Sunday, April 12, 2009

The meeting



Last night Prime Minister dah "angin" habih tentang performance menteri menteri cabinetnya.Jadi Timbalan PM dah dipanggil/dikejutkan untuk meeting ..Extraordinary meeting lah..segala ketidakpuasan hati PM terhadap prestasi 3 org menteri kabinetnya telah pun dicurahkan dgn penuh "semangat kesukanan" terhadap Timbalan PM.

PM telah menyarankan Timbalannya untuk mengambil corrective actions terhadap 3 org menteri tersebut including menteri yang paling junior. Masalah utama yang PM bentangkan adalah ketidakpuasan hati beliau terhadap disiplin ketiga tiga menteri. Academic performance 2 menteri yang senior juga dipertikaikan. Kedua dua menteri telah didapati tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius jika dibandingkan dgn kemudahan dan kelebihan yang telah dan sedang mereka nikmati.

Jadi, menyambut seruan PM, maka hari ini Timbalan PM telah memulakan beberapa langkah drastik untuk memastikan berlaku perubahan prestasi bagi ketiga tiga menteri dibawah seliaan beliau. Tempoh masa yang diberi oleh PM untuk menilai semula prestasi ketiga tiga menteri beliau adalah 3 bulan (cepat dari PM baru Msia..nampaknya). PM juga turut mengingatkan beliau akan juga memantau secara peribadi prestasi Timbalan PM dalam mengatasi masalah disiplin ketiga tiga menteri tersebut.

Berita Terkini melapurkan kedua dua menteri yang senior berada di dalam keadaan tidak stabil apabila langkah drastik pertama iaitu menarik balik keistimewaan (playstation)telah dilancarkan hari ini. Mereka telah berpadu tenaga untuk membuat rayuan diatas tindakan drastik yang diambil. Namun PM telah memutuskan untuk tidak melayan sebarang bentuk rayuan buat ketika ini. Bagi pihak Timbalan PM pula, beliau menegaskan yang beliau terikat dengan arahan PM dan kelulusan untuk memberi balik keistimewaan tersebut diluar bidang kuasanya.
Pada ketika ini ketiga tiga menteri (dgn muka boring)sedang menonton slot "hantu klewon" dari TV3 untuk mengisi waktu rehat mereka..

2 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Alamak kak, kalau menteri2 kat Mesia ada masa nak tgk citer Hantu Klewon, alamatnya 'Selamatlah M'sia' ha..ha..ha

mulan said...

Aduss Fadz,
banyak betul tugas seorang ibu ni...huaaaa...banyak portfolio..