Thursday, January 19, 2012

Bukan Cerita Biasa...

Ari ni nak buka cerita dalam selimut sikit.Meminjam ayat power dari majalah Mastika, muga yang membaca cerita ni akan mengambil ikhtibar dan bukan lah tujuan nak mengaibkan sesiapa termasuklah diri sendiri.


As I have informed before my svsor ni sorang pure quantitative & sorang lagi pure qualitative. Sepanjang 3 tahun lebih ni saya bekerja dgn yg pure quantitative tu. Tetapi officially dia hanyalah my second svsor. Kononnya, policy kat sini, since masa saya register as student dulu, dia belum lagi dapat Associate Professor dan dia belum ada student PhD yg dah tamat (of course la dia dah jadi 2nd/co svsor kat few students), jadi officially dia tak bole jadi first svsor. Dia masih lagi dianggap perlu dimentor oleh my fisrt supervisor (Professor). Tapi semua kerja, A-Z saya buat dgn my second svsor ni.


Perlu juga diingatkan , kat sini untuk menjadi first svsor kepada PhD student bukanlah sesuatu yang mudah. Idak le seperti kat Msia. Menurut cerita dari kenkawan yg dah tamat PhD, kat Universiti di Malaysia, hari ni awak dapat PhD, next week awak dah dipertanggungjawabkan untuk supervise PhD student. Kat sini banyak tapisan, idak sesimple tu. Contohnya, macam my supervisor ni, dah berkajang list publication dia (publication plak bukannya kat journal journal cap ayam), tapi at that time dia masih belum layak.


Bila saya dah sampai ke penghujung, my first svsor dah banyak involve dalam mereview kerja kerja saya especially checking the content, gaya bahasa etc. Sampai ke hari ni, saya mempunyai hubungan yang baik dengan kedua duanya. Saya bersyukur amat kerana saya belajar banyak perkara dari kedua dua mereka (from quantitative & qualitative minds).


Issue timbul antara mereka bila my second svsor dah pun meet all the syarat syarat untuk jadi first svsor. Ada plak clause yg membolehkan dia officially convert status sebagai first svsor. haaaaa.....maka timbul le issue, siapa yg patut diletakkan as first svsor. Ditambah plak hubungan diaorang idak le baik bebenor (suam suam kuku gitu). Walaupun so far ni (sepanjang 3 tahun ni), diaorang professional lah dlm mensupervise saya tapi of course I can sense le.


Setakat minggu lepas belum ada persetujuan lagi siapa yg patut dinamakan as first svsor. Of course lah, kekeliruan ni effect saya . Selagi tak settle, tergantung le kerja saya. Saya memang serabut laa.... Saya dah tak banyak masa and benda benda cam gini effect lagi la tempoh pengajian saya.


En Hubby cakap 'your thesis must be a good one, itu yang berebut nak jadi first svsor'....kah kah kah....tapi saya tahu itu adalah ayat ayat beli jiwa dari En Hubby untuk mereducekan my stress level. Yang pasti saya amat stress and berdoa muga issue ini dapat diselesaikan segera dengan penuh harmoni. Masa itu emas beb!

No comments: