Monday, July 15, 2013

Belasungkawa: Tn Hj Syed Hassan dalam kenangan

Pagi 13 Julai saya dikejutkan dengan sms yang memaklumkan seorang kawan telah kembali mengadap Yang Maha Kuasa. Beliau mengidap penyakit kencing manis.  Lewat petang sebelumnya, saya dan suami melawat beliau di hospital. Kebetulan ketika kami sampai beliau baru dipindahkan ke wad  untuk membolehkan para Dr membuat close observation- keadaan jantungnya amat lemah. Sebelum meninggalkan wad saya memeluk erat isterinya sambil terus memberi kata kata semangat dan mengingatkan beliau untuk terus berdoa agar suami kembali pulih. Namun siapa lah kita untuk menolak takdir Allah. Allah lebih sayangkan dia. 

Saya mula mengenali Tn Syed Hassan lebih kurang 15 tahun yang lalu. Saya juga kenal rapat dengan isteri beliau yang juga bertugas sebagai pensyarah. Kebetulan office kami berdekatan. Ingat lagi saya selalu bergurau bahawa dia adalah penghulu Lorong Seri Klinik kerana officenya adalah bilik yang pertama untuk deretan bilik bilik pensyarah. Kebetulan pula ramai pensyarah yang berada di lorong/ kawasan tersebut bergelar Dr. 

Sebelum diserang penyakit kencing manis, beliau merupakan seorang yang ramah dan ceria. Beliau juga amat mementingkan kekemasan dan kecantikan. Susun atur officenya begitu cantik dan teratur. Sentiasa kemas berkemaja lengan panjang dan bertali leher. Sering juga saya mengusik beliau tentang pemakaian beliau. Dalam diam saya kagum dengan ketelitian beliau dalam hal berpakaian. 

Suaranya lantang. Selalu juga apabila dia menalifon saya dari biliknya saya akan terkekih-kekih ketawa kerana saya bole dengar suaranya dari jauh. Saya akan terus cakap ngan dia " letak je tipon, I bole dengar you nak cakap apa". Kenangan di bulan Ramadhan juga tak mudah untuk dilupakan. Beliau yang juga kreatif  mengenai bab-bab makanan akan memberitahu menu berbuka. Isterinya memang pandai masak. Saya akan terlopong mendengar dan kekadang meniru untuk juadah berbuka kat rumah saya. Kami juga kekadang  membuat jamuan untuk pensyarah. Tn Syed Hassan jugalah yang akan menetapkan menu. Beliau juga banyak networking dengan pihak luar. Sebut aje nak buat trip ke mana, ada je orang yang dikenalinya. Satu lagi kegemarannya ialah mendengar lagu lagu Sharifah Aini. Lagu Seiring dan Sejalan sering berkumandang. Saya juga sering mengusik dia dengan berkata" oh please...generation gap!" sambil menutup telinga. Dia akan ketawa kecil dan akan menguatkan lagi volume radionya.  Tanpa sedar, Syed Hassan mewarnai working life saya dan rakan rakan yang lain. Indahnya waktu itu untuk dikenang. 

Sebelum saya bertolak ke Australia, kesihatan beliau mula merosot. Kemuncaknya apabila Dr terpaksa memotong sebelah dari kakinya. Beliau juga agak berubah. Tidak seceria dahulu. Lebih banyak diam dan jarang bergurau senda. 

Kembalinya saya dari Australia, saya jarang berkesempatan berjumpa beliau. Beliau lebih banyak menghabiskan masanya di dalam bilik pejabat. Sementelah pula office saya dah berubah tempat- agak jauh dan berbeza tingkat. Sekali sekala saya singgah untuk memberi salam dan bertanya khabar. Nampak betul kelainan beliau. Salam saya tidak lagi disambut dengan suara lantang penuh gurauan. Beliau hanya senyum dan hanya bercakap apa yang perlu. Kekadang tiada langsung senyuman dibibir. Saya akhirnya akur yang kawan saya telah banyak berubah. Kebetulan bila saya mengalami sakit kritikal, saya dapat rasakan sedikit beban yang ditanggung beliau. 

Kepada isteri Tn Syed Hassan dan kedua dua anak beliau, ucapan takziah dari saya dan keluarga. Doa kami muga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali.......

2 comments:

Anonymous said...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

zlaa said...

Alfatihah to Tuan Syed. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Such a very nice person.

Intan, izin link to my blog.. Tq..