Thursday, April 22, 2010

Kisah Kacang dan Kulit Kacang

Jeng...jeng...jeng ...jeng....

Di subuh syafie yang hening ni, meh nak cerita satu hikayat about kacang dan kulit.

Pada zaman dahulu, sedang kulit kacang berjalan jalan dan bersenang senang tetiba dia didatangi oleh kacang tanpa sebarang kulit..(ish dah jadi cam 18sx le plak citer nih). Kulit kacang yang terkenal dgn jiwa lembutnya pun bertanya kepada kacang " Apa ke hey nye kamu nih?" Maka kacang yang sedang dalam kesusahan pun menceritakan segala keperitan hidupnya sehingga terpaksa mengadai kulitnya sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Mulai ari tu, Si Kulit Kacang telah menjadi tempat Si Kacang untuk meluah rasa dan memohon bantuan/sokongan emosi dan adakalanya kewangan tatkala Si Kacang berada didalam keadaan tersepit. Si Kulit Kacang yang amat jujur dalam persahabatan sentiasa memberi ruang and bantuan mengikut kemampuan beliau.

Musim berlalu, tetiba dgn kehendak Allah Si Kacang telah diberi laluan dan rezeki dari Allah yang Maha Kaya. Berita gembira itu disambut ole Si Kulit Kacang dgn rasa penuh kesyukuran.Gembira kerana akhirnya kesusahan Si Kacang akan berakhir. Setelah 4 tahun berlalu, Si Kacang sekarang telah mendapat kulit yang amat cantik, beliau juga dikelilingi oleh kacang kacang yang punya kulit yang glamour glamour..kelllesss gitu..

Suatu hari, Si Kulit Kacang telah ditimpa musibah. Lantas dia pun teringat le ngan sahabatnya Si Kacang yang pernah beliau selamatkan dan senang menikmati kehidupan yang senang lenang. Beliau telah menghubungi Si Kacang dengan harapan untuk mendapat khidmat nasihat. Dihantarnya sms tidak berbalas, di cubanya email; diam membisu, di FB kan; tidak diaccept as friend-asyik dok pending je, di tipon tidak berangkat.

Tetiba satu hari Si Kulit Kacang telah tipon (menggunakan no tipon yang berbeza), tanpa disangka Si Kacang telah menjawab panggilan. Namun dalam perbualan itu Si Kulit Kacang dapat merasakan yang Si Kacang dah tidak seperti sebelumnya. Si Kacang langsung tidak berminat untuk membantu atau memberi khidmat nasihat kepada Si Kulit Kacang. Si Kacang asyik menceritakan kehidupan glamournya dan kecantikan Kulit barunya yang bergemerlapan...

Selepas perbualan pendek itu.. Si Kulit Kacang dapat merasakan yang beliau tidak lagi setanding untuk bergandingan ngan Si Kacang. Tambahan plak Si Kacang telah mendapat kulit yang amat cantik. Inilah yang dikatakan "Kacang dah lupakan kulit".....


Nukilan
Kacang Hantu

3 comments:

saya said...

menarik....yang tersurat jelas dan terang...yang tersirat tak berani meneka dalam kesamaran.....

mulan said...

Saya rasa saya tau siapa "saya" sebab saya rasa jika "saya" letak nama apa pun saya tetap mengenali gaya penulisan "saya".heeeee...
Anyway..itulah kisah kehidupan...

Anonymous said...

uh! seram saya