Monday, March 19, 2012

Aku sibuk.

Kalau dulu aku sibuk ngan thesis, semenjak 2 menjak ni aku sibuk ngan kotak. Aku dah start packing untuk balik ke Msia. Sampai petang semalam, dah mencapai kotak ke 29 (pelbagai saiz).


Proses mengemas/memacking hampir 70% aku yang buat. En Hubby membantu untuk mencari , mensealkan ,mengangkat and menyusun kotak kotak. Aku predict, dia juga akan deal ngan shipping company nanti. Beberapa alasan konkrit yang diberi oleh En Hubby:


1) I still dok menulis nih...you dah free sikit.

2) You kan lebih tau brg yg mana nak bawa balik, yg mana nak tinggal/buang.

3) You kan cam mana satu barang Abg Long, Abg Ngah and Nina, you tau yg mana diaorang suka, yang mana tidak...I tak perasan sgt.

4) You kan pandai letak harga, kalau brg tu nak jual....kalau I...I bagi FREE je semua.

5) Cuba you tengok, barang I kayu golf je...I masuk dlm golf beg, settle le...yang banyak tu pinggan mangkuk & periuk you.


Selain dari mengambil langkah mengiklan kan barang barang yg masih elok di website untuk dijual semula, aku juga telah mengapplykan bakat dan semangat entrepreneurship yang ada dalam diri aku. Aku menjual kat Sunday Market (ala ala Pekan sehari kat Malaysia). Pihak MEDEC kat UiTM mesti bangga dgn pencapaian aku sebagai entrepreneur berjaya nih...kah kah kah..


Yesterday, aku rasa sessi terakhir lah, aku buat kerja tu. Dah banyak brg yg berjaya dijual. Iklan aku kat website pun dah menampakkan hasil. Yesterday juga aku spend hanya 3 jam je kat Sunday Market and dapat hasil bersih $ 135.65. Kenapa 3 jam? Cuaca panas babe!. Sekarang ni kat Perth memang panas gileerrr. Pukul 9.30 aku dah call En Hubby suruh dtg ambik aku. Tak tahan aku nak tunggu sampai t/hari.


Tak ramai Malaysian yg menjual kat Sunday Market. Kebanyakan Malaysian akan buat garage sale kat umah. Yesterday pun aku sorang je Melayu kat situ. Peduli hapa aku. Yang penting, semua brg bole dijual dalam masa yang singkat. Settle problem aku untuk dispose bebarang.


Disaat mengemas ni, aku bersyukur juga kerana suami aku bukan dalam golongan Pak Cik Kayo kat Perth ni. So, tak banyak le barang yang kami (or lebih tepatnya aku) shopping. Tapi banyak tak banyak pun, kalau dah status family with 3 children tu jadi banyak le jugak. Tambahan plak both of us study, mestilah kotak kotak buku pun banyak.


Disamping sibuk ngan kotak kotak barang, ada lagi kerja kerja aku yang still dalam WIP status. Paper aku yg nak hantar ke journal tu, dah 2 bulan sangkut kat my svsor (yg sorang dah bagi greenlight, tinggal yg sorang lagi). Then, hujung minggu ni aku nak kena present paper kat Research Forum kat university aku. Then, next week aku kena jumpa svsor aku untuk discuss satu lagi paper....addoiii....

No comments: