Sunday, August 23, 2009

Abang Ngah Hero...

Itulah ayat bodek yang Mama cakap kat Abang Ngah kerana berjaya berpuasa dengan baik pada hari pertama Ramadhan. Dugaan paling dasyat adalah dari J-Lo. Setiap kali dia makan, dia pasti berlegar legar disekitar Abang Ngah . Abang Ngah hampir hampir kalah sekitar jam 2 pm apabila J-Lo makan cokelat Kit Kat (favourite Abang Ngah) didepannya. Alhamdulillah, Mama berjaya membodek lagi menggunakan ayat ayat power untuk memberi sokongan moral kepada Abang Ngah.

Abang Ngah makan banyak sangat waktu berbuka sampai komplen letih dan akhirnya gagal untuk solat Maghrib. Dia merungut lagi, "dah lah kena puasa, kena sembahyang lagi..kenapa tak boleh pilih "..heeeee

Cabaran gak ni untuk latih Abang Ngah ni...dia plak amat payah untuk bangun sahur..emmmmmmm..
Esok nak guna ayat bodek apa le plak...

No comments: