Saturday, April 14, 2012

Semuanya Terbalik

Abang Long dah masuk bulan ke 4 berada di sistem persekolahan di Malaysia. Saya memang sedih untuk biarkan dia sesorang hadapi transition period kat Msia. Namun keputusan harus dibuat demi untuk masa depan beliau. Kalau Abg Long balik dgn kami, dia akan ketinggalan 4,5 bulan pula pelajaran. Risau takut tak terkejar plak dia.


Selama 4 bulan nih juga saya asyik mendengar rintihan hati Abg Long setiap kali tipon bertanya khabar. Setiap kali itu juga hati saya sebagai seorang ibu bagai dihiris. Banyak perkara yang semasa disini mengembirakan Abang Long, kat Msia dah jadi satu bebanan. Abg Long sempat berada di high school di sini selama 3 tahun. Sepanjang 3 tahun, saya tak pernah dengar sekalipun dia merungut tentang sekolah. Pergi sekolah dan buat kerja sekolah bukan lah satu bebanan, ujian ujian yg dilakukan sepanjang tahun pun tidak mengundang stress kepada Abg Long dan berkawan juga bukanlah satu masalah bagi Abg Long. Ringkas cerita walaupun Abang Long bukanlah 'the best pea in a pot', dia melalui proses pembelajaran dengan gembira. Sekarang ni semuanya dah terbalik.


Dari perbualan di tipon, saya dapat detect yang diusia semuda Abg Long dia dah alami stress. Stress untuk menghabiskan homework yg banyak tiap hari, stress kerana tidak happy ketika berada di sekolah, stress kerana still tidak punya kawan. Ejekan dari kenkawan menjadi mainan harian Abg Long. Abg Long masih mencari cari jalan untuk hadapi semua ini.


Dia cuba berjumpa dengan guru kaunseling dengan harapan dapat membantu untuk menunjuk jalan. Untuk berjumpa dgn guru kaunseling pun bukan lah sesuatu yang mudah. Saya menyarankan agar Abg Long buat appointment, namun nampak gayanya cara ini tidak digunapakai secara bersungguh.


Baru baru ini Abg Long makin tidak happy apabila beliau dibelasah teruk semasa sessi sparing untuk grading Taekwando. Adengan itu plak bole ditonton oleh semua orang. Menurut Abg Long itu adalah sessi grading pertama beliau kat Msia. Kononnya disebabkan Abg Long sudah mendapat sijil talipinggang biru di Oz, untuk confirmkan Abg Long ni betul betul layak memegang blue belt beliau mesti hadapai grading tersebut. Yang membuat Abg Long terkejut besar dan langsung tak bersedia Abg Long langsung tidak menyangka yang body contact dibenarkan. Meaning betul betul tumbuk and tendang. Dia juga terkejut apabila org ketawa bila melihat dia dibelasah dan org keliling melihat adengan itu dengan rasa tidak bersalah.


Untuk makluman pembaca, mazhab Taekwando kat Oz berbeza plak ngan kat Msia. Kalau tak salah saya satu WTF satu lagi ITF. Saya sendiri tak paham. Yang saya tau semua bebudak kat Oz ni pegi Taekwando untuk beriadah , belajar bersosial dan bergembira. Sepanjang 3 tahun ketiga tiga anak saya tidak pernah rasa dimalukan semasa sessi latihan or grading. Mereka gembira disetiap sessi latihan and grading. Sessi latihan dan grading pula dikawal ketat. Body contact memang tak dibenarkan langsung. Nak ambik gambar masa latihan langsung tak dibenarkan, masa grading hanya masa tertentu sahaja dibenarkan mengambil gambar. Ibu bapa dan keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk jadi spectators. Grading dan latihan di buat di dewan tertutup. Grading dan latihan untuk Taekwando untuk kebanyakan bebudak adalah berbeza dgn few selected kids yang ditrain khas untuk competition.


Pengalaman pertama grading kat Msia telah membuatkan Abg Long rasa 'humiliated'. Sekarang ni sessi Taekwando yang dahulunya dilalui dgn penuh kegembiraan dah menjadi satu bebanan tambahan pada Abg Long. Dia dah menyuarakan hasrat untuk berhenti terus kepada En Hubby kerana malu untuk menghadapi orang keliling. Entah lah.....


Saya ada bertanya kenkawan yang juga telah memulakan kehidupan di Msia. Rata rata mereka menyatakan yang anak anak mereka juga mengalami masalah yang sama; tidak minat untuk ke sekolah, tidak minat nak join aktiviti and problem dgn berkawan. Ada seorang kawan bercerita, anak beliau hanya excited pada hari pertama persekolahan di Msia, tapi pada hari kedua persekolah dah cakap tak nak pegi sekolah.


Semua ini adalah cabaran tambahan bagi saya dan En Hubby apabila kami sampai Msia. Abg Ngah and Nina juga pasti menghadapi masalah yang sama. Saya dah predict Abg Ngah akan terkejut dan stress ngan homework yang banyak. Saya juga predict cikgu pasti tidak akan benarkan Nina pakai 'sunglass' sepanjang hari di sekolah (bila mood Nina nak pakai sunglass dtg) atau pakai baju princess untuk ke sekolah (bila Nina declare ari ni dia nak jadi princess).


Saya juga tengah berfikir cara terbaik untuk pulihkan semangat dan minat Abg Long untuk mengahadapi sistem pembelajaran yang mencabar. Beliau akan menghadapi SPM tahun hadapan. Kepada pembaca yang punya maklumat tentang sessi motivasi yang bagus untuk pelajar sekolah menengah dan home tuition yang bagus di kawasan utara Msia (Kedah & Perlis) harap dapat salurkan maklumat kepada saya. Saya amat menghargai maklumat dan bantuan anda semua.

6 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Kesian Abg Long yer...mmg Taekwando Oz beza, tu sbbnya they are not the best in terms of ranking worldwide sbb trainingnya berbeza dan tk ikut mazhab Korea yg asal.

Takper lah kak kalau dia tak nak. Maybe some day he found something yg dia suka nak buat. Swimming ke kan...

Saya rasa cabaran akak lagi besar bila anak2 dah ke sekolah menengah. Semua nya yg balik dr abroad akan kata sama saja.

Cuma satu kak - kalau kita stress, anak pun akan turut stress juga. Most of the times dia boleh sense dlm percakapan kita.

Yg saya buat senang shj - pertamanya saya lowerkan expectations saya or sometimes have no expectations at all - supaya saya tak sakit hati sgt tgk sekolah Malaysia.

Yg keduanya - saya cuba bersangka baik tapi pada masa yg sama saya akan pada awal persekolahan berjumpa guru kelas dan guru2 berkenaan cthnya pendidikan agama dan cerita serba sedikit pasal anak2 kita dan masalah dia. Tp warning - ini tak boleh buat selalu - nanti cikgu2 sekolahnya cop muka kita!

Yg ketiga - sekolah di Malaysia - walaupun nampak sama, kurikulum sama, tapi cara 'pemerintahan' tak sama. So akak kena cari juga sekolah yg mmg ok, bukan sja in terms of academic tp student contact. Susah yg ni kak - saya dok tanya sana sini. Sudahlah pilihan sekolah sgt2 terhad di SP.

Yg keempatnya - selalu tanyakan dan empahsizekan pada anak saya apa yg dia suka kat sekolah tu...cthnya dia sgt suka kelas arts dan pj. Jadi sya akan selalu tanyakan yg itu shj. yg part2 academik lain tu saya ambik konsep - not too pushy, ikut dia dan kemampuan dia.

Yg kelimanya - doalah selalu, Insya Allah it will become better.

Masalah akak mungkin tak sama dgn saya sbb anak2 yg tua di kurikulum lama, mungkin Nina di kurikulum baru maka not too much homework.

Satu lagi, akak masih di Perth. Abg Long sebenarnya kekurangan sokongan emosi sbb jauh drpd keluarga, Insya Allah kak, saya doakan selepas balik nanti semuanya akan lebih baik. Have faith kak! We all came from the same education background & look where you are now :-) We are survivor - and we have to instill that in our children. What more they have now have the best of both worlds!

Nor Fadzlina Nawi said...

Satu lagi kak bacalah catatan Abg Ropidi and Kak Laily ni mungkin boleh bagi semangat :-)

http://salam-monash.blogspot.com.au/2012/02/majlis-apresiasi-kecemerlangan.html

ajaq said...

...sabar je lah. Semua orang mengalami masalah yang sama. Apa pun cara dan nasihat boleh difikirkan. Lain orang lain caranya.

Cuma satu saja yang pasti ialah kita kena beritahu SEMUA GURU yang mengajar anak kita bahawa anak kita baru balik ke Malaysia. Ceritakan sikit keadaan dia dan sebgainya hingga guru tersebut mengerti dan faham.

Apply 'Communication Book'.

huda said...

Intan

Maybe boleh cuba different environment kat Abg Long, may be bleh consider another school...May be my son pun feel the same dan dia yang tak dak exposure belajar kat oversea pun find schooling is not interesting

Walllah hu aqlam

huda said...

Intan

Maybe boleh cuba different environment kat Abg Long, may be bleh consider another school...May be my son pun feel the same dan dia yang tak dak exposure belajar kat oversea pun find schooling is not interesting

Walllah hu aqlam

ajaq said...

bila lah blog ni nak update..dah ;ah fakirfikir pun menyepi.....