Friday, January 28, 2011

Panaih and Belengaih

Cuaca memang panas sekarang ni kat Perth.Pukul 9 pagi, temperature dah naik 35c. Tengah hari dah 40c. Dalam umah panaih, nak keluar umah lagi la panaih. Peluh dari kepala sampai ke keting. Adoiii....
Pukul 11 pagi, bebudak dah merengek rengek minta pasang aircond. Nina dah naik merah merah kat muka (kalau dia berpeluh banyak or panas, muka and badan dia akan naik merah merah).Akhirnya aircond jugak le... jenuh la nanti nak bayar bil letrik.Porak peranda lagi la budget. Next week plak dah start sekolah. Fees (bahasa indahnye compulsory contribution) untuk high school je $500. Itu belum buku teks and others. Belum lagi Abg Ngah and Nina . Cuma Abg Ngah and Nina tak le semahal fees untuk high school. So, kepada kenkawan yang nak buat PhD kat Ostolia and ada anak yang dah high school dinasihatkan pikir lah 1000x.
Bila dihitung hitung,kadar sewa umah kat Perth ni memang memeritkan postgraduates students. Rumah yang saya sewa adalah antara yang termurah di kawasan yang saya diami . Saya bertuah juga kerana dah tiga tahun penyewa tak naikkan sewa. May be, wife owner umah saya ni org Malaysia and dia bersimpati dgn beban yang ditanggung.Ada gak kenkawan yang sewa umah naik every 6 months. Dah la process nak dapat/sewa umah menyeksakan jiwa dan raga.
Last few months ada org buat survey. Kalau tak salah dari statistical department of WA kot. Ntah cam mana, umah saya terpilih. Diaorang pun interview la saya. All sorts of questions ditanya. Cuma yang lucu sikit, bila sampai bab income. Dia suruh saya tunjuk la which income bracket yang saya fall in. Saya ckp, sorry not listed here. Mak cik yang interview tu terkejut "King Kong". hahahaha...Dia pun tanya mcm mana kami survive hidup kat sini with 3 children and anak yang sulung dah high school. Saya pun cerita la serba sedikit about jumlah allowance yang dapat. Ternganga dia dengar...hahaha....

No comments: