Wednesday, August 26, 2009

Heran le...

Kat area umah saya ni banyak betul company jual kereta . Pelbagai jenis.. Ford , Nissan, BMW, Holden, Mercedes. Itu belum lagi kedai kedai jual kereta terpakai. Senang cakap ada duit je bole beli kereta apa nak. Itu tak le heran ...


Yang herannya..kereta kereta baru yang cantik cantik ni didisplay kan kat luar kedai. Mercedes cam Tok CT pakai pun ada, BMW cam Hans Issac tu pun ada, Mercedes Smart yang rupanya tak berapa nak smart pun ada, Beetles (ohhh..indahnya kalau dapat ku beli!) pun ada..Mini Cooper pun ada (yang ni pun best gak ni!)... tersadai kat luar kedai je..Bukan 2,3 macam kat Msia tu, tapi penuh...banyak... Open display plak tu...tak ada pun pagar pagar.. Even malam pun..kereta kereta baru ni tersadai kat luar kedai..macam siang hari le...


Yang herannya.. kereta kereta ni tak dicuri plak. Kat Perth ni tak ada pencuri kereta ke??