Monday, June 29, 2009

FAQ



Seringkali kami menerima soalan "cepu cemas" dari rakan rakan.." macam mana you all study ek???"..seringkali juga jawapan yang diberikan adalah senyuman.


Senyuman yang membawa banyak pengertian, dan hanya kami berdua aje yang faham.


Kenyataannya, kami tidak dapat membuat jadual tetap untuk pegi ke workstation setiap hari ( 9-5 ) seperti kebanyakan students PhD lain.


Kami berdua selalu terkejar kejar mencuri masa untuk belajar and masa belajar tidak menentu, dimana ada ruang , disitulah kami belajar.


Sudah menjadi kebiasaan, my husband membawa article ketika pegi mengering baju (kami tak ada dryer, so musim sejuk ni pegi kedai je la untuk kering baju-jimat dari beli dryer). Sambil tunggu kain kering, ambik kesempatan baca article.


Saya pula , dah menjadi kebiasaan, mencuri belajar tatkala anak anak dan suami tidur nyenyak. Perasaan takut bangun sorang sorang tatkala makhluk lain dibuai mimpi terpaksa ditolak jauh jauh. Masa tu lah , saya dapat fokus sepenuhnya dgn kerja kerja PhD.


Alhamdulillah, Allah telah perjodohkan kami berdua dengan supervisors yang begitu memahami constraints yang kami alami. Setakat ini, kami berdua mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan kepercayaan yang diberikan mereka terhadap kami dan juga "duit rakyat" yang digunakan untuk memberi peluang kami mencari ilmu disini. Muga Allah terus memberi kekuatan untuk terus berjuang, walaupun lingkaran hitam dibawah mata makin jelas kelihatan .heeee


Gambar gambar ni adalah cara belajar yang dah biasa dilakukan oleh kami berdua... Yang kat luar sana..tak payah ikut...susah sebenarnya cara ni...tapi terpaksa....heeeeee




1 comment:

pearl said...

bestnye dapat kongsi tips utk buat PhD ni bile dua-dua, suami isteri belajar... I pun suami isteri belajar Phd sama, tapi anak 2, sorang 2 tahun, sorang 1 tahun....