Wednesday, June 4, 2014

Sri Iskandar



Last weekend kali pertama saya sampai ke Sri Iskandar. Tak pernah terfikir pun untuk ke daerah tu. Terasa jauh amat nak sampai. Hati plak sayu and risau semacam nak berpisah ngan Abang Long. Agaknya gitulah perasaan mak saya ketika saya nak ke UK dulu dalam usia remaja.

Sambil drive terfikir ler plak agaknya 10 tahun lagi begini lah saya rasa bila drive untuk meminang anak orang untuk Abang Long. Mana ler tahu jodohnya ngan org yang duduk jauh or pendalaman. Jenuh saya nak mencari umah. Sayu hati. Tapi demi kasih pada anak agaknya saya turutkan juga. 

Lepas SPM dulu, Abang Long ada cakap dia nak melukis....dia suka lukis katun and nak jadi kartunis jaaa.. or alternatively dia nak belajar berlakon. Nak jadi aktor macam Eman Manan. Bila dengar dia pun minat nak belajar berlakon, saya pun memberi ceramah. Kalah Rubiah Kulup Mahmud. Bila nak isi borang UPU, hanya satu kursus bertemuduga ja yang boleh dipilih dibawah UiTM. Abang Long kena pilih nak masuk Fakulti SeniLukis&SeniReka or Fakulti Filem & Teater. Akhirnya Abang Long pilih Fakulti SeniLukis&Seni Reka...Legaaaa....(Dok risau gak takut nanti another 10 years, Abang Long jadi pelakon,  saya kena interview oleh Melodi or Galaksi...haruuuu....keh keh keh). Cuma di Malaysia ni belum ada kursus untuk menjadi kartunis, end up during the interview dia pilih graphic design. 

Saya berdoa, Abang Long minat and bole ikut kursus tu dengan jayanya. Risau gak. Jujurnya bidang seni bukan bidang saya. Lukis ikan pun tak berapa nak nampak macam rupa ikan. So saya tak bole nak predict kesukaran/cabaran yang Abang Long akan hadapi. Kalau dia buat Accountancy, sekurang kurangnya saya dah bole cerita subjek apa yang susah and subjek apa yang senang. Setakat ni, tak nampak lagi minat anak-anak saya dalam bidang accountancy. Abang Ngah still nak jadi paleontologist. Apo ko bondo tu saya pun tak pasti. Nina plak ada hari nak jadi Dr, ada hari nak jadi Model and pernah jugak dia cakap nak jadi ahli bomba sebab dia minat tengok lori bomba.

Terlanjur ke Sri Iskandar, kami pun singgah la melawat Kellie's Castle. Suka betul my children bila masuk castle tu. Kononnya siri Seekers ke apa ntah kat tv ada buat shooting kat Castle nih. Saya kagum ngan seni bina castle ni and semangat orang putih zaman dolu dolu. Terbaca bagaimana Kellie tu bawa anak sulung dia Helen meredah hutan/meneroka di area Cameron Highland and siap cakap ngan anak dia, nanti dia akan buat umah and buka estet  kat Cameron Highland untuk anak dia. Zaman tu mestilah kawasan Cameron Highland tu hutan rimba. Kuat betul keazaman and usaha org putih tu untuk kuasai negara kita. 

Satu lagi saya kagum bila tengok building tu dah ada cubaan untuk bina lift. Malangnya tak sempat siap. Kononnya kalau siap, itulah lift pertama di Malaya. Bila masuk bilik tidur utama and bilik anak perempuan dia plak, saya mendongak and terpaku tengok plaster ceiling yang masih utuh. Just imagine, plaster ceiling tu dibina in 1910 kot. Masih cantik. Plaster ceiling kat bilik utama and bilik my son dah runtuh and dah kena ganti baru bila kami balik dari Oz ari tu....huhuhu...Oh ya..lagi satu saya tengok tile untuk lantai umah lama Kellie (Kellas House) yang dah runtuh akibat Perang Dunia masih utuh. Kagum saya ngan hasil seni bina and material yang digunakan di zaman tu.  Kita sekarang, dengan pelbagai teknologi, belajar ilmu tinggi-tinggi tapi bina hari ni, lusa runtuh. Adoiii...apa nak jadi.

No comments: