Thursday, April 29, 2010

The "haru- biru-blues" life-part 3

Variable ooooo variable...
I am having problem with one of my variables ...dok cari sebab musabab belum lah jumpa jumpa...stresss dah tahap gaban dok mikiorkan benda nih...apa tak nye..kalau tak settle mcm mana nak proceed buat analysis data yang betul tuh...adoiiii...masa berjalan nih... so far I mampu meet the time line...this time cam tak yakin le plak nak bole meet /ikut my time line...sedih, serabut and pelbagai feeling ada....sampai kan tidur pun mimpi dok buat analysis..ngeri betul mimpi tuh...kalau mimpi Antonio Banderas ok la gak...

PTD
Dah nearly one week I bertukar career. Emmmm..bukan lagi jadi executive dapor tetapi I dah join PTD (Pencuci Tadbir Diplomatik). Bukannya tak minat jadi executive dapor tapi offer jadi PTD ni lebih menarik such as waktu kerja yang pendek 2jam 15 minute je everyday and payment/hr lebih tinggi dari jadi executive dapor. Kerja pun ok je..sebab locationnya kat Primary School. My bidang tugas adalah untuk kemas 5 classrooms and 2 kindyrooms. Cam keluar pergi gym je lah...exercise....bezanya pegi gym kena bayar duit...yang ini exercise sambil dapat duit....

Thursday, April 22, 2010

Kisah Kacang dan Kulit Kacang

Jeng...jeng...jeng ...jeng....

Di subuh syafie yang hening ni, meh nak cerita satu hikayat about kacang dan kulit.

Pada zaman dahulu, sedang kulit kacang berjalan jalan dan bersenang senang tetiba dia didatangi oleh kacang tanpa sebarang kulit..(ish dah jadi cam 18sx le plak citer nih). Kulit kacang yang terkenal dgn jiwa lembutnya pun bertanya kepada kacang " Apa ke hey nye kamu nih?" Maka kacang yang sedang dalam kesusahan pun menceritakan segala keperitan hidupnya sehingga terpaksa mengadai kulitnya sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Mulai ari tu, Si Kulit Kacang telah menjadi tempat Si Kacang untuk meluah rasa dan memohon bantuan/sokongan emosi dan adakalanya kewangan tatkala Si Kacang berada didalam keadaan tersepit. Si Kulit Kacang yang amat jujur dalam persahabatan sentiasa memberi ruang and bantuan mengikut kemampuan beliau.

Musim berlalu, tetiba dgn kehendak Allah Si Kacang telah diberi laluan dan rezeki dari Allah yang Maha Kaya. Berita gembira itu disambut ole Si Kulit Kacang dgn rasa penuh kesyukuran.Gembira kerana akhirnya kesusahan Si Kacang akan berakhir. Setelah 4 tahun berlalu, Si Kacang sekarang telah mendapat kulit yang amat cantik, beliau juga dikelilingi oleh kacang kacang yang punya kulit yang glamour glamour..kelllesss gitu..

Suatu hari, Si Kulit Kacang telah ditimpa musibah. Lantas dia pun teringat le ngan sahabatnya Si Kacang yang pernah beliau selamatkan dan senang menikmati kehidupan yang senang lenang. Beliau telah menghubungi Si Kacang dengan harapan untuk mendapat khidmat nasihat. Dihantarnya sms tidak berbalas, di cubanya email; diam membisu, di FB kan; tidak diaccept as friend-asyik dok pending je, di tipon tidak berangkat.

Tetiba satu hari Si Kulit Kacang telah tipon (menggunakan no tipon yang berbeza), tanpa disangka Si Kacang telah menjawab panggilan. Namun dalam perbualan itu Si Kulit Kacang dapat merasakan yang Si Kacang dah tidak seperti sebelumnya. Si Kacang langsung tidak berminat untuk membantu atau memberi khidmat nasihat kepada Si Kulit Kacang. Si Kacang asyik menceritakan kehidupan glamournya dan kecantikan Kulit barunya yang bergemerlapan...

Selepas perbualan pendek itu.. Si Kulit Kacang dapat merasakan yang beliau tidak lagi setanding untuk bergandingan ngan Si Kacang. Tambahan plak Si Kacang telah mendapat kulit yang amat cantik. Inilah yang dikatakan "Kacang dah lupakan kulit".....


Nukilan
Kacang Hantu

Wednesday, April 14, 2010

Missing Value Analysis (MVA)

2 things need to do :
1) Evaluate the amount of missing data - <5%missing> 5% missing
2) Evaluate the pattern of missing data - MCAR or MAR; could use Little's MCAR test

Then, need to think about alternative ways to impute data. Have many methods of data imputation. Some like to use mean substitution. In fact, this is the common method use to impute data but care should be taken as this method will somehow reduce the variance of the variable. As such, if we decide to impute values using this method, we might need to do extra checking whether there is mean difference between the original and adjusted variable. This could be done by applying paired sample t-test. Alternatively, we could use Maximum Likelihood Substitution /EM in the SPSS.

Monday, April 12, 2010

A Little Bit of Data Analysis

1) What to use?
2 main alternatives :- a) SPSS
b) SEM- eg: EQS, LISRELL , AMOS, RAMONA, PLS

2) When to use?
a) SPSS - model not that complex
- sample size idak le besar benor.

b) SEM- cater for more complicated model

3) SEM; nak guna yang mana?
Basic idea; PLS is used when - i) sample is small
ii) want to test the theory/ theory not strong
iii) predictive nature of the reserach/developed model
Min sample size requirement for PLS:
10x the number of predictors from (a) or (b), whichever is greater:
(a) the indicators on the most complex formative construct; or
(b) the largest number of antecedents constructs leading to an endogenous construct
(Barclay et al., 1995)
Note: Kalau tak ada formative construct, requirement (b) must be met.


AMOS/LISRELL etc is used when - i) large sample size
ii) theory is strong

Minimum sample size?- 200 pun ok dah to run SEM (Hair et al., 1995).

4) Apa nak buat b4 nak buat analysis?
What ever SEM tools you pilih you must:
a) understand about reflective & formative indicators of your construct coz PLS can run kalau ada kedua dua ni but yang lain rasanya cater untuk satu je.
b) kena la prepare your data dulu ;
i) missing data analysis- check on number & pattern
ii) decide on the treatment of missing data
iii) check outliers
iv) check normality- except kalau guna PLS; tak yah buat benda ni.
v) then baru lah buat preliminary analysis.

Note: to the readers out there, kalau salah cakap ye...saya kan "budak" baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan.....

Friday, April 9, 2010

The "haru- biru-blues" life-part 2

I dah start my new career as "Executive Dapor" kat one of the halal outlet kat Perth ni. As an executive dapor my bidang keroje idak le kat dapor sesaja. Maklumlah my boss apply concept "multiskilling". heeee

Secara ringkasnya , selepas report duty around kul 9am; I kena mengangkut charcoal dgn penuh semangat kesukanan untuk proses pembakaran. Lupa plak nak citer, kedai I kerja ni jual charcoal chicken, lamb ribs, kebab etc. Lepas tu I kena hidupkan api and also the machine untuk bakar chickens and lamb ribs. Sepanjang proses pembakaran , I kena pastikan api tu cam ok ok je.. Takut nanti terbakar le plak all the chickens and the ribs.

haaaa...lepas selesai bab bakar ayam and ribs I kena on kan machine untuk masak nugget, chips etc . Lebih kurang cam "deep fryer" gitu. Machine ni kena ambik masa untuk panaskan minyak. So nanti kalau customer dtg, idak le payah deme nunggu lama. 2 minute je chips dah masak.

Lepas tu, I kena angkut meja and kerusi and letak kat luar kedai. Then mop lantai, clearkan tong sampah and lap meja. Semua kena ready by 10 am. Then, barulah I kena tolong my boss masak briyani. Next I kena buat acar (yang ni I dah pandai buat). My boss pun cam kagum kagum gak, sekali tunjuk je I dah dapat. Gamaknya I memang ada bakat jadi "Bibik".heee

Then bermula lah trading nye. Jual nasi briyani and chicken and lamb rib. Not to forget, kalau ada yang minta burger ke, kebab ke, chips ke, I juga yang kena buat..Sambil sambil tu, kena la cuci periuk periuk , pinggan mangkuk yang kotor bila tak ada customer.

Early of the week I kena marinate ayam and ribs. Second day keroje I kena marinate 100 ekor ayam and 40 ribs. Naik pening tengok ayam and ribs!.

Hari ke empat I kerja, my boss offer I kerja long hours (dari pagi sampai ptg/kedai tutup). Ishhh...dgn berat hati I terpaksa menolak tawaran itu. Maklumlah teman ni kan student. Buat PhD plak tu. Kalau dah kerja pagi sampai ptg bila le gamaknya nak study. ish..ish..ish..

Jadi sekarang ni dia akan call I bila dia need assistance and bila I rasa I free I pegi lah kerja. Paling lama kerja pun I buat 5 jam saja perday. This week I amatlah busy dok cleaning my data. Jadi hari ni je I pegi kerja....heeee

Penat???...penat gilerrr beb!. Tapi this is the chance I want to experience benda benda yang I tak akan dapat buat kat Msia. Siapa nak ambik senior lecturer jadi Executive Dapor kat Msia?? Lagi pun I need the money. So why not, give a try. Kalau dah rasa tak terdaya nanti, bye bye le jawatan executive dapor. Cuma I dah gain experience and also learn few new recipes......heeeeee

Thursday, April 8, 2010

"This is not lunch"




On Tuesday, J Lo went to montessori as usual except that she brought 3 cupcakes for her lunch. That was the first time she brought cupcakes to school. She normally brings either nasi goreng or pasta or spaghetti. That Tuesday we sent her late to Montessori around 10am. Since she already ate nasi ayam at home I thought cupcakes will do for her lunch ( lagi pun cupcakes aunty liza-her favourite chef).

But I was wrong. When I picked her up that afternoon. Her teacher said "please, no more cupcakes for lunch and please make sure you give her balance diet. You should include yogurt and fruits too in her pack lunch". heeee

Not that I don't want to include yogurt and fruits, Nina ni, lidah melayu (semangat bergaya je mcm J-Lo). She doesn't like to eat fruits and yogurt.

Tapi, on the second thought, why not give a try. Mana la tau. dah mkn ramai ramai tu Si J Lo akan bertukar lidah omputeh plak. So , today her pack lunch will be; spaghetti, grapes and yogurt....

Thursday, April 1, 2010

"Aku tengah Hangin."..

Ish...gerrrrammm sungguh aku ngan service bank kat Msia nih.. Selama ni aku memang dok transfer duit from Bank A ke Bank B (bukan nama sebenar). Dah setahun lebih SI tu berjalan tanpa sebarang masalah. January ari tu, masa aku balik Msia aku buat perubahan sikit. Ubah amount saja. Aku dah isi all the borang, infact aku buat depan officer incharge . Aku cakap ngan dia bulan Feb aku dah nak balik ke Oz ni harap harap SI aku berjalan as usual lah pada bulan March. Dia cakap tak dak hal. Bulan Mac akan start transfer duit aku ikut amount baru. Tapi dalam hati aku ni..ntah apasal cam tak sedap je. So aku pun bagi no tipon (oz) and email add aku lagi .Siap cakap kat officer tu harap dapat lah bagi feedback about benda ni kat aku.

Bulan March pun menjelma. SI aku langsung tak dibuat. Pelik bebenor . Aku suruh ubah amount bukannya stop SI. Aku pun tipon le Msia. Dapat cakap ngan officer incharge. Dia cakap kat aku " ye..ye..saya ingat..akan buat.".Aku pun pesan lagi, harap dapat tipon or email saya about this matter. Maklumlah nak call dari OZ ni bukannya murah. Dia pun cakap " ye..ye...nanti saya email and buat SI tu..".

Bulan March berlalu ..ni dah masuk April (Fool) le plak. Tipon tidak, email kat aku pun tidak, SI tu tak dibuat jugak. Ini yang buat aku hanginnnn satu badan ni. Kejap tadi aku tipon lagi . Tunggu dekat 1/2 jam nak cakap ngan pegawai incharge. Tak leh kononnya dia tengan online ngan org lain. Lagi sekali aku cerita masalah problem aku kat officer yang angkat tipon tu . And as expected aku kena bagi lagi no akaun aku + no tipon + email address. Aku memang herrrrann bin ajjaib. Adakah tugas customer untuk "mengsupervise/mengingatkan" kerja seorang officer bank. Apa punya konsep ni??. Adakah sebab aku ni bukan "priority customer" aku dilayan sebegini. Atau aku dah dimasukkan dalam category "PARIArity customer" ???Aku memmmanng lah amat gerrrammm and marah coz duit yang aku transfer tu untuk bayaran loan aku. Tak pasal pasal nanti aku dicharge interest plak oleh Bank B (bukan nama sebenar).

Menambahkan lagi keserabutan ku pada hari ini.. Masa aku tengah kemas umah and sibuk sidai kain. Si J-Lo rupanya dalam diam dok buat project. Dia dok GUNTING rambut sendiri. Alahai....nasib baik la papa dia perasan..and nasib baik la baru sikit rambut yang digunting.. and nasib baik gak rambut dia yang bergulung cam wayar tipon tu dapat at least hide kecacatan yang dah berlaku di bahagian rambut....gerrraaammmm.....

Sat lagi aku nak p jalan jalan... walaupun ari ni ari Khamis and aku wajib belajar ...walaupun data aku lum habih key-in...walaupun paper aku masih lum siap...walaupun aku tak dak duit untuk shopping...aku tak kisah...aku nak kluar jalan jalan gak...cuci cuci mata...gosok gosok pinggan mangkuk/periuk belanga yang aku minat tapi tak mampu beli...aku nak buat terapi jiwa...........