Friday, April 13, 2012

Bahawa Mati itu Benaarrr!!!




Semalam saya dikejutkan dengan berita kematian rakan sejawat. Beliau juga sedang berada di peringkat akhir pengajian PhD beliau. Saya tidak mengenali beliau secara dekat. Kami berkhidmat di lain cawangan tetapi saya berkesempatan berjumpa dan mengenali beliau beberapa kali ketika menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti.


Kebaikan, keramahan dan kelembutan tuturkata dan peribadi beliau menyebabkan saya masih dapat mengingati cara beliau berbual walaupun dah bertahun tahun tak berjumpa. Dari segi umur rasanya beliau hanya senior beberapa tahun dari saya. Khabarnya beliau telah diserang stroke.


Berita ini lebih menyedarkan saya yang ajal maut tidak mengira usia . Adakah bekalan saya dah cukup untuk dibawa ke sana apabila sampai saat dan ketika? Saya mendoakan beliau ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau terutama anak anak yang telah kehilangan ibu mithali dan suami yang kehilangan isteri yang solehah. Alfatihah untuk almarhumah...

1 comment:

Nor Fadzlina Nawi said...

Al-Fatihah buat beliau. Bolehkah saya tahu namanya...