dia beli double cheese burger (McDonald). Itu lah yang saya makan. 

Patutnya berat badan saya dah turun bagai nak rak la kannn. Tapi idak lah juga. Agaknya ni antara masalah  dalam meniti usia senja. Saya idak la risau sangat sebab selalunya lepas raya mood makan datang balik and sometimes amat merbahaya. Macam gambar yang kat atas tu.

Monday, July 29, 2013

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Blackstrap Molasses
Saya guna jenama lain- health paradise
Propolis Kelulut
Madu Kelulut.



Pomegranate Concentrate


Macam yang pernah saya cerita dulu, selain dari didiagnose to have brain tumor, saya juga di diagnose ada fibroid yang besar (8cm). Untuk fibroid tu memang la saya tak ada pilihan , kena operate je lah. Tapi masalahnya saya dinasihatkan untuk tidak melakukan apa apa operation dalam masa at least 6 bulan to 1 year. Badan saya tak kuat selepas buat radioteraphy ari tu.

Ramai yang bertanya sekarang ni saya ambik ubat apa untuk mengubati  my tumor. Ramai juga yang bercerita kisah kisah ajaib bagaimana tumor bole ghaib dengan sekelip mata. Nasihat saya berhati hatilah dalam memberi maklumat. Terkini, saya agak terkilan apabila ada seorang ustazah bercakap yang tumor/kanser ni bole hilang kalau si pesakit tu mengerjakan solat. Beliau kemudiannya mengupas isu bagaimana Allah menyayangi golongan yang mengerjakan solat dan memberi pelbagai dugaan kepada mereka yang tidak mengerjakan solat. MasyaAllah adakah beliau bermaksud golongan yang menghadapi tumor/kanser ni TIDAK mengerjakan solat. Apa perasaan kami yang mengidap penyakit kritikal ni apabila mendengar statement sebegitu, dan apa pula perasaan kaum keluarga kepada pesakit kritikal (tumor/kanser) yang telah pergi mengadap Ilahi??? Berhati hatilah dalam menyampaikan ilmu.  Please stop being judgmental. 

Back to pertanyaan mengenai ubat tadi, as for my case dalam bahasa mudah sebenarnya tak ada ubat pun. Dari segi medical, first MRI tu hanya indicate a very small reduction in the size of the tumor. Kalau second MRI (due in Nov) pun tunjuk benda yang sama, saya berharap yang tumor tu berhenti membesar. Itu dah cukup baik bagi saya. As for now saya dah tak nak ambik ubat dari spital lagi. Saya hanya berikhtiar menggunakan sumber semula jadi di samping tidak putus putus berdoa. Saya yakin dengan keajaiban doa. Gambar gambar kat atas tu adalah benda benda yang saya ambik religiously sekarang nih. Berkesan ke tidak? Ntah lah... nantilah ye, kalau ada yang ajaib berlaku...saya buat testimonial....heeeee. Now ni saya hanya berikhtiar tanpa jemu and terus berdoa..


* Ada kaitan ke tajuk ngan posting nih??Hentam saja laa labuuu..




Friday, July 26, 2013

Blackout...I really had a blackout!!



I have been cracking my head for two weeks to come out with two case study for the final exam questions. Till now, I am still in the 'no where zone'. Feeling mentally tired and frustrated. time is flying away and the deadline is around the corner. At the same time I have tonnes of work to do (office + house work).

Untuk menyerabutkan lagi kepala lets listen to this song. This is one of my favourite songs masa zaman muda. I like Scorpions. I like most of their songs such as when the smoke is going down and still loving you. Rock you like a hurricane pun ok.

Still remenber when Scorpions buat diaorang punya European Tour in the 90s, I kat UK doing my second year Degree. Itu semua cerita masa muda...zaman jahilliah...part of growing up...heee. Now ni, macam Frank sinantra cakap la..

 And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend I will say it clear
I will state my case of which I'm certain
I have lived a life that's full
I have traveled each and every hway
But more, much more than this
I did it my way.....

Sunday, July 21, 2013

Kehidupan yang Kalut

Terkejut betul bila membaca berita yang sorang budak meninggal dunia kerana tertinggal didalam kereta. Lebih mengejutkan bila membaca bahawa ibunya terlupa yang anaknya masih didalam kereta kerana bergegas untuk menghadiri mesyuarat.  Aku masih berpegang pada pepatah kasih ibu membawa ke syurga.  Aku yakin kejadian itu bukanlah disengajakan oleh si ibu. Janganlah pula kita dengan mudah melebelkan si ibu sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab. Kesian dia...

Bagi aku kejadian tu dah cukup membuktikan betapa kalut and haru biru blues nya kehidupan di bumi Malaya nih especially kepada kaum pompuan yang bekerjaya. Aku sendiri secara jujur kalau banyak duit untuk settlekan hutang hutang aku dah lama aku antor surat berenti kerja. Apa nak buat, hutang aku banyak, tak mampu nak berenti kerja. Aku juga yakin ramai kaum pompuan macam aku yang kekadang meroyan semacam sebab kalut nak uruskan hal keluarga dan kerjaya. Kes terbaru ni may be bole jadi evidence tentang tahap meroyan kaum pompuan yang dah sampai level jingga (mcm level sungai di musim bah/banjir).

Pastinya aku tak dapat nak ubah policy. Sapa yang bole ubah? Tentulah jawapannya policy makers. Sapa plak depa ni? Tentulah top management. Bole kah depa ni ubah? aku rasa bole kalau gomen setuju. Jadi gomen kenalah do something untuk ubah. Menteri menteri kenalah alert yang kes kat atas itu tengah signal something tentang kehidupan rakyat. Makin tenat.

Tapi menteri pompuan pun dah tinggal sorang kan dalam barisan utama. emmmmm.....malas la aku nak komen sebab yang melantik barisan menteri ni pun kaum lelaki. Orang lelaki ni kalau kita komen lebih lebih depa kata kita payah cerita...tapi nak buat macam mana...kata  konon nak boh pompuan at least 30% dalam decision  making level...tapi tak nampak le plak apllicationnya ...tak pa , tak pa..itu isu kecik ja. Lagipun kita kan dah biasa dengan ayat ayat tanam tebu di tepi bibir oleh kaum lelaki nih....heeee. Jom kita suggest benda yang mungkin bole diubah untuk mengurangkan kekalutan hidup kaum pompuan yang bekerjaya. 


