Monday, June 27, 2016

Exam: Macam ni punya kes pun ada....



Setelah menjangkau 23 tahun menjadi pensyarah dan beratus kali bertugas menjaga exam, hari Sabtu lepas (25 Jun 2016) , Allah bagi pengalaman lagi. Exam mula pukul 2.15 petang. Around sejam lebih exam berlangsung, nampak ada seorang lelaki menghampiri pintu besar exam hall. Kebetulan ada candidate nak ke toilet so saya pun ikut ke pintu.

Tetiba, lelaki tu yang sedang mengendong baby (2 bulan) yang sedang nangis cakap ngan saya   "Puan, anak saya nak susu, saya nak mak dia keluar bagi susu. Susu dalam botol dah habis". Terlopong saya. Then saya cakap " Maaf encik, exam sedang berjalan, calon tak boleh keluar untuk menyusu." Lelaki itu masih berharap dan ckp pada saya " yang kat dalam tu isteri saya, saya ni suami dia...anak saya lapar susu". Baby tu pula memang sedang nangis and resah. Saya tak sampai hati. So, saya mohon masa untuk berbincang dengan invigilator yang lain.

We then decided to call bilik gerakan exam dulu untuk maklumkan yang kami akan benarkan calon keluar sekejap diiringi oleh seorang invigilator pompuan untuk menyusu baby tersebut. Belum sempat bagi tau calon (ibu baby) and call bilik gerakan, dua orang invigilator yang pegi tengok baby tu inform saya yang sebenarnya baby tu berak. Itu yang dia nangis and resah. Bukan sebab lapar. Rupa-rupanya si bapa tak reti nak detect punca sebenar baby tu meragam. Si bapa pula tak reti nak tukar diaper. Mungkin juga dia "gayat" nak pegang baby yang baru berusia 2 bulan tu. 

Untuk benarkan calon keluar tukar diaper bagai memang tak bole laa. So, kami nasihatkan si Bapa bawa baby stay kat kawasan yang beraircond berdekatan dengan pintu masuk dewan exam dengan harapan baby tu cool down sikit. Si bapa bersetuju.

Lebih kurang 15 minit lepas tu, ada calon lain pula nak ke toilet. Sekali lagi saya buka pintu dewan exam.  This time saya nampak baby tu merengek dan dalam keadaan resah amat. Si bapa pula dah nampak panic  and tak tau nak buat apa.

Saya tak sampai hati tengok keadaan baby tu. Saya pun tanya si bapa ada tak diaper baru. Beliau bergegas ke kereta ambik diaper and wet tissue. Saya cakap yang saya perlu basuh bontot baby di toilet ( keadaan dah tak sesuai nak guna wet tissue- agaknya baby dah lama berak). To cut the story short, saya pun bawa la baby ke toilet and do the cleaning and change the diaper. Then, saya serahkan kembali baby tersebut kepada bapanya. beliau tersenyum lega.

Akhir exam, saya nampak si ibu berjalan tenang keluar dewan. Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku. Saya berdoa ibu dapat keputusan yang baik.

* Pesanan penaja kepada student yang nak ambik exam: - tak yah la bawa baby ke tempat exam. Ikhtiarkan cari orang yang boleh diharap untuk menjaga baby.

* Pesanan penaja kepada invigilator:- bersiap sedia,  you never know that you need to basuh berak baby semasa menjalankan tanggungjawab anda.....heeeee

No comments: