Friday, December 31, 2010

Dalam hati ada hujan...Dalam jiwa ada taufan...

Do you know where you're going to
Do you like the things that lifes been showing you
Where are you going to
Do you know...

Do you get what you are hoping for
When you look behind you there is no open door
What are you hoping for
Do you know...



* Selamat tahun baru to all !

Monday, December 27, 2010

A Family Trip 2010











After 2 years terperuk kat Perth ni, we decided to make a family trip to Albany. Located about 410+ kms from our house. To make our journey more interesting , we decided to use the longest way to reach Albany; Perth-Bunburry (isi minyak) - Busselton (check-in)- Agusta-Margaret River-Busselton (tidor 1 night kat sini) -Albany ( tidor 2 nights) - Perth.

Kat Busselton, we stayed kat Busselton Jetty Chalet. Memang ok tempat ni . Untuk kenkawan yg plan nak pegi, I think this might be a good option. At $140/night, dapat satu chalet with 2 bedrooms, ada lounge and ada kitchen. Amat selesa.

Kat Agusta, we visited CapeLeeuwin Lighthouse. Dibina in 1895. Ada 7 floors and 186 steps. Malangnya we all tak leh panjat coz Nina baru 4 tahun (under age)-bahaya coz angin yg amat kuat . Kat sini gak we have a chance to view tempat pertemuan dua laut (south ocean & Indian ocean) . Then we visited Cape Leeuwin waterwheel. This waterwheel was built to bring fresh water to the lighthouse masa zaman dolu dolu. Memang cantik scenery kat sini.

Kat Margaret River we stayed kat Banksia Garden. $285 per night dapat umah punyalah besar, siap ngan mesin basuh and dryer. Teramat selesa!. Banyak tempat menarik such as tempat buat olive oil,cereal, cheese, chocolate factory etc. Semua we all terjah, yg best tu most of the tempat dpt rasa food yg diorang buat secara percuma. haaaa...apalagi bebudak ni pun "rasa" lah especially kat chocolate factory.
We all pegi juga "tree-top walk". This area ni penuh ngan pokok pokok yg besar and berusia beratus ratus tahun. They built cam bridge gitu, and we can walk until we reach the highest point (kat atas pokok yg paling tinggi). Memang gayat tapi best!.
Kat Albany pun banyak tempat menarik yg we all pegi. We have the chance to explore the "Brig Amity". Kapal yg dolu dolunya bawa convicts ke WA ni. Bole tengok dlm kapal tu. My three children thrill abih kat sini.
Memang seronok trip ni walaupun penat amat. Mana tak penat travel ngan budak budak and pelbagai kerenah. Kepada kenkawan yang belum melawat ke south -east nih, memang worth le kalau nak pegi.
Thank you Allah!

Sunday, December 26, 2010

Tenant of the month


Ho...ho...ho...dapat hadiah lah. 2 movie tickets kat Hoyts cinema. Siapa bagi? definitely not Santa Clause tapi our house agent.
Reasons for giving us these tickets:Kononnya sebab umah cantik/bersih masa inspection and prompt rent payments. Cantik/bersih during inspection tu..standardlah..kan kami berdua ni kerja PTD (Pencuci Tandas Diplomatik). Nama pun cleaner, mestilah we all tau sudut mana yang Si Agent tu akan check. Cuba Si Agent tu buat sistem "terjah" . Mau pengsan dia tengok creativity Nina "menghias" umah....heeeee.
Anyway, best gak dapat ni..nama pun manusia...asal dpt yg free je mesti rasa syok. Cuma satu je la.. cam mana nak pegi tengok wayang, my glasses yg baru tu belum siap lagi. Sekarang ni, tengok tv kat umah pun tutup sebelah mata. Tak kan nak pegi tengok wayang pakai eye patch plak . My hubby cakap payah payah I "dengar " wayang je lah...biar dia sorang je yang tengok......

Thursday, December 16, 2010

Nina Jolie







Semenjak dua menjak Mama and Papa busy menganalyse data ni, Nina pun asyik berkepit ngan computer dia. Kekadang dia guna 2 computer serentak. Dia lebih bz dari student Ph.D plak. Sian dia. Agaknya dia boring coz Mama & Papa asyik dok mengadap computer. Abg Long bz ngan homework and school project. Abg Ngah? oopsss...sorry Nina tak kamceng ngan Abg Ngah. Main kejap kejap bole la.. lama sikit perang 2 penjuru le.
Satu lagi hobby Nina sekarang ni, tengok you tube (howdini)- cara buat princess cake . Every day berjam jam dia mengadap computer tengok cara buat cake, buat pancake, buat biscuits. Nasib baik internet kat umah ni ambik yang 100G. Jadi , tak le risau allocation abih.
Bila ditanya bila besar nanti Nina nak kerja apa? Dia jawab Nina nak jadi teacher and tukang masak. Nampaknya anak dara Mama nak jadi Cikgu SRT (Sains Rumah Tangga) la kot.
Kekadang weekend dia ajak buat cake. Masalah besar ni. Selalunya Mama ajak dia buat carrot cake. Itu yang paling mudah and itu je yang Mama rasa confirm akan jadi kalau Mama buat. hahahaha.... So far , dia cam ok je. Nanti dia besar sikit, mesti dia boring...asyik buat cake yang sama je... hopefully by that time, Mama dah abih PhD and ada banyak masa nak belajar buat cake.
Kerap juga la, bila dia ajak buat cake, Mama mengelak dgn ajak dia tengok cd. Jadi aktiviti aktiviti malam minggu Mama ialah tengok cd ngan Nina. Cerita apa? bergantung ngan mood Nina. Sejak 2 thaun buat PhD ni , banyak lah cerita cerita cartoon/ animasi yang dah Mama nengok. Setengah tu , dah bole hafal cerita and ingat script. Gamaknya , kalau Mama buat list dlm EndNotes, panjang lagi list Cd dari list articles....hahahaha

Monday, December 13, 2010

Adelaide

Arrived safely from Adelaide yesterday. At first my trip to Adelaide ada 2 big agenda; a) present my paper at the conference, b) meet someone to confirm my analysis/AMOS. Allah Maha Kaya , I have another extra agenda i.e "jalan jalan Adelaide" tanpa dijangka jangka.

Conference
To me yang tak banyak experience pegi conference b4 buat PhD rasanya cam besar and ramai le participants. Cuma ada 3 org je org / students Melayu. hahaha...memang le I tau dah buat kat Ostolia tak kan le nak ramai Melayu cam buat kat Msia, tapi I tak sangka le plak, tak ramai tu hanya 3 org je... My slot on the first day, sebelah petang. Ada 2 comments. Satu tu, I tak risau sgt tapi yang satu lagi tu rasanya I tak leh ambik remeh la..nak kena pikir cam mana nak solve kan benda yang dikomen tu dlm my writing nanti.

Confirmation on my analysis
Mission ke 2 pun berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah membuka hati seorang student PhD dlm bidang psychology yang to me amat mahir bab bab AMOS ni. Dia ni buat PhD by publications. I memang "tabik" la dia punya writing skills .Half day gak dok discuss ngan dia bab my model and alhamdulillah dia cakap whatever yang I buat tu dia rasa dah on the right track. Dia gak ada buat few suggestions to improve my writing bila I report dlm thesis nanti. So, this week I plan nak buat appointmnt ngan one of the Profs kat UWA, just to get second opinion about my work. Muga Allah melembutkan hati that Prof to look through my model.

Jalan Jalan Adelaide
Thank you kepada kwnku Cik R (bukan nama sebenar) ha ha ha.....yang sanggup meneman dan membawaku "berfoya foya" di Adelaide. Banyak gak la tempat yang kami "terjah". Yang nak tengok gambar ..nanti free sikit I upload kat FB.

Penghargaan
Thank you to all yang dah buat my stay kat Adelaide such a memorable one. Kepada Mr A & family yang arrange my stay kat sana, Mr S & family yang bagi tumpang umah you all yang memang amat selesa, Mr T & family yang sudi menjemput untuk acara minum ptg yang seddappp sgt. Tak lupa kepada Cik R yang jadi tourist guide cum photographer, and Mr FF yang sanggup look through my model , yang I sendiri pun konpius....hahhaha..... Last but not least to my hubby kerana sanggup jaga anak anak sepanjang my stay kat Adelaide (bukan mudah oooo...nak kena jaga 3 anak and at the same time buat kerja part-time and also buat kerja kerja PhD)..Muga Allah memudahkan perjalanan PhD anda semua.....

Monday, December 6, 2010

The end of my second year....the beginning of my third year

Dah lama sgt blog ni tak diupdate. Begitulah bznya diriku ini. Juggling everything around me,eventhough I know I am the worst jugglers on earth!.



Anyway, my second year of my PhD journey has come to an end. How to describe the journey so far?? well, the simplest sentences are; first year "tahun tak ketahuan", second year "tahun keperitan". heeeeee..



Apa taknya my first year, I cam pening pening lalat je...adjust segala benda dalam hidup. On top of that I have to change my topic, kena go through candidacy within 6 months selepas enrollment then b4 candidacy the graduate school changed one of my supervisors ( my supervisor and I tak de masalah- just they feel that theory yang I apply tak kena ngan background dia). Alhamdulillah, after going through all the hurdles , I managed to go back home and collect my data at the end of my first year.

My second year. Horrible! The core part is because I know nothing about data analysis. Meraban habih. My supervisors plak have limited knowledge about SEM. Apalagi , terkonteng konteng la diriku. Kena plak all other students either guna SPSS or PLS.Lagi lah stress tahab gaban. Alhamdulillah...daripada gelap gelita...akhirnya dah familiar le with CMIN, NFI, CFI, AGFI,RMSEA..Dah tau dah cam mana nak test direct, indirect, moderator, mediator, multigroup..

Cuma ada satu je problem lagi, since both of my supervisors memang blurrrrrr bab bab SEM/AMOS, they suggested I cari expert untuk confirm my work. Selepas mengemail sana sini, ada lah sorang Prof ni suruh I call dia to discuss benda nih.. Tiap tiap hari I doa muga Allah lembutkan hati this Prof nak melihat/confirm on my analysis. Harap harap I dapat habiskan analysis b4 new year menjelang...

Third year, bermula ngan my first presentation kat ANZAM Conference. Esok , I nak pegi Adelaide le.. suspen gak coz I am going there alone. At first, ingat nak angkut semua satu family. After kira duit dalam "tabung gajah" tak dapat le nak jalankan plan A tersebut. Jadi the whole of next week I akan berconference. Meaning, my hubby kena incharge of everything!. Thank you Abg. Muga Allah mudahkan perjalanan PhD Abg juga.

Gitu lah ceritanya.....muga third year ni akan nampak la sedikit cahaya...
p/s: kena siapkan 2 paper b4 February 2011...Satu apa pun belum buat...huaaaa....

Sunday, August 29, 2010

Tumpang seronok

Last two weeks and yesterday I met my two teman seperjuangan yang dah tamat their journey ngan jayanya. They came back to Perth to do minor corrections and finally submitted their thesis. Sorang sempat convo this September but another one due to administrative procedures she needs to join the February punya convocation ( kat my Uni ada 2 convocation ; Feb/Sept).Thesis mereka ni, dah pun melalui "new policy" of choosing examiner. Thesis will go thro 2 external examiners from the list of world experts (ikut bidang masing masing le) and the final say on who are the 2 examiners bergantung to the research commitee and not the supervisor. Kononnya, policy ni di buat untuk ensure the quality of the PhD. Pendek kata no more "buddy to buddy system"; whereby svsor bole pilih "member sendiri" to be an examiner. Adusss...makin kecut perut bila teman mendengarnya...

Anyway, I memang seronok sgt jumpa diaorg ni. Bole nampak airmuka diaorang yang ceria . Cam dah lepas satu beban yang amat berat kat bahu masing masing. Dgn kepulangan mereka, plus another one yang tengah tunggu result,tinggallah 3 org Malaysian saja kat my school (my hubby, my self and another lady). Yang lainnya semua local/other international students). Kurang la meriahnya. Tambahan lagi kami 3 org memang buat kerja mostly dari umah. Sunyi lah workstation tu.

Both of them sempat bagi semangat to us (my hubby and I) untuk meneruskan perjuangan. Betul lah apa yang org cakap, hanya yang buat PhD saja memahami tekanan yang dirasakan. To both of them, selamat menjalankan tanggungjawab baru. Menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. I will miss both of you. Tiada lagi adengan kita pegi makan makan kat Perth city centre bila otak masing masing dah tepu . Adengan bercerita pasal anak anak. Adengan mencurah perasaan dgn air mata yang bergenang bila stress dah tahap gaban.

Muga Allah juga memudahkan perjalanan saya dan suami and muga dapat berjumpa both of you lagi kat Msia nanti....

Friday, August 27, 2010

Disco & Athletics day




Sekolah Abg Ngah akan adakan these 2 events. Disco tu ada 2 sessions; for year 2 and under pukul 4.30-6pm, year3 and over pukul 6.30pm-8.30pm. Abg Ngah ni kiranya dah masuk group "Big Kids" le..
Athletics day/sports day tu pun sound cam meriah coz ada canteen day sekali. Rasanya Disco tu idak le dapat Abg Ngah pegi coz sibuk nak berbuka puasa and also nak sembahyang Terawih. Memang tak sempat le nak berdisco disco dibulan bulan Ramadhan nih. Cuma I haven't inform him yet.Dengan harapan dia lupa about that disco and few of his good friends tak pegi gak ke disco tu.
About sports day tu, ingat nak tanya dia. Kalau dia larat , then dia bole join race/lari. Kalau tak larat, ingat Papa dia akan inform the teacher in charge. Last year, Abg Ngah lumba lari gak even dia puasa. nama pun budak, bila tengok semua kenkawan berlari, dia pun nak ikut sekali le..

Wednesday, August 25, 2010

Kawan Baru


I would like to tell you all semua about my two new friends. In the spirit of doing PhD, I think I need to justify why I want to write about this:
1) I dah letih menulis part of my data analysis chapter since 4 am tadi.
2) Mata I dah bagi isyarat yang diaorang nak berehat.
3) Otak I dah automatically switch to "slowing down mode"
4) Last but not least , kawan baru I ni fall dalam another chapter of my "colourful life"
As what I have informed in my earlier posting, I kan dah memulakan career glamour I as PTD (Pencuci Tandas Diplomatik) since last April. My two new friends ni adalah my supervisor and sorang lagi tu adalah PTD yang penuh dedikasi cam I gak le.
Lets start with my supervisor (jgn tersilap ye, ini BUKAN supervisor PhD tapi supervisor PTD) Orgnya besar tinggi. Ada jambang, hidungnya tinggi (ada ke omputih hidung penyet, pakai subang ). Lahir kat Ostolia tapi dibesarkan and kerja kat Holland. Baru 3 tahun balik ke Ostolia. Nak menghabiskan masa tua kat Ostolia. Apa yang I kagum pasal dia ni:
Dia tau /bole cakap banyak language ( bahasa Belanda, Spanish, French , English tak yah cakap le..). Dia mcm tau buat segala benda. Dia bole bertukang kayu ( ambik upah buat kerusi/meja/ baiki umah etc). Dia jadi "Ricki Master" ( pengamal perubatan alternative le nih). Pandai "tai- chi". Pandai masak and the best part he knows how to handle people. Dia pandai menegur or comment about your work without making you feel bad of yourself. Rasanya tak ramai ada skill ni. Cleaners rasa senang hati je nak buat apa yang disuruh. Tak ada yang cakap belakang about him. As for me, I belajar a lot about life from him. Dia ada banyak experience. Cuma ada 2 benda yang i rasa kurrengg... 1) dia tak ada anak coz he doesn't see any benefit of having children dalam marriage life and 2) dia tak ada ugama.
Now my other friend plak. Asal dari Venezuela. Orgnya gemuk, pendek. Umur 50 + gak (masih ada sisa sisa kehenseman ala ala Antonio Benderas gitu...). Dia ni dah 20 tahun jadi cleaner. Apa yang I kagum about dia ni:
Dah 20 tahun dok kat Ostolia tapi dia tak dapat cakap omputeh ngan baik. The best part is Dia survive!. Dia hanya tau tulis nama dia (first name je). Pandai tengok jam tapi tak reti tulis jam and selalu I betulkan waktu masuk kerja dia; eg dia sampai 3.05 pm dia akan bantai tulis 3.50). Pandai Spanish and French. Family man. Ada wife, anak anak and cucu cucu (ramai). Begitu cekap bekerja, maklumlah 20 tahun...bagi le kerja apa pun dia bole buat and habiskan ngan cepat. Cuma yang kurrengg sikit i) dia suka minum arak (luar waktu kerja le) and 2) dia tak ada ugama coz dia cakap ugama semua baik and he got confuse on which one to choose...heeee... Dia banyak gak bagi ilmu kat I pasal arak. Eg yang mana sedap, nak campur ngan apa nak bagi lebih sedap. Pendek kata mahir le juga I bab nih...heeee
Dua org Mamat ni la yang jadi kawan baik I masa I jalankan kerja PTD. Diaorg ni la gak jadi pendengar setia (about my PhD) tika I pegi kerja dalam keaadaan tertekan (especially lepas jumpa svsor). Diaorg ni gak yang kekadang cover my PTD work (bila I sampai lewat coz pegi talk/workshop kat uni dulu b4 pegi kerja). I know , diaorg tu bukannya paham sgt apa ke benda yang I stress about and dok study cuma sometimes they provide me ngan nasihat nasihat percuma especially on how to handle things in life. The best part, diaorg ni ajar I cakap spanish. Ada la 2,3 ayat dah yang I bole cakap. Bila I nampak letih diaorg akan ajak I buat few "tai-chi movements" b4 start kerja PTD. Definitely, both of them akan kekal dalam memori kehidupan I as PhD student in Ostolia. Disebalik tekanan/kesusahan hidup Allah memberi peluang to me untuk kenal 2 org yang baik hati... Thank you Allah.

Monday, August 23, 2010

Nina Vs Abg Ngah

Nina and Abg Ngah memang tak leh dekat. Kalau dekat je, mesti perang. Selalunya Abg Long akan cuba jadi PBB tapi kerap kali PBB gagal capai objektif. Kekadang, apabila PBB masuk campur, keaadaan jadi makin teruk.. jadi le plak perang 3 penjuru. Then, part yang paling boring bila Mr President (my hubby) dah buat serangan nuklear sebab tak tahan ngan kerenah and umah yang bising and bila Nina & Abg Ngah berlari to me untuk minta perlindungan politik.

Yesterday, serupa le.. As usual yang selalu start the provocation si Nina la.. Dari pagi lagi (the moment dia bangun tido) dia dah start buat issue. Si Nina ni, bila dia bangun je, dia akan cari semua org untuk cakap "good morning". Dia expect bila dia bangun org lain semua kena bangun. Semalam (Sunday), Abg Ngah & Abg Long still tidor bila Nina dah bangun. So she get frustrated bila dia pegi ckp good morning kat diaorang, diaorang buat derrrk je. Ye lah... tengah tidor..Then dia pun kacau lah diaorang tidor, provocation pertama pun bermula .

Then , t /hari sikit Abg Ngah nak tengok cd. Start plak provocation ke 2 dari Nina. Ada 2 vcd player, tapi kat mana Abg Ngah tengok kat situ juga le si Nina nak tengok. I asked them to sit down and tengok sama sama. Berebut plak , citer mana nak tengok.

Settle bab pilih citer, Nina buat provocation dgn makan kat depan Abg Ngah plak. I dah cakap/ larang jgn makan depan Abg Ngah, tapi bila I dok sibuk buat kerja je dia pun bawa segala food dok makan and siap cakap plak how sedap the food is kat Abg Ngah. Bila sampai bab ice cream and meat pie Abg Ngah dah start cakap ngan I few times dia nak buka puasa. I pujuk pujuk..tak jalan gak. Time ni Nina pun dah kena marah le....

End up...I pun bagi meat pie kat Abg Ngah untuk dia buka posa. Abg Ngah dah duduk dimeja untuk makan meat pie tu, tapi tetiba dia lari masuk bilik. Then bila ditanya dia cakap on the second thought, dia tak nak buka puasa. Dia nak habiskan juga puasa . I cakap ngan dia, you have made a very good decision. Nina tu adalah cubaan untuk menguji tahap kesabaran Abg Ngah.

So, semalam I masak ayam golek and sotong goreng (favourite food Abg Ngah) untuk berbuka. Reward kat Abg Ngah kerana berjaya melawan cubaan dan godaan dari Nina....si Nina pun dah kena marah ngan Papa dia....tapi ..biasalah...Nina....

Monday, August 16, 2010

Jangan Lupa...

Salam Ramadhan to all. Here in Ostolia (Perth) officially the Ramadhan started on the 12th August 2010. However, ada gak yang dah start puasa on the 11th August. As for my family, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja in my house (my hubby le tu) made decision to follow the official date (ikut Islamic Council ). So far so good. Abg Ngah masih steady eventhough kat sekolah sekarang ada sports activities. Alhamdulillah..

Tajuk kat atas tu sebenarnya not related at all ngan Ramadhan. It is about thesis writing. Maap le ye, kalau ada yang konpius. Just nak share, benda yang I bole plak terlupa nak include masa dok buat writing . Kalau ikut my svsor, kira cam benda wajib le kalau kita buat survey method.

Tetapi rasanya ramai yang tak le jatuh dalam golongan "blurrr" cam I ni..maklumlah..jgn terkejut there are days yang I menaip sambil dok "tepih" tangan kecik tu dari dok menekan sama my keyboard..Jadi for golongan yang cam I nih ...in your thesis jgn lupa write about how you handle the "3 bias" i.e. common method bias, social desirability bias and non-response bias. So, this week I nak kena nulis about benda benda ni la...heeee..

Wednesday, August 11, 2010

Signage











Today is my birthday. Getting older and hopefully wiser. Not really worry about my age . Cam org cakap le "age is just a number". What I worry more is about biological effect of getting older (apa ke benda yang aku cakap ni). Ye lah ..when we were young..kita cam relax sikit and eager to face challenges in life. Tapi bila dah tua tua ni..kekadang rasa cam "letih" le plak especially nak make sure yang my hubby and I sampai ke penghujung our PhD journey dgn jayanya.
Tetiba plak terperasan le few of hiasan dalaman dalam umah kami yang somehow may reflect my stress level ( in this case my stress level je..sebab my hubby jarang terjebak ngan benda benda cam nih).Gamaknya lagi lama or lambat habih my PhD, lagi banyak le benda benda cam ni tergantung dalam umah. Semua ni tindakan luar sedar...pagi ni baru terperasan....emmmmm








Sunday, August 8, 2010

malaysian education Vs ostolian education

Abg Ngah : Papa, do you know what is a deer?
My hubby: Yes, a deer is an animal ...bla bla bla....(describing in detail le pasal rupa paras deer..)
Abg Ngah: No papa. A deer is an animal used by Santa Claus to travel.
Me: Kah kah kah....

Tuesday, July 13, 2010

Data Screening

After key-in your data yang beratus tu kenkawan pun rasa cam loya loya nak muntah gitu (ini untuk case cam I yang tak mampu nak upah org key -in ye).This is what I diagnosed as "Syndrom Mabuk Data", the next step to think about is how to screen the data. Just want to share apa yang nak buat during this screening process. I think how much to do and how serious you are in dealing with data screening bergantung pada your s/vsor school of thought. Ada org tak le buat banyak benor and ada gak yang tak report in their thesis. But, as usual I am not that "lucky" one. heeeee.....
Outliers: 1) univariate - z score
2) bivariate- scatterplots
3) multivariate- Mahalanobis D
Normality: 1) skewness & kurtosis
2) Kolmogorov-Smirnov
3) examine linearity of graph MahalanobisVs Chi square values
Linearity: 1) Scatterplots
Homoscedasticity: 1) Scatterplots
Homogeneity of variance: 1)univariate-lavene test
2) multivariate- Box's M test

Bila dah buat ni baru le kita bole cakap yang data kita dah meet basic assumptions and our data tu suitable for further multivariate analysis.
Selamat "cuci mencuci" kenkawan....

Wednesday, June 16, 2010

Lunch Date
















Last Sunday kitaorang pegi makan makan kat TAKA (one of the Japanese restaurants kat Perth). All together ada 3 family yang pergi. Why Japanese food??? Silap besar le kalau kome semua pikior kami ni mengamalkan dasar pandang ke timur atau peminat fanatik Sin Chan or Ultraman. Decision dibuat berdasarkan ketebalan "poket" masing masing. Eventhough , one family yang pegi tu, tidak le membawa tag "student" kat dahi..tetapi kerana dah terjebak berkawan ngan golongan student...terpaksa le mereka akur ngan tempat nmakan yang dipilih.TAKA ni , kiranya the cheapest food available le. Harga makanan less than $8 per plate. Mana nak cari kat bumi Perth nih?? Lagi satu, ada 2 org mamat ni nak makan "belut" haaaa....kat sini ada jual sup belut. Walaupun teman tidak makan belut tapi demi semangat setiakawan teman ikut juga le mamat mamat 2 org nih...

My personal view, lauk dia sedap (chicken & fish ) , cuma lidah teman ni idak berapa dapat menelan nasi org Jepun yang macam pulut pulut tu... To my suprise, my children semua suka..even Nina pun makan dgn semangatnye.. Jadi idak le terkejut kalau ke depan hari teman bermenantukan org Jepun...heeee...

Lepas makan, sekali lagi demi semangat setia kawan kami mengeringi kwn kami yang berstatus PR tu bershopping kat Myers and David Jones.. Jgn panic, yang menyoppingnya hanyalah kawan kami tu, 2 family yang berstatus student hanyalah mampu untuk tawaf dan gosok gosok baju & pinggan mangkuk kat dalam David Jones tu untuk ambik berkat; walaupun David Jones tengah buat sales giler giler....heeee

Lepas acara tawaf kat tempat tempat glamour nih...perut pun berbunyi le plak. Untuk menyelesaikan masalah kami beramai ramai pakat pakat makan bun aje kat tengah bandar Perth tu.....heeee...





Tuesday, June 15, 2010

The truth, the whole truth and nothing but the truth..

This posting is specially dedicated to kenkawan yang tengah plan nak ambik spouse program. The objective is not to discourage your effort BUT just to tell the "reality" of life. My writing will only applicable to sesapa with the following criteria:
1) planning to study at WA.
2) As mentioned earlier your hubby/wife pun buat PhD gak.
3) ada anak yang dah masuk high school (sekolah menengah).
4) ada anak yang belum layak untuk register for kindy @ government school (kena stay kat childcare).

Point to remember is when you are accepted in the spouse program , you will only get $400+ permonth. No other allowances (of course your tution fees will be paid by your sponsor). Alhamdulillah...eventhough the amount is small; amatlah membantu eg bole cover your travelling cost ke university..

Cuma , lets talk about reality ..kalau nak datang WA.

1) Cost umah kat WA adalah PALING MAHAL compare to other states in Australia. Current scenario dah berubah. Why? During recession last time , ramai moved to this side of the country(WA ni kan luas and ada industries and also lombong..) jadi you all mesti paham hukum demand & supply kan..

2) Umah plak kat sini very strict- bil bilik kena ikut bil anak..contohnya like myself I got 3 children, so umah paling korok pun must have 3 bedrooms. Harga paling murah is around $350-$400 PERWEEK!.

3) Nak dapat umah ,mesti apply thro estate agents. They really evaluate your financial ability. my experience 2 weeks baru dapat umah, itu pun minta university (international office) keluarkan surat to support our application. Luckily, tuan umah ni Malaysian. Dia simpati ngan kami yang dah 2 weeks blum layak dapat umah. Maaf cakap kat sini, kita punya financial afidavit masih belum meet estate agent punya minimum financial requirement to get a house here!!

4) Now kita citer bab University plak...most of us akan ending up ngan University yang ranking bagus (requirement of the sponsor and good for us too). But on the other side of it, university ni located at the city centre / elite area. Eg kat sini kalau pegi UWA...tak yah mimpi le org yang beranak 3 nak dapat duduk umah near University. So , alternatively you will end up cari umah yang jauh dari uni BUT ada plak travelling cost.
Like my self, I bukan student UWA, but my campus kat tengah bandar Perth. Jadi jgn mimpilah I berkemampuan nak stay kat ngan campus. Nak cari umah jauh sgt dari city pun payah gak coz travelling cost bole tahan beb!

5) Kalau dah dua dua study, anak yang lum layak masuk kindy@ govt school nak kena hantar childcare. Cost childcare AMATlah menyeksakan jiwa dan raga. Here, childcare yang university provide adalah yang PALING MAHAL (sebab they have better facilities and more trained staff- untuk jaga reputation University), jadi alternatively kena hantar kat private childcare (cam nursery kat Msia). Kononnya this is the BEST alternative for you BUT the cheapest is $80 PER DAY. Kat WA, sesapa yang holding student visa tak entitle to any reduction on this fees (Centrelink reduction). Jadi , you need to use you own pocket money to pay .

6) Kalau plak your child dah layak masuk high school (umur 13 thn ke atas le)...haaaa...fees kat highschool pun mencabar minda. We are talking about government school ye (the cheapest school). Yearly you kena bayar $400+ . Kalau you ada 2 org kat highschool...bila buka sekolah ...pensan!!!

Conclusionnya, kalau kenkawan yang ada ciri ciri mcm yang I citer kat atas tu...pikior lebih sikit le untuk datang ke WA. May be bole pikir pikir pegi ke other side of Australia or other country.

Kepada semua yang membaca, semua yang ditulis adalah my own experience..tidak ada niat lain selain dari memberi maklumat secara telus kepada kenkawan yang dalam dilema. The best part, kami (not many here) yang memegang spouse program ni, so far mencuba sedaya upaya untuk menghabiskan PhD dgn jayanya. May be tekanan hidup , membuat kami lebih kuat!! heeeee...


p/s: mamacrocs- sempena 26 june 2010- title kat atas tu pun ala ala dalam court...heee

Sunday, May 30, 2010

M Nasir Live in Perth...


















Dasaaattt...bakat yang Allah bagi kat Sifu nih... SUPERB!!...cuma ada 2 benda yang tak best semalam;

1) venue- penganjur tukar ke LT (jgn tak caya M nasir perform kat LT!)

2) My hubby dapat VIP seat as wakil MyPSA...kuang...kuang..kuang



p/s: sorry nuk nuk tak leh nak ambik gambar banyak and quality gambar out...kalut ngan Nina...heee








Saturday, May 22, 2010

work...work...work...the never ending story...

The meeting went ok except cam title kat atas tu la ...work and more work and more work for me...my sifu cakap since that paper guna pilot data yang hanya 50 respondents..tak leh lah nak buat analysis yang gedebuk gedabak but at least I need to clearly explain what I have done..2 important things need to improve:
1) strengthen the significance of the study..., so far ok but I need to put more 'ummmmphh' to it!
2) 2 paragraphs need to improve on the "bridging between them"...


But the whole week rasa down...but bila "didigest" balik sebab musabab yang aku rasa down and bengang nih bukannya pasal paper tu...

pasal aku nak mohon pegi one kursus related to my analysis...fees nak kena bayar AUD$ 1780...mahal giler beb!...aku mohon nak guna postgraduate grant tapi tak lulus coz my sifu cakap course tu ambik a big chunk of my grant...sedih lagi tu..that is the only course yang ada kat WA ni....

Alternatively, I found one similar course kat Msia..next month...murah sikit..fees RM 1000. Masalah problemnya plak, kalau balik I need to bring my daughter tu and bila dikira cost flight etc ..rasanya cam lebih kurang je ngan nak kena bayar kat sini...

Jadi, conclusionnya ...since I really need to attend the course and that is the only course yang ada kat WA ni.... I dah booking gak my place..and I need to bayar the fees guna my money yang +- amounted to RM 5340....

That amount may be ciput je lah buat sesetengah org tapi hakikatnya aku bukannya "simply CT"........

Sunday, May 16, 2010

That e-mail

I received that e-mail last Friday. Dup dap dup dap jantung bergetar.... dari siapa? My svisor le.. Next meeting will be this Monday. Focus of the meeting is about "my Paper".

Apasal suspen sgt?...emmmm sebab this will be the second meeting after balik dari my data collection. First meeting that day tak le risau bebenor coz dia hanya cakap dia puas hati je coz we (hubby & I) managed to meet his target. This time besides discussing about my paper, I am pretty sure he will ask about my progress in analysing the final data..adoiii..


About that paper..tak confident langsung on the quality of it especially the analysis/results part. Knowing my svsor yang begitu teliti...emmmmm...ngerinya nak dapat feedback.

Next, progress in analysing data. Meh...tengok planner apa yang dah ku buat...
First aku start key-in data on 9th March. Rasanya it took me 6 weeks to complete this process (700+ respondents). In between the process I started playing around with my pilot data to come out with that paper..Now baru terkial kial dok buat data screening.. emmmmmmm....bila ku jeling "time line" kat dinding depan ku ni...lagi rasa nyilu...

Ya Allah mudahkan lah laluan ini....Aminnnnn..

Monday, May 10, 2010

Mother's Day 2010





Alhamdulillah ..I received banyak presents on mother's day this year. The kids gave me cards. The one yang dalam gambar tu was from Nina. I think that was her project at Montessori. The card came with a hand-made bowl full of biscuits. Biscuits tu bentuknya 'herot petot". I guessed
that could be hasil tangan Nina. I baca bismillah and selawat banyak kali gak before makan...heeeee.
Adik brought back from school his present. Pokok yang dia tanam and dia jaga for 2 weeks at school plus that "tweety project". Ucapan adik to me " I planted this for you 2 weeks ago..but now this is yours..so you need to water it"...wakkaka...nampak cam sesi penyerahan tugas le plak...
Liza and Ibrahim gave me a "bread maker" plus cake yang amat cantik and sedap. Nampaknya nak kena buat sessi belajar guna breadmaker ni. Bila nengok cake yang amat cantik and sedap from Liza, rasa semangat nak habiskan PhD cepat cepat.. Nak join class buat kek cam Liza...Bole tak lepas PhD ambik kursus buat cake while waiting for Abang Long to finish his high school here...heeeeee..
Last but not least, my dearest hubby "masak" for lunch. Ini terhangat dipasaran nih...Bila nengok Papa masak, adik cakap " Mama..the Rock is cooking"...heee. Besides that he bought a cheese cake and also the best part... a ticket to M Nasir's concert at Perth Concert Hall this coming 28th May..
To all, thank you very much... Alhamdulillah....

Saturday, May 8, 2010

Fail meja seorang PTD..

Ari ni I ada masa sikit untuk merapu...I akan ceritakan bidang tugas I sebagai PTD dgn lebih detail. Kepada kenkawan kenkawan yang bertanya, maap la ye..teman ambik masa nak nulih about this sebab teman asyik dok nulih bab PhD...very the busy...

Everyday (Mon-Fri) around kul 2.20pm gitu I akan sampai kat sekolah tempat I keroje. Nape pegi kerja awal? Idak le sebab teman begitu bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai PTD. Silap besar tu. Sebab utamanya ialah after dropping me my hubby kena pegi ambik my two sons plak dari sekolah. Diaorang keluar sekolah kul 2.45pm.