1) Ubah waktu persekolahan atau waktu kerja. Rata rata bebudak kena sampai kat depan pagar sekolah pukul 7.30 pagi. Lewat, masalah la plak. Rata rata manusia kat Malaya ni pun kena masuk keja jam 8 pagi.  Hatta drebar lori pun waktu tu lah juga nak bawa lori ataih jalan. Cleaner sekolah pun waktu tu jugalah nak p keja. Lewat, masalah la plak. Jadi waktu pagi tu ataih jalan raya kita penuh dengan bas, bas sekolah, bas kilang, lori balak, lori ayam, motor, basikal. Pendek cerita, segala mak neka ada.Maka jemmmmm lah kat ataih jalan. Maka kalluuuuttt lah ibu/bapa di waktu pagi. Cuba pak menteri tanya pakar motivasi, adakah elok memulakan hari dengan penuh kekalutan???Sudah pasti pakar motivasi bole huraikan kesan dari kekalutan di pagi hari selama paling kurang 3 hari 3 malam. So, Apa kata kita lewatkan sikit waktu sekolah or waktu keja.  Jadi idak lah semua manusia di bumi Malaya ni bertebaran di waktu yang sama.

2) Benda ni dulu pun aku dah pernah tulis. This time aku tulih lagi. Tukar uniform sekolah. Siapa yang pegi sekolah? Jawapannya tentulah budak. Kalau namanya budak pekdah apa suruh pakai baju macam nak masuk office. Siap bertie lagi. Kita kena bagi bebudak ni selesa untuk begerak so that they enjoy the learning process tanpa disekat oleh pakaian and kasut yang berwarna PUTIH. Nama pun budak. Comot perkara biasa. Kenapa kita buat policy yang menyusahkan hidup. Why not bagi diaorang pakai track and T shirt sukan ke sekolah yang BUKAN bewarna PUTIH. . Boh la nama sekolah besaq mana pun kat track or t shirt sekolah tu. Kasut plak bole pakai kasut bewarna hitam. Kenapa aku tak suka PUTIH. Sebab utama adalah warna putih membebankan ibu ibu terutama yang bekerjaya untuk menguruskan baju sekolah bebudak. Uniform sekarang ni pula membebankan ibu ibu untuk memastikan pakaian digosok. Kalau guna t-shirt, kuranglah 1 lagi beban menggosok uniform sekolah untuk ibu ibu yang bekerjaya. 

3)Flexible  working hours untuk kaum ibu. Yang aku maksudkan adalah bagi peluang kaum wanita work from home. May be dalam seminggu 1 or 2 hari bole dibenarkan bekerja from home. Of courselah performance keja diambil kira. Sekiranya performance tak terjejas, apa masalahnya. May be tak semua sektor bole apply tapi aku rasa untuk university bole sangat. Kan pompuan ramai kat university. Contoh kalau hari yang tak ada kelas tu, why not diberi kelonggaran bekerja dari rumah. Ibu ibu macam aku ni bolelah membuat keja keja marking, penulisan, preparation untuk class from home. Duniakan dihujung jari anda. Apa nak risau. At least dalam 1 week tu 1or 2 days dah kurang manusia kat jalan raya and dah kuranglah stress level bagi ibu ibu yang bekerjaya. 

Ok lah... kita tulis 3 dulu. Tulis banyak banyak pun kalau kaum lelaki baca bukannya depa paham. Maklumlah bukannya depa yang dok seterika uniform sekolah, depa pun tak penah rasa dok pikiaq nak masak apa masa drive balik keja. Yang depa tau anak anak ready nak p sekolah, makanan ready untuk dimakan, keadaan rumah ready untuk berihat selepas penat kerja. Haishhhh...payah nak cakap kat kaum lelaki nih..tapi dah diaorang yang berkuasa, kenalah juga cakap kannnnnn....

Friday, July 19, 2013

Gua bz

source:google

Things to do:
1) Marking students' scripts- done

2) Upload students' mark -done

3) Diploma class- on going, after more than 15 years tak ngajar diploma, now I am back in the picture. To make life more interesting, last week they assigned me with another new group, bebudak Agro/planting. Perrghh.... just imagine teaching Accounting to Agro Students!!So now I have two groups Banking & Agro. Good luck to me!!!!

4) Prepare Exam Qtns for the whole Malaya- WIP. This is I think one of the uniqueness of my university. Every semester almost all lecturers through out Malaysia need to prepare exam questions.  These exam questions will be gathered and evaluated and eventually the best will be used as  a final set in the exam. The rest will be put in the questions bank (lebih kurang la cam gini, process banyak lagi..malas nak citer). With the current policy of OBE whereby we need to closely follow JSU in preparing the questions  make the process of preparing exam questions more complicated ( at least I feel that way, OBE limit my creativity...heee).
Note: yang tak faham OBE and JSU- please just ignore it , these are among the alien terms that you need to know and follow religiously when you become a lecturer.

5) Journal articles-  3 done ( under review), plan to start a new one soon. Bila nak buat nihhhh???

6) Research proposal - still in my dream. Plan to apply research grant from CIMA early next year selepas gagal dgn jayanya last year. This time I think I would like to try CIMA-South East Asia coz last year I gagal di peringkat donia....kah kah kah... lets limit the scope of the competition....

Plus:
My never ending work as the house manager..................................    

Wednesday, July 17, 2013

Hidung tinggi



Source: Google

Baru baru ni, saya berpeluang membaca satu e-mail yang dihantar oleh seorang ahli akademik (Dr) kepada seseorang yang rapat dengan saya. Teman saya ni juga baru menamatkan pengajian PhDnya.  E-mail tersebut adalah balasan terhadap email teman saya yang memaklumkan kemungkinan terdapat kecelaruan daripada pihak terbabit dalam mereview artikel beliau. Artikel beliau yang hanyalah melaporkan sebahagian daripada pilot study telah direview dengan persepsi yang beliau menulis empirical research.  

Pada hemat teman saya, pihak editor/penerbitan perlulah mengclassifykan artikel artikel yang diterima, contohnya empirical research, book review, conceptual paper etc. Pihak reviewer juga perlulah dimaklumkan dan faham artikel jenis apa yang direview. Reviewer juga mestilah dari bidang yang berkaitan. Contohnya akan jadi haru biru sekiranya paper yang berkisar mengenai audit market yang sudah tentunya penuh dengan formula/equation/log diberi kepada reviewer yang berlatar belakangkan psychology.   Memandangkan penerbitan tersebut adalah penerbitan "dalaman" dan ramai yang terlibat belum melalui proses PhD, teman saya telah mencadangkan sesuatu dengan niat  untuk menambah baikan di masa depan. 

Malangnya, email balasan mengambarkan yang ahli akademik tersebut amat tidak berpuas hati. Cara beliau menulis juga menggambarkan bahawa beliau memandang rendah dan menganggap teman saya ni langsung tidak tahu apa apa tentang penulisan. Beliau juga "mengajar" teman saya ni tentang cara untuk respond kepada reviewer. Beliau juga telah memberi banyak contoh contoh bagaimana beliau membalas/menjawab/rebuttal komen komen reviewer. Ayat ayat beliau juga penuh sindiran.

Setelah membaca e mail tersebut, saya beranggapan yang ahli akademik tersebut terlupa yang teman saya juga telah menamatkan pengajian PhD beliau. Saya percaya setiap calon yang melalui proses PhD, pastinya sudah mempunyai pengalaman untuk rebuttal reviewer's comments. Jadi tak perlulah , ahli akademik tersebut mengajar cara caranya. Another issue, bagi saya apabila kita menjawab kepada author (tak kiralah siapa author tersebut) kita kenalah tunjukkan respect kita kepada author. Tak kisahlah se"bodoh" manapun soalan yang diberikan oleh author, sepatutnya email jawapan mestilah penuh sopan dan tidak memalukan atau menghighlightkan kebodohan author ataupun menghighlightkan kononnya kecerdikan kita sebagai editor. Kan orang tua tua dah pesan ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. 

Teman saya malas untuk memanjang manjangkan issue tersebut. Beliau juga berkata yang beliau tidak akan memberi sebarang cadangan atau involve dengan penerbitan tersebut di masa depan. Bagi saya, kes ini menggambarkan apa yang orang tua tua cakap sebagai cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar. Mudah cerita  biarlah si luncai terjun dengan labu labunya.....biarkan...biarkan.... heeeeee



Monday, July 15, 2013

Belasungkawa: Tn Hj Syed Hassan dalam kenangan

Pagi 13 Julai saya dikejutkan dengan sms yang memaklumkan seorang kawan telah kembali mengadap Yang Maha Kuasa. Beliau mengidap penyakit kencing manis.  Lewat petang sebelumnya, saya dan suami melawat beliau di hospital. Kebetulan ketika kami sampai beliau baru dipindahkan ke wad  untuk membolehkan para Dr membuat close observation- keadaan jantungnya amat lemah. Sebelum meninggalkan wad saya memeluk erat isterinya sambil terus memberi kata kata semangat dan mengingatkan beliau untuk terus berdoa agar suami kembali pulih. Namun siapa lah kita untuk menolak takdir Allah. Allah lebih sayangkan dia. 

Saya mula mengenali Tn Syed Hassan lebih kurang 15 tahun yang lalu. Saya juga kenal rapat dengan isteri beliau yang juga bertugas sebagai pensyarah. Kebetulan office kami berdekatan. Ingat lagi saya selalu bergurau bahawa dia adalah penghulu Lorong Seri Klinik kerana officenya adalah bilik yang pertama untuk deretan bilik bilik pensyarah. Kebetulan pula ramai pensyarah yang berada di lorong/ kawasan tersebut bergelar Dr. 

Sebelum diserang penyakit kencing manis, beliau merupakan seorang yang ramah dan ceria. Beliau juga amat mementingkan kekemasan dan kecantikan. Susun atur officenya begitu cantik dan teratur. Sentiasa kemas berkemaja lengan panjang dan bertali leher. Sering juga saya mengusik beliau tentang pemakaian beliau. Dalam diam saya kagum dengan ketelitian beliau dalam hal berpakaian. 

Suaranya lantang. Selalu juga apabila dia menalifon saya dari biliknya saya akan terkekih-kekih ketawa kerana saya bole dengar suaranya dari jauh. Saya akan terus cakap ngan dia " letak je tipon, I bole dengar you nak cakap apa". Kenangan di bulan Ramadhan juga tak mudah untuk dilupakan. Beliau yang juga kreatif  mengenai bab-bab makanan akan memberitahu menu berbuka. Isterinya memang pandai masak. Saya akan terlopong mendengar dan kekadang meniru untuk juadah berbuka kat rumah saya. Kami juga kekadang  membuat jamuan untuk pensyarah. Tn Syed Hassan jugalah yang akan menetapkan menu. Beliau juga banyak networking dengan pihak luar. Sebut aje nak buat trip ke mana, ada je orang yang dikenalinya. Satu lagi kegemarannya ialah mendengar lagu lagu Sharifah Aini. Lagu Seiring dan Sejalan sering berkumandang. Saya juga sering mengusik dia dengan berkata" oh please...generation gap!" sambil menutup telinga. Dia akan ketawa kecil dan akan menguatkan lagi volume radionya.  Tanpa sedar, Syed Hassan mewarnai working life saya dan rakan rakan yang lain. Indahnya waktu itu untuk dikenang. 

Sebelum saya bertolak ke Australia, kesihatan beliau mula merosot. Kemuncaknya apabila Dr terpaksa memotong sebelah dari kakinya. Beliau juga agak berubah. Tidak seceria dahulu. Lebih banyak diam dan jarang bergurau senda. 

