Wednesday, January 23, 2013

Bermula cerita...

Ahad (6 Jan 2013) aku ditugaskan menjaga peperiksaan akhir untuk sessi pagi. Tugas berakhir sekitar pukul 12 t/hari.  On the way nak ke kereta, tetiba aku terasa sedikit tidak stabil and rasa loya yang amat sangat. Terus aku singgah sekejap kat office En Hubby. Kebetulan plak dia ditugaskan untuk menjaga exam pada sessi petang. Sempat bagitahu keadaan and inform him yang aku akan drive balik umah dengan segera. 

Sampai umah, bermulalah series of muntah. Lembik and lesu seluruh badan. Tika jam menunjukkan pukul 4 ptg, aku dah tak berdaya nak buka mata. The only way is to call my mom. Minta tolong dia hantarkan ke medical centre. 

Sampai kat KMC (medical centre), Dr terus masukkan drip. Lepas tanya few questions, dia orang conclude yang aku kena food poisoning and perlu dimasukkan ke wad. Alhamdulillah, the next day tu dah ok sikit. Dr pun discharged and bagi MC 1 hari.

On Wednesday, aku pun pegi keja macam biasa. Aku sihat. Pagi tu plak ada meeting. I attended the meeting and during that meeting pun aku ok. Malangnya, abis je meeting, dah start balik attack yang macam last Sunday tu. But this time rasa loya tu dah tak dapat ditahan tahan. Aku muntah kat office and also all the way  back home. Sampai umah, aku terus called En Hubby, mohon dia balik segera and bawa aku ke KMC. 

Sampai KMC, sekali lagi diaorang cakap aku food poisoning and perlu masuk wad lagi. Diaorang drip aku lagi.  This time En Hubby dah tak happy dgn cara diaorang diagnosed aku. Dia cakap kat aku yang dia percaya this is not food poisoning case. 

The next day, Dr mula buat blood test. Semua clear. Buat ultrasound. Organ dalaman aku clear except diaorang terjumpa ada fibroid yg besar dlm tummy/rahim aku. T/hari tu Dr datang melawat kat wad. Dia pun cakap, aku tak ada apa apa masalah except ada fibroid. Dia nasihatkan aku, lepas sihat sikit dtg jumpa Pakar Sakit Puan untuk further discussion about the fibroid. Bila En Hubby bertanya, apa masalah aku sebenarnya, Dr tu jawab "food poisoning".

Masa ni, temperature En Hubby pun dah naik. Dia pun cakap la yang dia dah google. Symptom yg aku tunjuk bukannya symptom food poisoning and mohon Dr tu explain kenapa ada perbezaan symptom food poisoning yang dia dapat dari google and yang aku alami. 

Dr tu pun dah agak "bengang" dgn soklan soklan cepu cemas dari En Hubby. Aku plak time time gini, diam je and melopong dengar En Hubby and Dr tu dok berdiscuss. Yang aku dengar Dr tu cakap " So, Encik nak kita buat cam mana?'. En Hubby jawab " Saya mohon Dr buat further investigation, ni dah 2x dia kluar masuk dalam masa 1 week, saya risau kalau balik ni, benda ni berulang lagi dan saya yakin ini bukan food poisoning, cuma saya ni bukan medical Dr". Then, Dr tu pun cakap, "o.k , in that case kita buat MRI". So, ptg tu juga diaorang buat MRI kat aku.

Esok pagi, while I was alone in the ward, Dr tu pun datang bawa result MRI. Tanpa melihat kat muka aku dia terus cakap " haaaa...intan, result MRI ni tunjuk you ada brain tumor. Kat sini tak ada neuro-surgeon , so you kena bincang ngan husband nak transfer you pegi Penang or KL".  Dia stop bercakap bila dia terperasan yang aku dah melopong and air mata aku dah berjurai kat pipi. Then dia terus minta diri.

Masa tu , aku rasa amat kecil hati dengan cara Dr tu menyampaikan berita kat aku. Amat tak sensitif. Aku plak yang ambik masa nak tipon En Hubby and dok fikir ayat nak sampaikan kat En Hubby. 

Sekiranya, umur aku panjang, Allah sembuhkan aku.....mungkin lepas ni aku kena team-up dgn Mr FF buat kursus communication untuk para Dr nih. They really need to learn mcm mana nak bercakap dgn pesakit. Nasib baik la aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, silap hb jadi cerita lain le plak....


12 comments:

farah said...

assalamualaikum...saya silent reader blog akak...saya doakan akak tabah menghadapi dugaan ni...

semoga cepat sembuh dah baik2 belaka..amin...

Anonymous said...

Sabar...

Nor Fadzlina Nawi said...

Salam Kak,

I hope the radiotherapy went well. Nanti habis marking saya call. Stay strong kak.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Mulan,
Moga Allah menyembuhkan.
Moga Allah meringankan ujian.

Sevendrops

huda said...

moga rahmat dah kasih sayang Allah sentiasa bersama Intan dan keluarga, kuatkan semangat Intan!

huda said...

moga rahmat dah kasih sayang Allah sentiasa bersama Intan dan keluarga, kuatkan semangat Intan!

sahabat lama said...

strong macam selalu ya

FakirFikir said...

Tabah.

FF

Emma said...

Kak Intan, Emma nih! Sampai hati doctor tu ckp gitu...bangsa apa doctor tu?? Haisshhh...

Sabar kak intan...emma doakan yg terbaik buat akak. Semua ini ujian Allah swt. Be strong ok!

NINA HUSSIN said...

Kak Intan, hope kak Intan ok, kuat dan tabah dgn ujian dari yg Maha Agung ini.. Hugs

Ikhlas,
Nina, Shahrul, Aniq n Zuhrah

Dr Hayati Kadir Shahar said...

Kak intan byk doa dan redha ye. Allah sedang menguji akak . InsyaAllah ada petunjuk dariNya untuk menyembuhkan penyakit ini

azra said...

kak intan dear.. without realising, mengalir air mata saya untuk akak. sesungguhnya Dia amat menyayangi akak. saya akan sentiasa ingat akak dalam doa2 saya. inshaAllah, satu hari nanti kita akan jumpa dalam keadaan yang sangat baik. sabar ya kak...sebaik2 balasan sedang menunggu akak, ameen.. hugs n kisses dr saya, azra (swansea st, east victoria park)