Friday, February 25, 2011

Yang Pelik Itu Benar...

Dari zaman remaja saya memang tak pandai dalam bab bab memasak. Umur 13 tahun saya telah memasuki sekolah asrama penuh. Setiap hari saya dijamukan dengan nasi kawah yang lauknya sukar "dikenalpasti". Every week, malam selasa best sikit, kononnya grand dinner, lauk ayam and dapat aiskrim. Yang pasti saya tak perlu fikir apa yang nak masak and mcm mana nak masak . Hidup begitu mudah.

Bila cuti sekolah, masa tu lah saya melepaskan rindu makan masakan my mom. Mak saya plak akan pastikan dia akan masak makanan kegemaran kami adik beradik. Walaupun saya wajib masuk kedapur dizaman remaja, tiada sebarang "transfer of technology" tentang cara memasak yang berlaku kerana tugas saya hanya lah berkisar tentang mengupas bawang dan membasuh pinggan and periuk.

Saya masih ingat mak memaksa saya menyalin beberapa resipi mudah b4 saya berangkat ke UK untuk buat my first degree. Risau amat aruah abah and mak tika itu. Takut nanti saya makin kurus and sakit. Kat UK saya belajar tentang hidup including memasak. Cuma , saya lebih banyak guna konsep "bantai je" bila memasak. Asalkan tekak saya bole terima and perut saya tak meragam sudah. Jarang sekali saya ikut resepi.

Bila saya bertunang, mak start membebel bab bab memasak. Saya pun dah mula risau bila mak start cerita tentang kecerewetan ibu mertua dalam hal didapur. Bermula lah proses "transfer of technology" didapur. Cuma tak effective sebab saya tak minat and ambik mudah tentang semua benda.

Bila kawin, aruah ibu mertua memang gemar kedapur. Cuma bagi dia dapur is her kingdom. Dia tak berapa suka anak menantu kat dapur. Hanya maid je yang dibenarkan membantu dia memasak. Itu pun buat benda benda asas. Terbantut le plak pembelajaran saya bab bab memasak.

Bila mula hidup sendiri ngan hubby, baru lah saya betul betul memasak. Hubby saya plak tak gemar makan makanan dari kedai (may be sudah dilatih oleh my mother in law ). Cuma dia tak cerewet. Sayur tumis "bodoh" pun dia bole makan asalkan saya masak and not from kedai.

Bermula lah satu kehidupan yang dicorakkan oleh my hubby yang semua urusan dapur and bab bab masak saya yang incharge. As years passed by, skill saya pun makin improve. Hubby plak hanya akan membantu bila keadaan terdesak je. Bila anak bertambah, kami menggunakan khidmat maid. Tetapi "bibik' tidak dibenarkan memasak. Saya akan bangun awal pagi untuk memasak b4 pergi kerja.

Bila saya sambung buat PhD, hubby dah mula adjust to the situation. Dia makin kerap membantu dlm bab kedapur especially bila saya perlu jumpa svsor. Tinggal lagi, bentuk bantuan yang diberi bergantung pada mood beliau. kalau keadaan tak terdesak, setiap hari saya masih lagi menguruskan hal hal r/tangga, anak and memasak seperti biasa. Tiada yang berubah, cuma, saya semakin sibuk.

Disini saya terjumpa dgn beberapa pasangan yang sang suami menguruskan hal hal r/tangga including memasak setiap hari and setiap ketika. Kalau sekadar membantu sekali sekala, tidak la saya rasa pelik. Itu keadaan biasa bagi yang punya isteri tengah sambung study.

Saya rasa amat pelik bila setiap hari sang suami akan memastikan rumah dikemas (jika perlu), uruskan anak anak and memasak untuk keluarga. Saya pernah terjumpa sang suami yang mengendong anak kecil sambil sibuk memilih brg dapur. Terkial kial dia ngan anak kecil. Tak sampai hati saya tolong dukung anaknya supaya dia bole memilih brgan dgn lebih selesa. Saya kagum dgn pengorbanan golongan golongan ini. Tak ramai, tapi ada.

Terfikir saya, bertuahnya si isteri mendapat suami baik begini. Cuma saya punya dua anak lelaki, adakah saya sanggup melihat anak anak lelaki saya menerima nasib sebegini??? PhD banyak mengajar saya tentang kehidupan....

4 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

First part mcm sama ngan kisah hidupku

Second part separa sama kuang..kunag..kuang...

mamacrocs said...

Saya terpaksa memasak kerana hendak berjimat tetapi saya selauljuga mengelat untuk makan luar terutama pada hari gaji he...he...

mulan said...

Fadz,
Rasanya ur case tu category biasa..at least weekened or bila u free, u will do it.
Mamacrocs,
Standard la sekali sekala bila rasa "mewah" sikit, kami pun makan kat luar gak..
To both of you,
Yang ditulis case luar biasa, case yang gula, tepung pun si isteri tak ambik kisah dok kat mana..goreng ikan pun suami yang buat..atas alasan sibuk belajar...
Bertuah kalau suami redho untuk buat segala..ikut hukum pun memang la suami kena sediakan semua...tapi kita kan manusia...kena ada batasnya...lagipun kalau dibuat dapat Pahala..jgn biarkan PhD menghalang kita dari mendapat pahala..
Satu lagi,takut nanti dalam hati suami ada hujan...jenuh nak jawab bila kita pulang ke sana..kan ke hidup ini sementara...
Sekian kuliah dari "kakak yang tua"...heeee

huda said...

Lelaki yang Intan maksudkan tu macam ku kenal aja. Kcik pun termasuk dalam golongan langsung tak bernasib baik hu hu