Kembalinya saya dari Australia, saya jarang berkesempatan berjumpa beliau. Beliau lebih banyak menghabiskan masanya di dalam bilik pejabat. Sementelah pula office saya dah berubah tempat- agak jauh dan berbeza tingkat. Sekali sekala saya singgah untuk memberi salam dan bertanya khabar. Nampak betul kelainan beliau. Salam saya tidak lagi disambut dengan suara lantang penuh gurauan. Beliau hanya senyum dan hanya bercakap apa yang perlu. Kekadang tiada langsung senyuman dibibir. Saya akhirnya akur yang kawan saya telah banyak berubah. Kebetulan bila saya mengalami sakit kritikal, saya dapat rasakan sedikit beban yang ditanggung beliau. 

Kepada isteri Tn Syed Hassan dan kedua dua anak beliau, ucapan takziah dari saya dan keluarga. Doa kami muga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali.......

Monday, July 8, 2013

Tipon sakit

Saya memohon maaf sekiranya ada kenkawan yang dapat sms berkali kali, mendapat panggilan dari saya (w/pun saya tak call), menerima sms yang dah outdated, menunggu mms (gambar) yang saya hantar tapi tak kluar kluar...itu semua bukan disengajakan. Itu semua symptom yang ditunjukkan oleh tipon saya. Tipon saya sakit.

Saya sedar yang tahap kesihatan tipon saya makin serius setelah mendapat beberapa komplen dari kenkawan. Ghupanya dah lama jugak ler benda tu berlaku, tapi dema semua idak gamak nak kaborkan. Maklumla teman kan sakit. Dema ingat , teman yang blurrrr... Haishhhh...teman memang le sakit kat otak TAPI idak le sampai sakit otak....kah kah kah

Teman idak le buat apa apa tindakan ke atas tipon teman. Teman ada ler suarakan masalah kesihatan tipon teman kat Dr peribadi teman kat umah nih. Dah beberapa kali teman kias kan mengenai masalah tipon teman ni. Dah berbagai ayat kiasan teman guna. Dah berbagai suasana dan ketika teman suarakan masalah problem  tipon teman, di dapor udah, di meja makan udah, on d way ke opis udah hatta ataih katil sebelum tidor pun udah (teman ikut petua ustazah dlm tv...kih kih kih). Tapi, nampak gayanye Dr peribadi teman bz memanjanggg. Ada virus gamaknya. Message tak sampai sampai. Takat ari ni tak ada lagi langkah langkah susulan untuk membeli tipon baru. 

Teman tak putus asa. Sepanjang bulan Ramadhan ni teman akan usaha dengan lebih gigih lagi. Mungkin teman kena tunjuk iklan Samsung S4 atau brochure Samsung S4 sambil sambil nunggu waktu berbuka. Lagi pun harijadi teman lepaih raya. Isssh...cantik bebenor kalau Dr peribadi beli S4 untuk hadiah harijadi. Moh kita pakat pakat doa teman dapat tipon baru lepaih raya......Ishhh...mana bagus ye I-phone 5 ke S4???

Wednesday, July 3, 2013

Kura-kura

source: google

Tajuk kat atas tu adalah perkatan yang paling sesuai untuk mendescribekan perkembangan "kesarjanaan" aku selepas mendapat PhD. Sejak masuk kerja  April ari tu selepas cuti sakit,aku cuba juga lah melatih otak untuk menulis. Aku pun serabut gak melihat kerja kerja tertunggak aku. So, slowly aku buat la keja penulisan walaupun macam kura kura.

 Selepas 3 bulan masuk keja, aku dah hantar 2 artikel ke journal and now under review. Aku berdoa lah agar artikel "kangkung" aku tu  diterima. Kalau pun direject, at least aku bole cakap di reject oleh top-tier journal...kah kah kah. Sekarang ni, aku tengah baiki satu artikel. This time aku nak hantar kat journal yang "suam suam kuku" je. Nak tengok diterima or di reject. Then aku bole lah evaluate tahap penulisan aku. 

Setakat ni, aku tidak berminat untuk menghantar hasil kerja ke journal journal berbayar. Walaupun ramai yang berbuat begitu dan mereka mengatakan itu antara jalan mudah untuk mendapat publication. Itu hak masing masing. Aku juga belum berminat untuk menghasilkan journal artikel secara "berjemaah". Bagi aku maximum of 3 authors tu ok la, tapi kalau dah 1 artikel sampai 7/8 org, aku rasa itu dah apply konsep "geng bas sekolah". Aku tak minat. Jangan salah faham, aku tak cakap mereka yang buat tu salah. Itu strategy masing masing. Tepuk dada tanya selera. 

Aku dah tua dan tidak mengejar apa apa.  Mission aku pun mungkin berbeza dari mereka. Aku lebih kepada ingin mencuba. Kenaikan pangkat bukanlah my priority setakat ni. Tambahan lagi bila aku mendengar cerita yang "tiang gol" asyik berubah. Aku sendiri konpius. Sekarang ni, aku menulis untuk diri aku, to test myself and get satisfaction.  Ada yang cakap, kalau aku kekal dengan prinsip penerbitan yang aku pegang (tidak hantar ke journal berbayar), sampai pencen pun aku kekal begini. Entahlah... mungkin juga satu hari nanti aku berubah menjadi seperti mereka.  Siapa tahu.......

Oh ya, aku juga dah menghantar satu proposal untuk menulis buku ke DBP. Lama dulu aku dah penah buat buku ngan McGraw Hill.  This time niat aku ingin mencuba menulis dalam BM. Guna bahasa mudah & cara penyampaian yang mudah  so that bebudak matrik/poli bole guna pakai buku tu. Harap-harap DBP berminat lah. 

