Friday, February 17, 2012

Konvokesyen

Sekarang ni almost tiap malam kedengaran detuman mercun/bunga api dari tingkap bilik tidur umah saya. Kekadang rasa macam musim raya china le plak. Sebenarnya,bunyi tu adalah bunyi fireworks untuk majlis konvokesyen di my university. Every year ada 2 kali konvokesyen (Feb & Oct). Yang February ni, ala ala mcm garden party gitu (outdoor ceremony). Selalunya pukul 7pm start le majlis. Bulan Oktober pula dibuat secara tertutup (indoor).
Saya percaya rata rata pembaca blog ni pasti dah pernah ada pengalaman menghadiri upacara konvokesyen. Malangnya saya tidak pernah ada pengalaman tersebut. Saya tidak pernah ke tadika (maklumlah org kampung) dan tidak berpeluang untuk ke Akademi Fantasia. Jadi tidak pernah lah saya berpeluang menghadiri konvokesyen dizaman kanak kanak dan alam awal remaja.

Saya hanya menerima scroll ijazah pertama dan kedua saya dari En Posmen. Malang sekali lagi, saya tak terfikir pula nak ambil gambar ketika En Posmen menyerahkan ijazah ijazah tersebut.Kalau tidak, bole lah juga saya upload gambar disaat saya menerima ijazah ijazah tersebut di FB saya....heeee

Saya tamat my first degree in the middle of the year. Sebagai pelajar tajaan, saya dikehendaki pulang segera setelah menamatkan pengajian dengan jayanya. Itu pun saya telah diberi surat amaran (peringatan mesra) untuk segera pulang ke tanah air kerana saya tidak pulang pada tarikh yang sepatutnya. Masih teringat lagi, ketika saya menalipon teman serumah (yang tak dapat turut serta) untuk menceritakan kegembiraan saya dan kenkawan lain yang sedang berfoya foya di kota Paris, beliau memaklumkan mengenai surat amaran tersebut. Perlu diingat, perbelanjaan untuk berfoya foya di kota Paris adalah hasil titik peluh saya bekerja sebagai buruh ladang strawberry ketika cuti semester sepanjang pengajian saya di UK.

Majlis konvokesyen di university saya pula pada ketika itu dijalankan pada penghujung tahun. Ada juga antara kenkawan saya (anak anak org berada) yang membuat rayuan untuk tinggal lebih lama atas alasan untuk menghadiri majlis tersebut. Pihak penaja meluluskan dengan syarat semua kos hidup adalah dibawah tanggungan sendiri. Sudah pasti, keluarga saya tidak mampu untuk berbuat demikian. So, tak lama selepas balik dari Paris, saya pun diberi tiket untuk pulang ke tanah air. Untuk pergi semula ke majlis konvokesyen setelah pulang juga merupakan suatu perkara yang mustahil bagi saya.

Ketika majlis konvokesyen untuk ijazah kedua, saya juga telah berada di Malaysia. Untuk datang semula ke Australia sudah tentu memerlukan belanja yang bukan sedikit. Peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh pihak university di Kuala Lumpur juga terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana keadaan kesihatan aruah ibu mertua tidak begitu baik pada ketika itu. Tambahan lagi, saya juga sedang menghadapi masalah besar didalam kehidupan. Sekali lagi saya terlepas peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Saya hanya akan punya satu lagi peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen sekiranya saya tamat dgn jayanya my PhD journey. Berjaya ke saya? and berpeluang ke saya menghadiri konvokesyen? ...Allah juga lah yang Maha Mengetahui.....

No comments: