Monday, July 29, 2013

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Blackstrap Molasses
Saya guna jenama lain- health paradise
Propolis Kelulut
Madu Kelulut.



Pomegranate Concentrate


Macam yang pernah saya cerita dulu, selain dari didiagnose to have brain tumor, saya juga di diagnose ada fibroid yang besar (8cm). Untuk fibroid tu memang la saya tak ada pilihan , kena operate je lah. Tapi masalahnya saya dinasihatkan untuk tidak melakukan apa apa operation dalam masa at least 6 bulan to 1 year. Badan saya tak kuat selepas buat radioteraphy ari tu.

Ramai yang bertanya sekarang ni saya ambik ubat apa untuk mengubati  my tumor. Ramai juga yang bercerita kisah kisah ajaib bagaimana tumor bole ghaib dengan sekelip mata. Nasihat saya berhati hatilah dalam memberi maklumat. Terkini, saya agak terkilan apabila ada seorang ustazah bercakap yang tumor/kanser ni bole hilang kalau si pesakit tu mengerjakan solat. Beliau kemudiannya mengupas isu bagaimana Allah menyayangi golongan yang mengerjakan solat dan memberi pelbagai dugaan kepada mereka yang tidak mengerjakan solat. MasyaAllah adakah beliau bermaksud golongan yang menghadapi tumor/kanser ni TIDAK mengerjakan solat. Apa perasaan kami yang mengidap penyakit kritikal ni apabila mendengar statement sebegitu, dan apa pula perasaan kaum keluarga kepada pesakit kritikal (tumor/kanser) yang telah pergi mengadap Ilahi??? Berhati hatilah dalam menyampaikan ilmu.  Please stop being judgmental. 

Back to pertanyaan mengenai ubat tadi, as for my case dalam bahasa mudah sebenarnya tak ada ubat pun. Dari segi medical, first MRI tu hanya indicate a very small reduction in the size of the tumor. Kalau second MRI (due in Nov) pun tunjuk benda yang sama, saya berharap yang tumor tu berhenti membesar. Itu dah cukup baik bagi saya. As for now saya dah tak nak ambik ubat dari spital lagi. Saya hanya berikhtiar menggunakan sumber semula jadi di samping tidak putus putus berdoa. Saya yakin dengan keajaiban doa. Gambar gambar kat atas tu adalah benda benda yang saya ambik religiously sekarang nih. Berkesan ke tidak? Ntah lah... nantilah ye, kalau ada yang ajaib berlaku...saya buat testimonial....heeeee. Now ni saya hanya berikhtiar tanpa jemu and terus berdoa..


* Ada kaitan ke tajuk ngan posting nih??Hentam saja laa labuuu..




4 comments:

Aku bukan ustazah said...

IMHO, to rephrase apa yang usatazah itu kata: "Bring your solat to the next level."

mulan said...

Aku Bukan Ustazah,

At first saya pun merasakan yang ustazah tersebut nak huraikan or nak sampaikan abt "bring your solat to the next level".. Malangnya sehingga akhir sessi, tak ada le plak..
Nak kata saya yang blurrrr...beberapa org lain yang mendengar pun mengeluh dengan apa yang disampaikan dan cara penyampaian..
No big deal.Just another part of my colourful life

Anonymous said...

Ini pendapat saya:
Solat itu ibadat, itu yang patut didahulukan. Mungkin solat ada manfaat lain... wallahualam.
Andai kata solat tidak ada manfaat lain kecuali ketaatan kepada Allah, itu sudah cukup. We are blessed to be able to stand and worship Him 5 times per day.
Keep on writing. Love your blog.

Ikmal Jamil said...

Pn mungkin mahu mencuba vivix..salah produk dari shaklee...