Sementara nak nunggu waktu pejabat yang bermula kul 3.15 pm tu, teman akan berada dibawah sepohon pokok yang rendang didalam kawasan sekolah. Bersama deruan angin yang begitu nyaman teman akan buat kerja PhD kat bawah pokok tu (of course le ada meja and kerusi/tempat bebudak sekolah relax ). Setakat ni belum lagi lah teman buka laptop bawah pokok tu. Takut nanti nampak cam "petition writer" zaman dolu dolu le plak..

Sebahagian dari kerja kerja yang dihantar semalam kat supervisor adalah hasil kerja dibawah pokok tersebut.. So kalau my supervisor tak banyak comment, effective gak lah kerja teman kat bawah pokok tu..Meminjam kata kata my supervisor " I don't care where on earth you do your work, make sure you submit on time.."..heeee

3.15 bermula le kerja PTD . Mula sekali kena tolak troley yang sarat ngan equipment PTD ke bangunan Kindy. Ada 2 class kindy. Tugasnya adalah buang sampah, cuci toilet, vacuum and mop. Masa cuci kat Kindy ni , teman akan curi curi untuk sembahyang asar. Alhamdulillah, setakat ari ni ,bole sembahyang dgn mudahnya tanpa diketahui oleh my boss....heeee

Then , pegi ke bangunan class. Kat sini kena cuci 5 classroom budak darjah 1 sampai darjah 4. Kat sini kena buang sampah, cuci meja and vacuum. Pukul 5.30 selesai lah semua kerja tu.. Lupa plak nak cakap, the whole school tu ada 3 org je yang jadi PTD. Yang dua lagi tu lelaki; my boss org Belanda and my other colleague tu org Colombo.

Gitulah citernye... another colour of my life....Alhamdulillah....

Thursday, April 29, 2010

The "haru- biru-blues" life-part 3

Variable ooooo variable...
I am having problem with one of my variables ...dok cari sebab musabab belum lah jumpa jumpa...stresss dah tahap gaban dok mikiorkan benda nih...apa tak nye..kalau tak settle mcm mana nak proceed buat analysis data yang betul tuh...adoiiii...masa berjalan nih... so far I mampu meet the time line...this time cam tak yakin le plak nak bole meet /ikut my time line...sedih, serabut and pelbagai feeling ada....sampai kan tidur pun mimpi dok buat analysis..ngeri betul mimpi tuh...kalau mimpi Antonio Banderas ok la gak...

PTD
Dah nearly one week I bertukar career. Emmmm..bukan lagi jadi executive dapor tetapi I dah join PTD (Pencuci Tadbir Diplomatik). Bukannya tak minat jadi executive dapor tapi offer jadi PTD ni lebih menarik such as waktu kerja yang pendek 2jam 15 minute je everyday and payment/hr lebih tinggi dari jadi executive dapor. Kerja pun ok je..sebab locationnya kat Primary School. My bidang tugas adalah untuk kemas 5 classrooms and 2 kindyrooms. Cam keluar pergi gym je lah...exercise....bezanya pegi gym kena bayar duit...yang ini exercise sambil dapat duit....

Thursday, April 22, 2010

Kisah Kacang dan Kulit Kacang

Jeng...jeng...jeng ...jeng....

Di subuh syafie yang hening ni, meh nak cerita satu hikayat about kacang dan kulit.

Pada zaman dahulu, sedang kulit kacang berjalan jalan dan bersenang senang tetiba dia didatangi oleh kacang tanpa sebarang kulit..(ish dah jadi cam 18sx le plak citer nih). Kulit kacang yang terkenal dgn jiwa lembutnya pun bertanya kepada kacang " Apa ke hey nye kamu nih?" Maka kacang yang sedang dalam kesusahan pun menceritakan segala keperitan hidupnya sehingga terpaksa mengadai kulitnya sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Mulai ari tu, Si Kulit Kacang telah menjadi tempat Si Kacang untuk meluah rasa dan memohon bantuan/sokongan emosi dan adakalanya kewangan tatkala Si Kacang berada didalam keadaan tersepit. Si Kulit Kacang yang amat jujur dalam persahabatan sentiasa memberi ruang and bantuan mengikut kemampuan beliau.

Musim berlalu, tetiba dgn kehendak Allah Si Kacang telah diberi laluan dan rezeki dari Allah yang Maha Kaya. Berita gembira itu disambut ole Si Kulit Kacang dgn rasa penuh kesyukuran.Gembira kerana akhirnya kesusahan Si Kacang akan berakhir. Setelah 4 tahun berlalu, Si Kacang sekarang telah mendapat kulit yang amat cantik, beliau juga dikelilingi oleh kacang kacang yang punya kulit yang glamour glamour..kelllesss gitu..

Suatu hari, Si Kulit Kacang telah ditimpa musibah. Lantas dia pun teringat le ngan sahabatnya Si Kacang yang pernah beliau selamatkan dan senang menikmati kehidupan yang senang lenang. Beliau telah menghubungi Si Kacang dengan harapan untuk mendapat khidmat nasihat. Dihantarnya sms tidak berbalas, di cubanya email; diam membisu, di FB kan; tidak diaccept as friend-asyik dok pending je, di tipon tidak berangkat.

Tetiba satu hari Si Kulit Kacang telah tipon (menggunakan no tipon yang berbeza), tanpa disangka Si Kacang telah menjawab panggilan. Namun dalam perbualan itu Si Kulit Kacang dapat merasakan yang Si Kacang dah tidak seperti sebelumnya. Si Kacang langsung tidak berminat untuk membantu atau memberi khidmat nasihat kepada Si Kulit Kacang. Si Kacang asyik menceritakan kehidupan glamournya dan kecantikan Kulit barunya yang bergemerlapan...

Selepas perbualan pendek itu.. Si Kulit Kacang dapat merasakan yang beliau tidak lagi setanding untuk bergandingan ngan Si Kacang. Tambahan plak Si Kacang telah mendapat kulit yang amat cantik. Inilah yang dikatakan "Kacang dah lupakan kulit".....


Nukilan
Kacang Hantu

Wednesday, April 14, 2010

Missing Value Analysis (MVA)

2 things need to do :
1) Evaluate the amount of missing data - <5%missing> 5% missing
2) Evaluate the pattern of missing data - MCAR or MAR; could use Little's MCAR test

Then, need to think about alternative ways to impute data. Have many methods of data imputation. Some like to use mean substitution. In fact, this is the common method use to impute data but care should be taken as this method will somehow reduce the variance of the variable. As such, if we decide to impute values using this method, we might need to do extra checking whether there is mean difference between the original and adjusted variable. This could be done by applying paired sample t-test. Alternatively, we could use Maximum Likelihood Substitution /EM in the SPSS.

Monday, April 12, 2010

A Little Bit of Data Analysis

1) What to use?
2 main alternatives :- a) SPSS
b) SEM- eg: EQS, LISRELL , AMOS, RAMONA, PLS

2) When to use?
a) SPSS - model not that complex
- sample size idak le besar benor.

b) SEM- cater for more complicated model

3) SEM; nak guna yang mana?
Basic idea; PLS is used when - i) sample is small
ii) want to test the theory/ theory not strong
iii) predictive nature of the reserach/developed model
Min sample size requirement for PLS:
10x the number of predictors from (a) or (b), whichever is greater:
(a) the indicators on the most complex formative construct; or
(b) the largest number of antecedents constructs leading to an endogenous construct
(Barclay et al., 1995)
Note: Kalau tak ada formative construct, requirement (b) must be met.