Itu aje kerja kura kura aku....harapnya adalah hasil yang positif agar dapat memberi semangat untuk menghabiskan kontrak keja ngan gomen .....heeeeeee

Wednesday, May 22, 2013

Duri Dalam Hati

source: google


Lama betul aku tak menulis. Officially aku dah start keja on 2nd April ari tu. Tapi aku still on and off pegi kerja. Ada juga Dr bagi aku MC seminggu dua, bila body aku meraban sangat. Dr cakap semua benda yang aku alami tu adalah "late side effects". Aku pulak sekarang ni dah malas nak ambik pot sgt. Kalau pikir pun buat serabut kepala aku je. Apa apa je lah. Aku happy kalau aku dah bole buat daily activities, w/pun degree kalut aku dah makin kurang. 

Kalau yang kenal aku dulu, aku memang yg macam lipas kudung...kalut manjanggggg. Dalam diam aku akui juga ciri ciri kalut manjanngg la juga membantu aku untuk survive PhD dulu. Sepanjang tempoh study, aku dah terbiasa baca article kat bawah pokok b4 start kerja cleaner, aku pun dah biasa buat keja PhD sambil masak, basuh kain and jaga anak anak. Kalaulah aku ni jenis Minah yang proper, yang nak kena ada condusive learning environment, aku rasa sampai la ni kerja PhD aku tak habis. 

Berbekalkan pengalaman dan kebolehan bekerja dalam apa jua keadaan, aku cuba applykan untuk membuat kerja kerja penulisan yang amaaaatttt la lamanya tertangguh immediately bila aku abis treatment.  Rupa-rupanya tak semudah yang aku sangka. Masa ni aku dah start rasa frust gillerrr. Tapi Dr cakap benda tu sementara. Aku kena relax and bagi masa untuk diri aku/otak aku adjust. Alhamdulillah, now ni selepas 3 bulan selesai radiation process tu, aku rasa  otak aku dah improve. Aku dah start menulis and baca article..mcm kawan aku cakap " man man lorrrr..."

Masuk je keja ari tu, aku dapat result kegagalan untuk mendapat grant FRGS. Frust lagiiii. Tapi aku sebenarnya idak le frust pasal "gagal" tu, aku frust pasal bila aku tidak diberitahu sebarang alasan/sebab kegagalan.So aku tak tau la kat mana silap aku. Apa yang tak kena dgn proposal tu.  Lagi satu bila aku nengok komen yg di beri kat proposal tu, lagi aku tak faham. Secara dasarnya tak ada komen kecuali "pengomen" itu tidak berapa suka dgn tajuk yang aku tulis. Lerrrrr....tajuk je yang tak minat, tak kan le tak dapat langsung grantnya??...haishhhh...

Pada awalnya aku masih nak antar application tu untuk kali ke 2. Lepas tu aku diberi taklimat pula  semua application fasa 2 kena hantar ikut Mygrant. Cara baru plak dah. Masa taklimat tu pun, ada banyak benda yang aku tak faham tentang sistem tu. Bila aku tanya, yg dok bercerita tu ckp sistem still under development.  Belum pun aku abis pening pasal Mygrant, dapat pula news dah tak payah plak guna sistem Mygrant. Upload cara biasa plak. Masa ni aku dah MELUAT!!Masa ni juga aku kena followup treatment. Ending up aku tak hantar proposal tu untuk fasa 2.

Ada lagi beberapa perkara yang menguji kesabaranku. Bab insuran aku pun, sampai peringkat aku meluat nak deal. Baru je selesai. Lima bulan jugak laa...tu pun jenuh aku talipon sana sini minta tolong. Serik rasa. 
Itu tak masuk khabar angin yang bertiup tentang kesihatan aku. Ada juga malaun yg suka menokok tambah tentang penyakit aku. Aku sendiri pun terkejut bila dengar cerita pasal kesihatan aku. Donia...donia...

Terimakasih bebanyak kepada yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku. Sekarang ni kalau yang bertanya aku "sihat ke?". Jawapan aku mudah "Alhamdulillah". Yang lain biarlah aku simpan sendiri. 



Wednesday, March 20, 2013

Pilihan

Dalam hidup ni kita diberi peluang untuk membuat pilihan. Kekadang pilihan yang dibuat tu tepat untuk mencapai matlamat and tak kurang juga yang menyimpang terus dari apa yang kita harapkan. Walau apa pun, kita terpaksa memilih untuk meneruskan kehidupan.

Kesan dari treatment ari tu bukan sedikit. Untungmya, secara dasar kesan tu tak nampak dimata orang lain. Hanya saya yang alami dan merasainya. Dr juga cuba menjelaskan dengan terperinci dan berhati hati, agar saya dapat menerima keadaan dan perubahan diri dengan tenang. Saya faham semuanya.

Sekarang ni saya memilih untuk tidak terlalu memikirkan pasal semua tu. Saya memilih untuk meneruskan hidup dengan family seperti biasa. Saya memilih untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Saya memilih untuk menunjukkan muka ceria seolah olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya memilih untuk mengatakan pada diri saya yang saya sihat. Saya memilih untuk berfikir dan berharap yang saya akan sihat. Ya.. semua itu adalah pilihan yang saya buat.

Sejujurnya, untuk memilih semua perkara diatas bukan lah sesuatu yang mudah. Pesan saya, sekiranya anda tidak diduga dengan penyakit kritikal janganlah mudah membuat andaian  keatas kami yang sedang diduga Allah. Sikap prejudis anda terhadap kami yang terpaksa memilih semua perkara diatas amat melukakan hati...

Thursday, March 14, 2013

KetentuanNya

Alhamdulillah I have completed the 30 times radiotherapy sessions. Fuh! only those who has gone through the treatment could fully understand the feeling. In general, there shouldn't be any side effects after going through the treatment. Patients should be healthy enough to continue with their daily activities.

However, since the radiation was given to the brain, I have to face all the "dramatic" side effects. On top of that, my radiologist confirmed that my pituitary gland has been affected by the radiation. But the % of damaged is not known. They need to do further investigation and observation.  Next week I need to do another blood test. My neurologist need to have my hormone profile in order to keep track on my hormone system.

 In case, ada yang blurrr like myself...pituitary gland tu is a place which control all hormones in our body system. So, once it is affected/damaged, the hormone system akan kacau bilau consequently badan kita pun haru biru laa... haaaaa...ini yg I alami sekarang ni. Serba tak kena. A very simple example is that my berat badan makin naik although I tak ada selera makan. Belum masuk problem lain lagi. Nak citer pun banyak sangat. Senang cakap macam iklan McDonald " You name it, I got it".

As for now, I have decided to start on my daily activities as if nothing is wrong with me. Once ada yang menyapa "dah sihat ke?". I will answer " alhamdulliah..sihat" because my definition of sihat is totally differs from before. As long as I can perform my daily activities and handle my family affairs I will consider myself healthy. Yang lain I serahkan pada Allah...Dia jugalah Yang Maha Penyembuh.....


Soon these tears
Will all be dryin
Soon these eyes
Will see the sun
Won't be long, won't be long
Till I see it
When I'm back on my feet again
I'll be back on my feet again

                                     - Michael Bolton

Monday, February 4, 2013

The treatment

                                                                                                                                  source: google

My first treatment started on 22 January 2013. Before that (16 January 2013) I need to go through the preparation process (CT-planning) including the process of making the mask ( gambar no 2). I need to wear this mask through out the radiotherapy session. Gambar no 1 tu plak (lebih kurang la) adalah gambar mesin yang digunakan.

Ramai yang bertanya "sakit ke?". The treatment tu tak sakit, immediate kesan yang saya rasa after the treatment ialah bahagian belakang kepala saya rasa sedikit panas. Macam kita perm rambut tu.  Tapi lepas 2,3 jam tu baru la rasa kesan lain.

Kesan pertama agak lambat. Kalau tak salah dekat 4 jam after the treatment baru saya rasa sakit kat bahagian otak. Sakit yang amat. Macam otak saya digerudi. Akhirnya, saya terpaksa ambik pil penahan sakit.

Lepas treatment kedua, sakit di bahagian otak hilang tapi saya muntah seharian sampai tak bole bangun. Kebetulan kenkawan sekolah datang visit, diaoranglah yang menjaga saya pada hari tersebut. Allah jugalah yang dapat membalas jasa diaorang.

Lepas treatment ke 3 sampai today (ke 8), saya dah tak muntah. Alhamdulillah. Setiap hari saya akan rasa tak sedap badan ( demam sikit) dan letih. Tahap keletihan plak berbeza from one day to another. Ada hari teruk ada hari macam ok sikit.

Menurut my radiologist, effect lepas 1st and 2nd treatment tu teruk may be disebabkan bahagian otak yang ada tumor tu membengkak after getting the radiation. As the treatment goes on, the bengkak tu will slowly reduce and at the same time body saya pun dah dapat menerima the treatment.

Ada lagi 22x treatment. Doa saya muga Allah memberi ketabahan  kepada saya untuk menghabiskan treatment. Terima kasih kepada En Hubby yang sabar menemani saya dan kepada ibu saya  yang membantu menjaga anak anak saya. Kepada adik adik saya, kaum keluarga serta kenkawan yang  banyak menghulur bantuan dan berdoa untuk kesihatan saya, doa saya muga Allah merahmati kehidupan anda semua. Allah jugalah yang dapat membalas jasa anda semua.

Saturday, February 2, 2013

Adakah Payung Anda Berfungsi??

Sediakan payung sebelum hujan. Pepatah yang dah tak perlu saya terangkan maksudnya. Saya juga berpegang dengan pepatah ini. Kerana ini jugalah saya mengambil insurance untuk memastikan saya punya payung ketika kehidupan dilanda hujan lebat.

2,3 minggu lepas mengajar saya, walaupun dah disediakan payung, belum tentu payung itu berfungsi ketika hujan lebat menimpa kehidupan. Itulah donia. 

Apabila saya dan En Hubby memutuskan untuk membuat radiotherapy, bermula lah isu mengenai insurance plak. Clause yang amat biasa apabila kita mengambil insurance adalah, rawatan akan dicover sekiranya pemegang insurance di masukkan ke wad.

Malangnya bentuk rawatan radiotherapy adalah pesakit TIDAK AKAN dimasukkan ke wad. Pesakit hanya walk-in untuk menerima rawatan. Tempoh rawatan amat singkat. Paling lama pun 30 minutes (termasuk persiapan machine). Tempoh pesakit dikenakan radiation tu pun singkat je. Saya rasa tak sampai pun 15 minutes. Perlu diingat, pesakit didedahkan dgn radiasi yang kesannya bukan sedikit. Tambahan plak untuk yang senasib dengan saya radiasi tu di kenakan di otak.

Saya pun berbincang ngan pihak Dr mengenai masalah insurance ni. Dr memaklumkan sememangnya begitulah bentuk rawatan radiotherapy. Pesakit tidak akan dimasukkan ke wad. Bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Kebetulan pula adik ipar saya pernah menjalani rawatan tersebut di UK, sama juga bentuk treatment. Patient walk-in and then walk out lepas rawatan. 

Persoalannya, sekiranya begitulah bentuk rawatan (around the globe) kenapa pihak insurance tidak membuat pengecualian terhadap clause yang pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi pemegang polisi yang perlu menjalani radiotherapy??. Bukankah ini lebih memudahkan pemegang polisi aka pesakit?? Pihak insurance masih kekal dengan keputusan PAY & CLAIM. 

Dalam kes saya, kami perlu membayar RM 22500 sebelum rawatan pertama bermula (untuk 30x radiotherapy session). Itu tidak termasuk kos penyediaan untuk rawatan (mapping) dan kos consultation dengan Dr and radiologist. Pendek cerita, kos yang perlu dibayar bukan sedikit.

 Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, En Hubby dan saya dapat membayarnya sebelum rawatan bermula. Kami hanya terfikir, bagaimana kalau pemegang polisi tidak mampu untuk membayar dahulu and pihak Insurance masih berkeras dengan cara PAY & CLAIM atas alasan pesakit tidak dimasukkan ke wad??? Bukankah ini menyusahkan pemegang polisi yang selama ini begitu berdisiplin membayar premium setiap bulan??Itu belum dikira tahun tahun yang pemegang polisi diberi kesihatan yang baik. Tidak pernah claim satu sen pun dari pihak insurance. Ya, kita faham, begitulah business insurance. Tapi apa salahnya kita injectkan sedikit "human factor" dalam business. Policy makers dalam insurance company mungkin bole berfikir sedikit dari segi ni, instead of dikaburi oleh RM all the time..

Saya bole faham kalau sekiranya bentuk rawatan radiotherapy itu mengikut case. Mungkin pihak insurance boleh berkeras dengan syarat yang dikenakan. Tetapi keadaan sekarang, bentuk rawatan telah termaktub sebegitu, sepatutnya syarikat insurance dah masuk clause pengecualian terhadap syarat utama didalam semua polisi. 

Saya bukan orang business. Corak pemikiran saya definitely bukan profit oriented. Saya  hanya pemegang polisi dan pesakit yang merasakan dah sampai saat dan ketika policy makers di syarikat syarikat insurance mengkaji sedikit "standard policy" yg diaorang pakai.

Pendek cerita, dalam bahasa mudah , kalau kita pegi ke kedai mamak dan meminta roti canai. Seluruh dunia dah faham bahawa roti canai dihidang berserta dengan kuah dal. Samada pelanggan suka kuah dal tersebut atau tidak, itu bukan isu yang perlu dipertikaikan oleh kedai mamak tersebut.  Amatlah pelik sekiranya kedai tersebut hanya akan menyediakan kuah dal sekiranya pelanggan memohon kuah dal.

Buat ketika ini En Hubby dan saya memutuskan sekiranya kami mendapat claim dari  pihak insurance..Alhamdulliah. Sekiranya claim tersebut ditolak, itu bukan rezeki kami. Payung kami koyak tatkala hujan lebat melanda......Allah juga yang Maha Mengetahui. KepadaNya juga kami berserah....

Thursday, January 31, 2013

Isnin yang mendebarkan..

Isnin (14 January) seawal 9.30 am En Hubby and I dah menunggu didepan bilik neurosurgeon di Loh Guan Lye, Specialist Centre, Penang. Tak ramai yang menunggu. Kami pesakit pertama. 

Alhamdulillah neuro-surgeon tu baik orangnya. Sabar menerangkan keadaan yang saya alami. Ayat ayat terakhirnya membuatkan En Hubby dan saya terdiam. " The best thing untuk Puan ialah this is a benign tumor, bukan cancer TAPI it is a complicated tumor... the location of the tumor buatkan proses nak buang dia susah". 

Dia seterusnya menerangkan yang tumor itu berada hampir dengan salur darah utama ke otak dan ada 8 saraf yang terlibat. Ayat seterusnya membuatkan air mata saya mengalir dan En Hubby terdiam."Maaf Puan, saya tak berpengalaman untuk handle case macam ni". " Saya bole cadangkan 4 nama sahaja yang pernah handle case macam ni kat Msia and sorang kat Singapore".

En Hubby bersetuju untuk berjumpa dgn neuro-surgeon ke2 yang dicadangkan. Kebetulan, neuro surgeon tersebut bertugas di hospital yang sama. T/hari tu kami dapat berjumpa. Dah tua orangnya. Kalau tak salah dah 65 tahun. Dia bersetuju untuk ambik case saya tetapi approachnya ialah dengan buat surgery. Risiko juga amat tinggi. Dia juga menegaskan yang tak semua tumor dapat dikeluarkan kerana location tumor yang complicated, seperti yang telah diterangkan oleh the first neuro surgeon. Saya juga perlu menjalani radiotherapy selepas sihat dari surgery. 

En Hubby dan saya terdiam. Kami memohon untuk berfikir dahulu memandangkan risiko yang tinggi. Dalam hati, saya terus berdoa agar saya tak perlu menjalani surgery walaupun pada ketika itu harapan makin tipis. En Hubby yang masih tidak berputus asa menghantar message kepada sepupu beliau untuk memohon pendapat. Tanpa disangka, sepupu beliau dapat berhubung dengan seorang lagi neuro surgeon yang berada di sebuah hospital swata lain di Penang ni. 

Alhamdulillah, rezeki kami.. Allah membuka hati neuro-surgeon tu untuk terus berjumpa kami pada sebelah petang tanpa membuat appointment. Allah tu kan Maha Pengasih Dan Penyayang. Petang tu juga dengan ditemani oleh bapa saudara En Hubby kami bergegas ke hospital pakar tersebut. 

Neuro-surgeon menerangkan, bagi dia , risiko surgey amat besar dan dia cadangkan agar saya menjalani stereotactic radiotherapy. Saya harus menjalani radiotherapy sebanyak 30 kali (6 cycles). Walaubagaimana pun risiko tetap ada and chances untuk matikan tumor tu hanyalah 85%. Andai kata selepas treatment, tumor still membesar, saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa menjalani surgery jugak. 

En Hubby memohon agar diberi masa untuk kami berfikir. Malam itu En Hubby "bermeeting" ngan immediate family members. Mohon pendapat. Dia tak dapat nak buat keputusan. Kami juga mengadakan sembahyang istikarah, mohon agar Allah memberi bantuan untuk membuat pilihan. 

Akhirnya, keputusan dibuat. Kami memilih untuk mengikut cadangan neuro-surgeon ke 3 iaitu menjalankan stereotactic radiotherapy sebanyak 30 kali. Muga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk saya menjalani rawatan ini....

Wednesday, January 23, 2013

Bermula cerita...

Ahad (6 Jan 2013) aku ditugaskan menjaga peperiksaan akhir untuk sessi pagi. Tugas berakhir sekitar pukul 12 t/hari.  On the way nak ke kereta, tetiba aku terasa sedikit tidak stabil and rasa loya yang amat sangat. Terus aku singgah sekejap kat office En Hubby. Kebetulan plak dia ditugaskan untuk menjaga exam pada sessi petang. Sempat bagitahu keadaan and inform him yang aku akan drive balik umah dengan segera. 

Sampai umah, bermulalah series of muntah. Lembik and lesu seluruh badan. Tika jam menunjukkan pukul 4 ptg, aku dah tak berdaya nak buka mata. The only way is to call my mom. Minta tolong dia hantarkan ke medical centre. 

Sampai kat KMC (medical centre), Dr terus masukkan drip. Lepas tanya few questions, dia orang conclude yang aku kena food poisoning and perlu dimasukkan ke wad. Alhamdulillah, the next day tu dah ok sikit. Dr pun discharged and bagi MC 1 hari.

On Wednesday, aku pun pegi keja macam biasa. Aku sihat. Pagi tu plak ada meeting. I attended the meeting and during that meeting pun aku ok. Malangnya, abis je meeting, dah start balik attack yang macam last Sunday tu. But this time rasa loya tu dah tak dapat ditahan tahan. Aku muntah kat office and also all the way  back home. Sampai umah, aku terus called En Hubby, mohon dia balik segera and bawa aku ke KMC. 

Sampai KMC, sekali lagi diaorang cakap aku food poisoning and perlu masuk wad lagi. Diaorang drip aku lagi.  This time En Hubby dah tak happy dgn cara diaorang diagnosed aku. Dia cakap kat aku yang dia percaya this is not food poisoning case. 

The next day, Dr mula buat blood test. Semua clear. Buat ultrasound. Organ dalaman aku clear except diaorang terjumpa ada fibroid yg besar dlm tummy/rahim aku. T/hari tu Dr datang melawat kat wad. Dia pun cakap, aku tak ada apa apa masalah except ada fibroid. Dia nasihatkan aku, lepas sihat sikit dtg jumpa Pakar Sakit Puan untuk further discussion about the fibroid. Bila En Hubby bertanya, apa masalah aku sebenarnya, Dr tu jawab "food poisoning".

Masa ni, temperature En Hubby pun dah naik. Dia pun cakap la yang dia dah google. Symptom yg aku tunjuk bukannya symptom food poisoning and mohon Dr tu explain kenapa ada perbezaan symptom food poisoning yang dia dapat dari google and yang aku alami. 

Dr tu pun dah agak "bengang" dgn soklan soklan cepu cemas dari En Hubby. Aku plak time time gini, diam je and melopong dengar En Hubby and Dr tu dok berdiscuss. Yang aku dengar Dr tu cakap " So, Encik nak kita buat cam mana?'. En Hubby jawab " Saya mohon Dr buat further investigation, ni dah 2x dia kluar masuk dalam masa 1 week, saya risau kalau balik ni, benda ni berulang lagi dan saya yakin ini bukan food poisoning, cuma saya ni bukan medical Dr". Then, Dr tu pun cakap, "o.k , in that case kita buat MRI". So, ptg tu juga diaorang buat MRI kat aku.

Esok pagi, while I was alone in the ward, Dr tu pun datang bawa result MRI. Tanpa melihat kat muka aku dia terus cakap " haaaa...intan, result MRI ni tunjuk you ada brain tumor. Kat sini tak ada neuro-surgeon , so you kena bincang ngan husband nak transfer you pegi Penang or KL".  Dia stop bercakap bila dia terperasan yang aku dah melopong and air mata aku dah berjurai kat pipi. Then dia terus minta diri.

Masa tu , aku rasa amat kecil hati dengan cara Dr tu menyampaikan berita kat aku. Amat tak sensitif. Aku plak yang ambik masa nak tipon En Hubby and dok fikir ayat nak sampaikan kat En Hubby. 

Sekiranya, umur aku panjang, Allah sembuhkan aku.....mungkin lepas ni aku kena team-up dgn Mr FF buat kursus communication untuk para Dr nih. They really need to learn mcm mana nak bercakap dgn pesakit. Nasib baik la aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, silap hb jadi cerita lain le plak....


Tuesday, January 22, 2013

Ujian Pertama

On 24th Dec 2012 kami bertolak ke A Farmosa Resort untuk bercuti akhir tahun. Abg Ngah sebenarmya nak ke Universal Studio, Singapore. Tapi setelah dihitung, dicampur, darab and bahagi Encik Hubby memutuskan kami hanya mampu untuk bercuti didalam negara. Alhamdulillah, percutian tu memang best. Anak anak happy especially lawatan ke Cowboy Town. Kebetulan plak ada X'mas and New Year Celebration, so Nina rasa ala ala kat Oz gitu.

On 27 Dec kami bertolak balik dari Melaka. Tanpa dirancang, Abg Ngah memujuk En Hubby untuk singgah plak kat Zoo Taiping. We stopped there and the kids enjoy lagi ngan aktiviti kat zoo Taiping. Then, En Hubby decide we stayed for a night kat Perak and akan bertolak balik Jitra the next day.

Kami bertolak lewat dari Perak, sampai Jitra around 6pm. Sampai je depan umah , Abg Long yang nak buka pintu umah, menjerit cakap "Papa...umah kita kena rompak". Pencuri tu masuk ikut satu cermin hiasan kat dinding. Abis satu umah digeledah. Sempat makan makan and sempat tinggalkan aircond terpasang lagi. Meriah sungguh mereka mengerjakan umah kami.

Selepas "berhempas pulas" ( malas aku nak cerita bebanyak adengan ngan polis nih) deal ngan pihak polis, malam tu datanglah 2 pegawai penyiasat. Seluruh umah kami tu diselongkar pencuri tapi pihak polis gagal untuk mendapat 1 finger print pun. Rupa rupanya banyak plak syarat untuk dapatkan finger print. Again, aku tak nak create problem kat sini nak komen bidang kerja polis. Cuma, sebagai rakyat, memang aku kecewa dengan teknologi yang ada. Jumlah kerugian lebih kurang RM30,000.

Rentetan dari kejadian tu, my mom terkejut and the next day tu dimasukkan ke wad..Alhamdulillah..tak lama dia diwad , dia dibenarkan pulang...

Ingatkan, ini lah ujian besar yang ada dalam firasat En Hubby and my mom.... Rupanya Allah menduga lagi...Sesungguhnya dia lah yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui....