Friday, January 6, 2012

Kenapa mesti keliru??

Seringkali kita keliru dengan istilah bersyukur dan keperluan untuk berubah demi kebaikan. Apabila kita cuba bentangkan sesuatu perkara yang perlu diubah/difikir semula/direview untuk menambahbaikan, ada saja golongan yang akan membuat sentimen yang kita ni tak bersyukur. Ini yang susah ni. Patutnya kita semua cuba pahamkan perkara yang dibentangkan rather than menconcludekan yang org yang membentangkan perkara tu sebagai golongan yang tak bersyukur.

Contoh paling mudah, bila akak bicarakan tentang elaun sara hidup $460+ per month untuk student bawah 'spouse programme' idak le bermaksud akak ni tak bersyukur dgn rezeki yang dapat. Yang cuba di highlightkan ialah golongan bawah 'spouse programme' ni pun membawa beban belajar dan menanggung kos sebagai student sama seperti pelajar lain. Tidak ada bezanya. Jadi sekiranya pelajar lain menanggung kos belajar yang lebih dari itu, golongan dibawah 'spouse programme' pun menghadapi masalah yang sama. Satu lagi contoh, apabila akak bicarakan tentang SBPA-2012, tidak bermaksud akak tak bersyukur dengan kenaikan gaji yang diberikan. Apa yang nak dihighlightkan adalah ada beberapa perkara dari pandangan akak le yang dah terlepas pandang semasa skim baru ini digubal. Perhaps perkara perkara ini patut direview semula la.

Wahai pembaca pembaca yang budiman, ingatlah, mengkritik bukannya bermaksud tak menyokong, menegur tidak bermaksud membenci. Jangan la asyik keliru tentang istilah bersyukur....aparaaaa....hampehhh!!!

4 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Marah kt sapa kak oi.. orang kampung ka hu..hu..

mulan said...

hahahaha....ini kira level tak marah laaa...level tegur tegur manja gitu...kah kah kah
fadz, amacam kes ari tu? bole dpt tiket tak?

mulan said...
This comment has been removed by the author.
Nor Fadzlina Nawi said...

Nanti dah clear saya email akak.