Wednesday, September 14, 2011

Kesan sampingan

2,3 hari lepas dapat email dari seorang kawan. Kandungan e-mailnya selain dari bertanya khabar adalah menghentam saya dengan isu "sejarah" kat Msia hanya kerana saya bergelumang dgn dunia akademik. Habis semua dikaitkan, sampaikan kualiti graduan kat Msia pun dikaitkan juga. Dah "hangin satu badan" le plak kawan saya yang sorang ni. Jawapan saya kat dia senang je:"baca blog FF, saya bersetuju amat ngan pendapat Mr FF dalam posting dia "sejarah bergantung siapa yang menulisnya",jawapan terselit disitu (Tq FF kerana buat posting tu...mudah kerja akak....heee)


Balasan email dari kawan saya: "aku boring betul lah, bila aku tanya je asyik dok suruh baca tu baca ni". Saya cakap ngan kawan saya tu, kita kena membaca, baru lah kita tau duduk perkara...jgn asyik percaya apa yang org cakap.. Satu lagi pesan saya kat dia, bila kita banyak membaca, kekadanag kita faham kenapa sesetengah orang bercakap or berpendapat sebegitu...tak semestinya kita bersetuju.....tapi kita lebih bijak menilai...


Saya berpesan kepada kawan saya, untuk menyampaikan maklumat bukan lah sesuatu perkara yang mudah tambahan lagi kalau dibebankan pula dgn tanggungjawab untuk memahamkan para pendengar. Kena ada skill. Saya dah lama dalam dunia akademik, tak semua orang bijak pandai, pandai juga menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, saya sendiri kagum ngan beberapa pensyarah senior di universiti saya yang tidak pun mempunyai gelaran di awal nama mereka, tetapi mereka boleh/mahir menyampaikan ilmu didalam bidang mereka dengan lebih berkesan berbanding dengan yang punya pelbagai gelaran.


Ada ketikanya cara penyampaian, kegagalan menerangkan isu isu penting yang patut difahamkan terlebih dahulu oleh pendengar or kekadang kekhilafan sendiri dengan perkara yang disampaikan boleh mengelirukan pendengar. Itulah pentingnya bagi yang mendengar perlu punya ilmu untuk menilai....kalau kita rasa betul...guna pakai lah apa yang diperkatakan...kalau kita rasa tak tepat/tak betul, cuba cari sebab kenapa ianya terjadi......secara peribadi saya lebih berminat untuk memahami dan menilai asas yang digunakan oleh penyampai dari menghentam penyampai....

1 comment:

Anonymous said...

Salam Mulan,

Saya bersetuju dengan anda. Mengikut teori 'reading' = baca, penulis tidak menentukan makna tulisannya di fikiran pembaca. Pembacalah yang bertanggung jawab memahaminya mengikut perspektif sendiri. Hey! ini dunia bebas, dunia internet tanpa kasta! Semua kita ada hak untuk berkata apa yang kita suka. Kalau tak suka, jangan baca. Dalam dunia tanpa kasta sosial dan sempadan ini, cakaplah apa yang disuka. Apa perlu peduli.

Sevendrops