AMOS/LISRELL etc is used when - i) large sample size
ii) theory is strong

Minimum sample size?- 200 pun ok dah to run SEM (Hair et al., 1995).

4) Apa nak buat b4 nak buat analysis?
What ever SEM tools you pilih you must:
a) understand about reflective & formative indicators of your construct coz PLS can run kalau ada kedua dua ni but yang lain rasanya cater untuk satu je.
b) kena la prepare your data dulu ;
i) missing data analysis- check on number & pattern
ii) decide on the treatment of missing data
iii) check outliers
iv) check normality- except kalau guna PLS; tak yah buat benda ni.
v) then baru lah buat preliminary analysis.

Note: to the readers out there, kalau salah cakap ye...saya kan "budak" baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan.....

Friday, April 9, 2010

The "haru- biru-blues" life-part 2

I dah start my new career as "Executive Dapor" kat one of the halal outlet kat Perth ni. As an executive dapor my bidang keroje idak le kat dapor sesaja. Maklumlah my boss apply concept "multiskilling". heeee

Secara ringkasnya , selepas report duty around kul 9am; I kena mengangkut charcoal dgn penuh semangat kesukanan untuk proses pembakaran. Lupa plak nak citer, kedai I kerja ni jual charcoal chicken, lamb ribs, kebab etc. Lepas tu I kena hidupkan api and also the machine untuk bakar chickens and lamb ribs. Sepanjang proses pembakaran , I kena pastikan api tu cam ok ok je.. Takut nanti terbakar le plak all the chickens and the ribs.

haaaa...lepas selesai bab bakar ayam and ribs I kena on kan machine untuk masak nugget, chips etc . Lebih kurang cam "deep fryer" gitu. Machine ni kena ambik masa untuk panaskan minyak. So nanti kalau customer dtg, idak le payah deme nunggu lama. 2 minute je chips dah masak.

Lepas tu, I kena angkut meja and kerusi and letak kat luar kedai. Then mop lantai, clearkan tong sampah and lap meja. Semua kena ready by 10 am. Then, barulah I kena tolong my boss masak briyani. Next I kena buat acar (yang ni I dah pandai buat). My boss pun cam kagum kagum gak, sekali tunjuk je I dah dapat. Gamaknya I memang ada bakat jadi "Bibik".heee

Then bermula lah trading nye. Jual nasi briyani and chicken and lamb rib. Not to forget, kalau ada yang minta burger ke, kebab ke, chips ke, I juga yang kena buat..Sambil sambil tu, kena la cuci periuk periuk , pinggan mangkuk yang kotor bila tak ada customer.

Early of the week I kena marinate ayam and ribs. Second day keroje I kena marinate 100 ekor ayam and 40 ribs. Naik pening tengok ayam and ribs!.

Hari ke empat I kerja, my boss offer I kerja long hours (dari pagi sampai ptg/kedai tutup). Ishhh...dgn berat hati I terpaksa menolak tawaran itu. Maklumlah teman ni kan student. Buat PhD plak tu. Kalau dah kerja pagi sampai ptg bila le gamaknya nak study. ish..ish..ish..

Jadi sekarang ni dia akan call I bila dia need assistance and bila I rasa I free I pegi lah kerja. Paling lama kerja pun I buat 5 jam saja perday. This week I amatlah busy dok cleaning my data. Jadi hari ni je I pegi kerja....heeee

Penat???...penat gilerrr beb!. Tapi this is the chance I want to experience benda benda yang I tak akan dapat buat kat Msia. Siapa nak ambik senior lecturer jadi Executive Dapor kat Msia?? Lagi pun I need the money. So why not, give a try. Kalau dah rasa tak terdaya nanti, bye bye le jawatan executive dapor. Cuma I dah gain experience and also learn few new recipes......heeeeee

Thursday, April 8, 2010

"This is not lunch"




On Tuesday, J Lo went to montessori as usual except that she brought 3 cupcakes for her lunch. That was the first time she brought cupcakes to school. She normally brings either nasi goreng or pasta or spaghetti. That Tuesday we sent her late to Montessori around 10am. Since she already ate nasi ayam at home I thought cupcakes will do for her lunch ( lagi pun cupcakes aunty liza-her favourite chef).

But I was wrong. When I picked her up that afternoon. Her teacher said "please, no more cupcakes for lunch and please make sure you give her balance diet. You should include yogurt and fruits too in her pack lunch". heeee

Not that I don't want to include yogurt and fruits, Nina ni, lidah melayu (semangat bergaya je mcm J-Lo). She doesn't like to eat fruits and yogurt.

Tapi, on the second thought, why not give a try. Mana la tau. dah mkn ramai ramai tu Si J Lo akan bertukar lidah omputeh plak. So , today her pack lunch will be; spaghetti, grapes and yogurt....

Thursday, April 1, 2010

"Aku tengah Hangin."..

Ish...gerrrrammm sungguh aku ngan service bank kat Msia nih.. Selama ni aku memang dok transfer duit from Bank A ke Bank B (bukan nama sebenar). Dah setahun lebih SI tu berjalan tanpa sebarang masalah. January ari tu, masa aku balik Msia aku buat perubahan sikit. Ubah amount saja. Aku dah isi all the borang, infact aku buat depan officer incharge . Aku cakap ngan dia bulan Feb aku dah nak balik ke Oz ni harap harap SI aku berjalan as usual lah pada bulan March. Dia cakap tak dak hal. Bulan Mac akan start transfer duit aku ikut amount baru. Tapi dalam hati aku ni..ntah apasal cam tak sedap je. So aku pun bagi no tipon (oz) and email add aku lagi .Siap cakap kat officer tu harap dapat lah bagi feedback about benda ni kat aku.

Bulan March pun menjelma. SI aku langsung tak dibuat. Pelik bebenor . Aku suruh ubah amount bukannya stop SI. Aku pun tipon le Msia. Dapat cakap ngan officer incharge. Dia cakap kat aku " ye..ye..saya ingat..akan buat.".Aku pun pesan lagi, harap dapat tipon or email saya about this matter. Maklumlah nak call dari OZ ni bukannya murah. Dia pun cakap " ye..ye...nanti saya email and buat SI tu..".

Bulan March berlalu ..ni dah masuk April (Fool) le plak. Tipon tidak, email kat aku pun tidak, SI tu tak dibuat jugak. Ini yang buat aku hanginnnn satu badan ni. Kejap tadi aku tipon lagi . Tunggu dekat 1/2 jam nak cakap ngan pegawai incharge. Tak leh kononnya dia tengan online ngan org lain. Lagi sekali aku cerita masalah problem aku kat officer yang angkat tipon tu . And as expected aku kena bagi lagi no akaun aku + no tipon + email address. Aku memang herrrrann bin ajjaib. Adakah tugas customer untuk "mengsupervise/mengingatkan" kerja seorang officer bank. Apa punya konsep ni??. Adakah sebab aku ni bukan "priority customer" aku dilayan sebegini. Atau aku dah dimasukkan dalam category "PARIArity customer" ???Aku memmmanng lah amat gerrrammm and marah coz duit yang aku transfer tu untuk bayaran loan aku. Tak pasal pasal nanti aku dicharge interest plak oleh Bank B (bukan nama sebenar).

Menambahkan lagi keserabutan ku pada hari ini.. Masa aku tengah kemas umah and sibuk sidai kain. Si J-Lo rupanya dalam diam dok buat project. Dia dok GUNTING rambut sendiri. Alahai....nasib baik la papa dia perasan..and nasib baik la baru sikit rambut yang digunting.. and nasib baik gak rambut dia yang bergulung cam wayar tipon tu dapat at least hide kecacatan yang dah berlaku di bahagian rambut....gerrraaammmm.....

Sat lagi aku nak p jalan jalan... walaupun ari ni ari Khamis and aku wajib belajar ...walaupun data aku lum habih key-in...walaupun paper aku masih lum siap...walaupun aku tak dak duit untuk shopping...aku tak kisah...aku nak kluar jalan jalan gak...cuci cuci mata...gosok gosok pinggan mangkuk/periuk belanga yang aku minat tapi tak mampu beli...aku nak buat terapi jiwa...........

Wednesday, March 24, 2010

Parents/teachers meeting

The meeting was held yesterday at the school gymnasium. Grabbed the chance to meet few of Abg Long's teachers. Happy to find out Abg Long is catching up with his study. As usual his excellent performance is in the Art and Japanese class. The teacher showed me his latest project in the art class. Very impressive. Once again Abg Long is invited to go to Japan this year. This time for the ski trip. And once again I have to use the old scripts to explain the reasons of not going.Siannn.....hopefully bila dia besar dia paham le...

As for mathematics he made an outstanding improvement. He scored the second highest mark in his algebra test (gamaknya lepas kena drilling kat umah kot). I really hope Abg Long at least maintain his performace coz Abg Long's performance in math is just like playing "yo-yo". He is coping well in his society and environment. But he needs to do a lot for science. Memang bukan "otak angkasawan le..."

The best part is this year Abg Long has two Asian teachers (Singaporian and Indonesian). Seronok berborak ngan diaorang. Siap bole sembang bab bab nak dapat PR lagi..heeee
Semangat "keAsianan" diaorang dalam mendidik Asian students ni pun bole tahan gak. Good to know about that.

Muga Abg Long akan terus bersemangat untuk memajukan diri..

p/s: ada new updates about my "haru biru-blues" life....tungggu.......

Tuesday, March 16, 2010

The "haru- biru-blues" life

Yesterday teman " tidur siang". For some people tidur siang ni may be dah jadi routine but for people like me, it is a sign that I tak sihat. Kalau sihat, memang saya tak tidur sebelah siang. Kalau letih sangat pun I would rather baring baring , bermalas malas atas katil tapi will never tidur yang cam tidur sebelah malam tu. Tapi semalam , I memang tidur. Nyenyak. Environment pun cam sunyi gitu(si J Lo pun tidur). Cuma bila bangun tu, the whole body sakit. Badan pun cam panas sikit. Akhirnya 2 biji Panadol active fast masuk dalam perut.

Bila dibuat postmortem apa punca tak sihat, rasanya my daily routine yang ntah apa apa including umur teman yang makin lanjut. Ditambah plak ngan pengambilan caffein yang menjadi jadi. Bole jadi duta "Nescafe". Sehari ntah berapa mug I ambik untuk keep going..

Kalau dikira le sejak hubby mendapat kerja PTD (Pencuci Tadbir Diplomatik) ni, masa tidur teman dah makin kurang le plak. I have to wake up at 3 am. My life begin at 3 am till cam 11pm gitu.. Masalahnya , bila dah bangun at 3am I memang tak leh tidur balik. Malam semalam I tidur awal. Pukul 9pm dah masuk bilik tapi sian pulak Abg Long, belum abih buat homework. Nasib baik ari ni dia tak ada test.

Ditambah plak ngan kerisauan bab bab analysis yang masih meraban- nak kena guna PLS (apa pun tak tau lagi), conference paper yang patut dibuat (i belum really sit down and start), my chapters yang asyik dok kena rewrite..yang cam tak habih habih processnya...

iron plak rosak..ni pun contribute ke stress gak ni..pasal baju banyak tak iron lagi..On top of that dapat notice dari agent nak buat house inspection this thursday..all these make mylife miserable...rasa cam nak jadi pokok je....senang...tak yah kelam kabut cari air or baja...semua org bagi.....huaaaaaaa....

Friday, March 12, 2010

Discussion on mixed methods research

Attended a discussion on mixed methods research at GSB yesterday. The main issue was to share and discuss the idea developed by John Creswell ( yang banyak tulis buku on research methodology tu..)on how to carry out mixed methods research. Was a very fruitful discussion. At the end of the day, I think I would considered my self as having a " positivism head" who is really into the positivist paradigm in doing research. Besides, as a sponsored student I would like to be realistic on the time allowed to carry out my research. Thus I think I would prefer to stick on the positivist paradigm but mixed the methods of collecting data ( this way is a little bit contrary with what has been suggested by Creswell...heeee) whenever I would like to carry out any mixed methods research.The best part is I got a better picture on what is actually mixed methods research!

Wednesday, March 3, 2010

Nina & Montessori

Our beloved Nina / J Lo is going to be 4 years old this coming August. She could only start her kindy class( free class) at any public school next year. But her temptation of going to school cannot be controlled anymore. Everymorning she will cry histerically, telling us she really wants to go to school and she is old enough and more than ready for school. So , yesterday we made a big decision. We enrolled her at the Southbank montessori. We could only enrolled her for 2 days in a week coz it cost us AUD 70 per day. In a month it will cost us AUD 560. On top of that we need to pay a deposit of AUD 280 hu hu hu....I think the best way to express this decision is:

Nina + Montessori = Budget Porak Peranda

Sunday, February 28, 2010

The lost momentum

After 3 months doing the data collection i think i have lost the momentum of writing my thesis....huhuhu...or should i say i have lost the momentum of doing PhD. Fuhhh!! sound dangerous. Instead of updating / improving my methodology chapter, i was busy uploading photos to my facebook. And now i am writing this crap and at the same time trying very hard to convince myself that i will be back to my normal routine as a PhD student soon. How soon is the soon? Well, what about tomorrow morning ?? will start my day early tomorrow. How early is the early? what about 5 am tomorrow?. will see then....berjaya ke idak...

Friday, February 26, 2010

2010 @ Perth

Arrived Perth at 5.45 am on the 24th Feb. My peha rasa cam nak tercabut. Lenguh giler since J Lo and my second hero tidur on my lap through out the journey. Everything "lepas" kat checking counter except my cabai kering. Gerrammm betul si Mat Ozie tu bole buang je my cabai kering. kalau dia bole makan sambal tumis sure si mamat ni pikir 2x nak buang my cabai kering...Thanx to Liza and ibrahim for the lovely nasi lemak. At least i don't have to cook during my first day. Kalau tak mau pensan beb!

The two heroes have started their schooling yesterday. Today baru nak settle bab bab dalam umah. I need to settle everything b4 next week. Luckily monday will be a public holiday. So I will get 1 extra day b4 process "mengadap supervisor" bermula. Lepas ni bermula lah tahun kedua pengajian dgn penuh debaran.....Muga Allah permudahkan...