Saturday, May 8, 2010

Fail meja seorang PTD..

Ari ni I ada masa sikit untuk merapu...I akan ceritakan bidang tugas I sebagai PTD dgn lebih detail. Kepada kenkawan kenkawan yang bertanya, maap la ye..teman ambik masa nak nulih about this sebab teman asyik dok nulih bab PhD...very the busy...

Everyday (Mon-Fri) around kul 2.20pm gitu I akan sampai kat sekolah tempat I keroje. Nape pegi kerja awal? Idak le sebab teman begitu bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai PTD. Silap besar tu. Sebab utamanya ialah after dropping me my hubby kena pegi ambik my two sons plak dari sekolah. Diaorang keluar sekolah kul 2.45pm.

Sementara nak nunggu waktu pejabat yang bermula kul 3.15 pm tu, teman akan berada dibawah sepohon pokok yang rendang didalam kawasan sekolah. Bersama deruan angin yang begitu nyaman teman akan buat kerja PhD kat bawah pokok tu (of course le ada meja and kerusi/tempat bebudak sekolah relax ). Setakat ni belum lagi lah teman buka laptop bawah pokok tu. Takut nanti nampak cam "petition writer" zaman dolu dolu le plak..

Sebahagian dari kerja kerja yang dihantar semalam kat supervisor adalah hasil kerja dibawah pokok tersebut.. So kalau my supervisor tak banyak comment, effective gak lah kerja teman kat bawah pokok tu..Meminjam kata kata my supervisor " I don't care where on earth you do your work, make sure you submit on time.."..heeee

3.15 bermula le kerja PTD . Mula sekali kena tolak troley yang sarat ngan equipment PTD ke bangunan Kindy. Ada 2 class kindy. Tugasnya adalah buang sampah, cuci toilet, vacuum and mop. Masa cuci kat Kindy ni , teman akan curi curi untuk sembahyang asar. Alhamdulillah, setakat ari ni ,bole sembahyang dgn mudahnya tanpa diketahui oleh my boss....heeee

Then , pegi ke bangunan class. Kat sini kena cuci 5 classroom budak darjah 1 sampai darjah 4. Kat sini kena buang sampah, cuci meja and vacuum. Pukul 5.30 selesai lah semua kerja tu.. Lupa plak nak cakap, the whole school tu ada 3 org je yang jadi PTD. Yang dua lagi tu lelaki; my boss org Belanda and my other colleague tu org Colombo.

Gitulah citernye... another colour of my life....Alhamdulillah....

No comments: