Thursday, December 20, 2012

You must know how to play the game

Tajuk kat atas tu meleraikan kebuntuan otak aku mencari penjelasan diatas beberapa kejadian yang aku tak berapa nampak logiknya. Dah hampir 1 semester aku mula bertugas. Sepanjang 1 semester, banyak yang aku perhatikan. 

Walaupun secara dasarnya tak ada apa apa perubahan yang nampak ketara, hakikatnya permainan dan percaturan dalam dunia akademik makin hebat. Tambahan lagi di sebuah pusat ilmu yang terbesar diMalaya, yang punyai sources of income yang amat limited berbanding dgn sumber manusia yang sedia ada, corak permainan nampak gayanya semakin sukar diduga.

2,3 orang kawan rapat membentangkan few things bertujuan menyedarkan aku yang lebih banyak berada didalam duniaku dan bekerja mengikut buku. They said, "nowadays, bagus saja tidak cukup, you must know how to play the game". Mereka pun memberi beberapa contoh untuk membuka mataku dan mindaku serta menyedarkan aku dengan persekitaran yang semakin mencabar. Apa yang dibentangkan mereka jelas membuktikan yang peluang akan lebih berpihak kepada siapa yang bijak bermain. 

Persoalannya "Adakah aku bersedia untuk bermain cara mereka?"......


Monday, December 10, 2012

Adakah kereta anda selamat??

Mak saya punya sebuah kereta Proton Saga. Usia kereta tu about 14 years. Kereta tu kereta kesayangan mak. Idaklah sebab mak punya semangat patriotrik yang tinggi dan amat menyanjungi jenama Proton, it is just because that car peninggalan aruah Abah. Abah hanya sempat guna kereta tu selama 1 tahun then pegi menemui Ilahi. Kiranya kereta tu ada sentimental value dihati mak.

Mak menguruskan semua hal hidup di donia ini menggunakan kereta tu. Besar jasa kereta tua tu. Tapi usia mak yang makin lanjut dan usia keta yang makin meningkat menimbulkan pelbagai masalah. Kudrat mak dah tak sekuat dulu untuk memutar steering kereta yang keras (bukan power steering). Aircond kereta tu pun selalu meragam. Kekadang mak sendiri pun tak pasti minyak ada ke tak coz indicator dah rosak. Semua tu membuatkan kami anak beranak risau akan keselematan mak. 

Ditambah plak kritikan kritikan pedas dari cucu cucu mak bila terpaksa naik kereta mak. Si Nina tanpa sedikit pun rasa bersalah akan memberi komen komen pedas tentang kepanasan berada didalam kereta mak apabila dia mengikut mak berjalan. Walaupun mak mengupah aisrim, dia tak akan putus putus komplen about the car. Abg Ngah sekali sekali akan mengeluarkan rasa tidak puas hati dan tidak selesa bila naik kereta mak. Abg Long and Ez yang dah makin besar tidak akan memberi komen secara telus tetapi akan memberi pelbagai alasan supaya mereka tidak perlu naik kereta mak.

Setelah cadangan untuk membeli kereta baru tidak mendapat sokongan, kami mencadangkan mak buat "make over" kat kereta dia. Akhirnya bermula lah proses makeover tu dan akhirnya keta mak di cat kan dgn warna baru. Saja untuk memberi mood baru kat mak.

Kebetulan kedai mengecat tu dekat ngan umah saya. Tokey kedai tu pun menghantarlah keta mak yang siap di cat tu kerumah saya pada satu malam. Sebelum masuk Isyak En Hubby dan saya pun menghantarlah kereta mak tu ke rumah mak. 

Apabila sampai umah mak, barulah kami berdua perasan yang kunci kereta yang digunakan tu BUKAN kunci kereta mak. Selama ni, saya ingatkan setiap kereta punya kunci yang tersendiri. Ye lah kaann...mestilah ada ciri ciri keselematan. Kejadian malam tu membuktikan pemahaman saya salah. Kami selamat menghantar kereta kat umah mak menggunakan kunci kereta Proton kepunyaan orang lain. Siap sempat berhenti isi minyak lagi.

Untuk kepastian, kami pegi balik berjumpa tokey kedai. Dia mengesahkan yang tersalah memberi kunci. Kebetulan ada sebuah lagi kereta Proton yang sedang di cat. Kelakarnya dia plak bertanya kami macam mana engine kereta bole start??.kih kih kih...

Saya bukan engineer dan tidak langsung mahir bab bab kereta. Cuma akal saya bertanya, mana ciri ciri keselamatan kereta Proton, kalau dah kunci kereta orang lain bole digunakan untuk kereta kita tanpa sebarang masalah?. Macam mana diaorang design kunci kereta? Is it by batch? contohnya tiap 1000 kereta punya kunci yang sama? haish.....tak kan kot....kalau ada yang membaca posting ni and mahir bab bab keta ...cer citer...cer citer.....




Friday, December 7, 2012

Untuk yang belum kenal aku

Aku memang suka cakap apa yang ada dalam kepala aku. Kalau aku kritik bukan maksud aku tak suka. Kalau aku komen bukan maksud aku tak sokong. Kalau aku marah pun belum tentu indicate yang aku benci. Semua tu hanyalah menunjukkan otak aku memproses data dan menghasilkan result yang berbeza. So, jangan sensitip sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku memang suka bergurau. Kekadang yang selisih ngan aku tu lecturer muda lelaki/ nak plak bekas student aku ,aku selamba je cakap "Morning handsome". Kekadang plak yang selisih tu lecturer muda perempuan. Aku selamba je cakap "Hi Gorgeous".  Kekadang plak, bila  ada yang menelipon opis aku, and aku rasa org tu bole bergurau aku akan jawab panggilan " Ya, darling...ada hal apa??".  So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku memang suka membaca. Kalau ternampak aku tengah dok kelebek URTV, Mastika, Anjung Seri, Gempak , MiDi... jangan terkejut, aku la tu. Aku baca apa saja bila aku berkesempatan. Sudah tentu aku kena baca journal article untuk mengupdatekan diri aku dan aku juga baca Al-Quran tiap hari. So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku juga kekadang suka buat bodoh.  Method ni aku apply bila aku dah tak tahan dgn cara perbincangan atau topik yang dibincang atau dgn org yang dok berbincang dan aku tak leh nak lari dari sesi perbincangan tu. So, jangan risau sangat and terus nak buat judgment about aku.

Aku juga suka buat derrrk.  Apabila telinga En Hubby yang berkulit putih itu bertukar ke warna pink beserta lontaran vokal nya yang pasti dikagumi oleh juri juri Akademi Fantasia dan raut wajahnya yang dah bertukar mcm raut wajah Lin Dan masa lawan Chong Wei ari tu. Haa....ini semua tanda tanda yang En Hubby dah naik temperature. Masa ni la aku apply method buat derrrk nih.....kih kih kih.


Thursday, December 6, 2012

Di celah celah kesibukan...

2 days ago I got a phone call from a concerned father. His daughter is doing her A-Level and having problem with accounting subject. Based on her daughter's previous academic achievement, he sounds very sceptical about her daughter's performance. Whilst her daughter is having a 1 month break, he requested me to do 1-1 intensive tuition. Fuhhh....what a request!!

The truth is I am very (10x) busy. Now I am "marathoning" to finish up the syllabus. Not to mention bundles of test papers & quizzes which I haven't even touch yet + the FRGS proposal which is still in WIP mode + 2 courses which I need to attend in December + need to submit the SKT & the ATP to my boss for my yearly assessment.Talking about ATP, I was surprised to find out that my ATP figure has reached more than 50 (the required band is only 39). Patutlah...I bz macam bees.... asyik keluar masuk class sampai tak sempat nak berdonia.... 

Well...all the above adalah yang tersirat. Yang tersurat, I asked the father to send her daughter to my house. I need to talk to her daughter and find out what is actually the problem. As a mother, I think I can understand kerisauan the father. Tak sampai hati nak cakap kat the father "Maaf, saya bz amat...almost tiap hari saya sampai umah pukul 6 or 7 pm".  

When I reached home, I discussed the issue with En Hubby. Alhamdulillah, En Hubby is willing to take over the "tuition" session. For this semester, En Hubby is teaching Accounting Information System (AIS), so beban kerja kurang sikit coz diaorang ada lab session and dia masuk keja pun semester dah nak abis, so loading kerja tak le banyak bebenor.

The funniest thing is bila the father datang my house untuk bertanyakan bab bayaran. He mentioned that he is willing to pay the tuition according to the mrkt price. Tuition for A Level subject memang mahal. He said he understand if we (En Hubby & I) nak charge extra because this is 1-1 session. Terkedu dia bila En Hubby cakap " No worries... free of charge".... 


Thursday, November 29, 2012

Convocation

Aku dah dapat invitation untuk pegi Convo in February next year. Sejak mula buat PhD, aku amat berharap yang this time aku akan dapat lalui the experience of attending convocation. Macam yang aku penah tulis dulu, semua ijazah  ijazah aku hanya disampaikan oleh Pak Cik Posmen je.

Few days ago, aku excited la bila dapat invitation tu. Tapi setelah melihat tarikh and harga tiket, aku terkedu. First problem. Time tu bukan cuti sekolah. Mana aku nak tinggalkan anak anak aku yang 3 org ni kalau both of us attend the convocation?? Siapa nak incharge about diaorang?? Dah la abg long & abg ngah nak sit for UPSR &SPM next year.  I don't think ponteng sekolah is a good option for them. Lagi pun , my convocation tu on Tuesday. Meaning Saturday dah nak kena ambik flight dari sini coz Monday dah nak kena ambik Regalia. Ding dong ding dong mau paling kejap pun 5 days jugak kat Oz. 

Encik Hubby suggest, bawa Si Nina ( ponteng le ni coz next year Nina dah darjah 1). Let the boys stay with my mom for a week. Then kena cari driver to ambik and hantar diaorang sekolah pulak. Another issue to think about, Si Nina tak kan bole tahan nak duduk dalam majlis tu. Nak plak, the event start at 7pm, silap hb  by 9pm si Nina  dah start buat perangai nak tidur. Mana plak aku nak tinggalkan Si Nina kat sana nanti??

Second problem, DUIT. Harga tiket....aku dah check, kalau aku pegi 3 org naik Air Asia pun aku kena spend  more than RM5,000 just for tickets. Itu belum tempat tinggal, sewa keta, makan etc. Nak menumpang umah kawan (memang ini lah yg selalu dibuat ), kenkawan yang kami kenal semua dah kena keluar padang.. semua dah balik Msia. Yang tinggal adalah geng geng yang masih hijau ngan bumi Oz and yang tinggal jauh dari University aku. Tak tergamak plak nak menyusahkan diaorang. Bila aku hitung, busuk busuk pun akan melayang lah juga RM10,000 duit simpanan aku.

Ooops..lupa plak nak citer, at the same time En Hubby kena tangguhkan proses submission dia ke February plak. Antara sebabnya  ada fees tertunggak.  Ini kes lagi sensasi tapi aku  malas nak cerita detail kat sini sebab nanti terkeluarlah plak bab bab yg tak sepatutnya. Bole menggugat keamanan negara plak nanti ...kih kih kih. Kesan dia kepada kami, kena le prepare duit plak for his trip untuk buat submission tu apabila pihak bertanggungjawab selesai membayar fees kat University.

So, aku and Encik Hubby estimate untuk kedua dua trip (convo & submission) kena lah prepare at least in total RM 15,000. Dalam tempuh 6 bulan lepas ,En Hubby ulang alik (Msia-Perth) untuk menghabiskan study dia pun kami dah habis lebih kurang RM 15,000. Itupun dia numpang umah member and kerap makan maggi sepanjang kat sana...kih kih kih. Pendek cerita, level tabungan kami dah catat warna oren sama macam level air sungai masa musim banjir. Amat berbahaya. Tambahan lagi perlawaan  Haji yg terpaksa ditangguh dari tahun 2008 (kami start our PhD) menambah sayu dihati.

Memangla En Hubby punya pengalaman yang luas bekerja di kilang duit (Perth Mint). Cuma dia hanya mahir jadi cleaner. Kemahiran untuk cap duit langsung tak ada. Kalau ada, nak jugak aku suruh dia cap duit sambil sambil tengok berita TV waktu malam tu.

Sayu hati aku bila memikirkan besar kemungkinan  aku akan menerima PhD aku dari Pak Cik Posmen. juga. Sorang kawan mencadangkan agar aku tangguhkan attending the ceremony ke akhir tahun depan (setahun 2x university aku buat convo). Cadangan tu pun aku tak leh buat atas 2 sebab: 1) tarikh convo tu adalah musim SPM and 2) aku dah pun mohon tangguh attending convo this year untuk ke February 2013.

Nak jadi cerita, dalam aku bergundah gulana semalam, datang le plak sorang kwn mencurahkan masalah dan kesedihan yang ditanggung beliau. Melihat mukanya yang layu aku pun mendengarlah kisah kedukaannya. Rupa rupanya, beliau amat kecewa kerana tempoh pengajian PhDnya hanya tinggal 6 bulan lagi and beliau belum layak untuk membentangkan proposal!!!. Terkejut King Kong aku. Sepanjang tempoh pengajian, penyelia (universiti tempatan) asyik berubah fikiran. Teori apa yang nak diapply pun dah berkali diarahkan ubah. Masa banyak dihabiskan membantu menjalankan research project penyelia. Malangnya research project tu tiada kaitan dgn topic PhD beliau. Banyak lagilah benda benda yang aku rasa yang tak perlu dibuat dan masa yang patut difokus kepada PhD telah diabiskan untuk benda lain. Memangla, kawan aku dapat 1,2 publication tapi bagi aku tak berbaloi langsung bila PhD tak dapat dihabiskan. Tambahan plak publication tu bukannya taraf ISI pun.

Luahan hati kawan aku tu menyedarkan aku, apa sgt lah nak sedih tak dapat pegi Convo. Allah dah pun izinkan aku menghabiskan PhD dengan jayanya. Sekurang kurangnya aku tak payah melalui semua yang kawan aku tu lalui. Aparaaa...aku nih...

Ok..Pak Cik Posmen I am ready to terima my scroll from you....Tapi kannnn...aku nak teruskan doa....manalah tau berlaku keajaiban....heeeee...


Wednesday, November 21, 2012

Ada aku kesahhhh...

About two weeks ago, di pagi hari tika aku baru je nak "punch in" kat opis tetiba aku disapa oleh seseorang.  " ahaaa..betullah you...dah lama start kerja ke??..yesterday I saw you driving..bla..bla..bla... Well...I thought you are one of our students... bla bla bla...tak pernah terserempak dgn you lagi".

Aku hanya tersenyum dan menjawab soklan soklan cepu cemas seadanya (aku memang tak brapa minat nak berbual panjang dgn yang sorang ni...terknal dgn kelaserannya). Tetapi, yang bertanya menyambung lagi. Kali ni dia buat statement yang membuatkan aku terfikir benda yang aku TAK terfikir selama ni. Dia cakap "you drive MyV..ingatkan balik oversea bawa Mercedes...lagipun dah Dr kan". Aku menjawab dgn selamba " MyV tu ok..murah". Dengan ketawa kecil dia cakap..." oooo...kiranya you lah first Dr yang bawa MyV kat sini, selalunya yang abis PhD, drive Estima ke..Mercedes ke...paling tidak pun Vios". 

Selama ni aku tak pernah pun kisah about kereta. Sementelah pula aku bukannya mahir bebenor bab bab driving. En Hubby pernah cakap ngan aku " kalau ada 10 orang macam you on the road..habis jem satu Jitra". Di tambah plak sense of directons aku yang ada virus sikit oops.. virus banyak menjadikan driving tu bukan lah aktiviti yang aku minat tapi aktiviti yang aku terpaksa buat untuk survive kat atas donia ni.

Teringat aku masa nak beli keta ari tu. En Hubby bertanya "  you nak beli keta apa?". Bila dia nengok aku tersenyum macam kerang busuk, dia pun tanya lagi "you nak bayar sebulan berapa RM?". Selamba je aku jawab " ada tak keta yang bayaq sebulan RM 300 lebih?". En Hubby terus buat remark " Kedekutnya."...hahahaha 

At first tu aku nak ambik kancil je, tapi En Hubby ckp, kecik sgt. Masuk bebudak..dah tak bole bernafas. Ambik la yang besaq sikit. Aku pun ambik la MyV. Bagi aku MyV ni mcm lagu dangdut Iwan tu laa ..yang sedang sedang sajaaa....yang penting poket aku selesaaa...Emmmm....tapikan.... kalau aku banyak duit, nak juga aku beli Audi ka, Volvo S80 ka.....Apa kelllaasss bawa Mercedes.....kih kih kih.



Thursday, October 25, 2012

Outsourcing

Kekalutan hidup masih belum berkurang. Monday ni En Hubby plak akan mula bertugas. Dah dapat bayangkan kehidupan  akan menjadi semakin haru biru blues. Dia akan sampai dari Oz pada hari raya Aidil Adha. Aku dah plan, weekend ni (harap harap dia dah hilang letih) aku kena buat sedikit pembentangan. Aku sedang menyiapkan "script" yang sesuai untuk dibentangkan. Fokus utama pastinya tentang isu outsourcing.

Setelah berfikir fikir dalam masa 4 bulan ni, dan setelah melihat result exam the two heroes yang terkini, akhirnya  I have decided to outsource some of my responsibilities to other party. Harapannya, aku ada lebih masa untuk buat intensif ngan Abg Ngah dan dapat at least memantau akademik Abang Long. Abang Ngah akan  sit for UPSR and Abg Long SPM next year.

Result BM (karangan) Abang Ngah memang bole meluruhkan jantung ibu ibu lain di Malaya. Dengan senang hati dia bagitau aku dia mendapat 18%. Dengan selambanya juga dia cakap "ingatkan Abg Ngah dapat kosong". Aku melopong memikirkan macam mana aku nak mengajar Abg Ngah nih. Tuition??? Dah pun cuba, tapi maaf cakap kebanyakan yang aku cuba hanyalah nak duit and diaorang malas nak fokus kepada pelajar yang tertinggal. Bagi aku tuition kat tempat aku ni memang bagus untuk bebudak yang dah memang cerdik. Kalau yang tertinggal mcm Abg Ngah... itu masalah mak bapak...bukan masalah cikgu..

Langkah pertama adalah mencari maid untuk membolehkan aku outsourcekan beberapa tugas aku. Nampaknya nak dapatkan khidmat Indonesian maid sekarang ni sama lah macam Hang Tuah pegi meminang puteri gunung ledang. Bezanya Hang Tuah bermodalkan peluh dan air liur saja. Nak dapatkan Indonesian maid siap lah berbelas ribu (RM). So, Indonesian maid dah not in my book. Aku tak mampu. 

Alternatively, aku mencari local maid. Merata aku advertise (bertanya). Sampaikan aku siap tinggal pesan kat kedai dobi lagi. Nobody interested. Nak dijadikan cerita, 2,3 minggu lepas (ahad), tetiba loceng umah aku berbunyi. Masa tu anak anak semua kat sekolah. Rupanya ada sorang makcik ni (she looks older than me) bawa anak pompuan age 7 untuk minta sedekah dari umah ke umah. Selepas dia bagi salam and jelaskan tujuan dia tu aku pun ambik kesempatan bertanyakan background dia sikit. Konon cerita, dia janda beranak 3. Dua lagi dah besar and tak duduk dgn dia. Anak anak yang besar pun hidup susah so tak dapat nak bantu dia and anak yg bongsu. So, dia terpaksa meminta sedekah. 

Dari pemerhatian aku, makcik ni sihat walafiat. Aku heran kenapa dia sanggup jalan minta sedekah. Apasal dia tak nak berjual nasi lemak or kueh kueh. Aku pun buat soklan cepu cemas. Aku mengoffer dia jadi pembantu umah aku. Dia bole datang pagi, balik petang kalau dia tak selesa nak stay ngan aku. Anak bongsu dia bole pegi sekolah sekali ngan anak aku (aku hantar). Aku kesian bebenor nengok budak 7 tahun yang diheret mak dia untuk minta sedekah guna sistem door to door nih.

Sedih aku, bila aku mendengar 1000 alasan yang diberi oleh mak cik ni. Sesetengahnya memang tak masuk akal. Then aku test lagi, aku tanya dia  nak tak tolong sapu kat belakang umah  sikit and aku akan bagi upah for that job. Dia jawab dia tak bole nak buat sebab dia plan nak cover (jalan minta sedekah) semua umah kat area taman aku nih. Ternganga aku dengar. Conclusion yang aku buat:
1) Orang kita pemalas- sanggup jadi peminta sedekah asalkan dapat duit dgn mudah.
2) Diaorang ni ada strategic mind set- dah siap ada plan berapa umah nak cover, and berapa banyak nak buat collection for a day.
3) Silap hb income diaorang lebih bnyk dari income aku.

Setelah gagal dgn Indon and local, langkah seterusnya adalah untuk mencari from Thailand. Proses pencarian sedang dijalankan oleh ejen 007 aku. Kalau ada yang berminat, aku kena proses sendiri untuk mendapatkan pasport and permit. Leceh sikit la...tapi nak buat cam mana kannnn.... Menurut ejen 007 aku, kos proses tidak lah mencecah ribuan ringgit and relatively murah la kalau dicomparekan dgn Indonesian maid. 

Few weeks after raya  aku akan dapat result tentang maid dari Thailand ni. Kalau ada rezeki aku adalah. Kalau tak, nampak gayanya aku kena buat plan B. Yang penting sekarang ni, aku berdoa dibukanya hati En Hubby menyokong tindakan aku ni. Selama dia kat Oz aku idak le cerita detail about usaha usaha aku kearah outsourcing nih. Malas nak menyerabutkan kepala dia yang pasti dah penuh ngan hal thesis.Harap harap terbukalah hati En Hubby untuk "mengendorsekan" project outsourcing aku nih. Muga Allah mudahkan segalanya......

Saturday, October 20, 2012

Hari Bz Sedunia

Dah hampir sebulan En Hubby kat Oz. Bermakna hampir sebulan gak la semua urusan jatuh diatas batu jemala aku. Addoiii...letihnya .... Aku rasa jarak umah ngan ofice yang more than 30 minutes menambahkan lagi tahap kepenatan aku ni. Itu belum lagi diambil kira faktor usia. Menguruskan anak anak yang berada di 3 peringkat yg berbeza (sekolah menengah, rendah & tadika) amatlah meletihkan. Menguruskan teratak aku ni pun dah rasa macam nak pensan. Itu belum lagi bab basuh kain, lipat kain, gosok kain. Bab kerja pejabat pun dah buat aku loya....

Hari ni adalah contoh hari bz sedunia. Pukul 5 pagi tadi aku dah bangun untuk marking kertas Quiz bebudak. Dapatlah marking separuh class. Ada lagi 3 class and 2 codes (4 classes) menunggu untuk dimark. Baru kejap tadi aku dah selesai buat breakfast kat bebudak. Kejap lagi pukul 8 pagi aku kena hantar Abg Ngah tuition. Then bergegas ke pasar. Balik tu aku kena rush untuk masak coz pukul 11.30 nak kena hantar Abg Long tuition. Pukul 12.00 t/hari ambik Abg Ngah dari tempat tuition. Pukul 12.30 t/hari kena bawa Nina pegi make-up and buat rambut coz petang ni dia ada concert. Pukul 1.30, aku kena pegi ambik Abg Long dari tempat tuition and juga Nina untuk balik lunch. Lepas zohor, around 2.30 aku kena  hantar Nina ke concert. Nina akan perform 2 acara, nasyid and menari Hindi. Dia dah beberapa kali pesan kat aku yang aku mesti tunggu sampai abis concert coz selama ni aku tak pernah dapat hadir masa sessi rehersal. Nampaknya aku akan berada di tempat concert sampailah pukul 8.00 malam ni. In between pasti aku terpaksa drive balik umah untuk beli dinner kat Abang Long and Abang Ngah.

Muga Allah bagi aku kekuatan....Penatnya jadi ibu tunggol........

Friday, October 19, 2012

Salahkah perasaan ini???

Sejak kembali bekerja perasaan tidak suka untuk pergi bekerja semakin membuak buak. Mungkin juga layanan yang diterima pada minggu pertama memberi kesan yang mendalam pada diri aku. Seperti yang pernah aku coretkan, aku dibiarkan terkial kial mencari bilik dan peralatan komputer. Nasib baik juga pengalaman yang dah berbelas belas tahun dalam sistem memudahkan aku untuk mendapatkan semua yang aku perlukan.Sekiranya aku tidak berusaha sendiri aku yakin silap haribulan aku masih berada dibilik gelap yang diberikan/dipanggil office itu. Hati kecil aku berkata, keadaan masih sama walaupun diglamerkan dgn penjenamaan baru dan pelbagai dokumen baru yang perlu diisi yang pastinya menambahkan beban kerja.

Kemudian apabila aku diamanahkan dgn tugas mengajar yang mencecah tahap maksimum. Aku makin kecewa. Seperti biasa alasan yang diberi adalah tidak cukup tenaga pengajar. Aku sendiri faham keadaan itu tapi persoaalannya sampai bila masalah tak cukup tenaga pengajar ni nak selesai. Telinga aku dah jemu mendengar dari zaman aku mula mengajar sehinggalah sekarang.  Dari hari ke hari hati makin tawar untuk ke tempat kerja. 

Sepanjang 3 bulan bekerja, aku melihat sistem "track" yang disediakan oleh pihak pentabir amat baik kalau diguna pakai.  Tapi apalah guna punya sistem yang indah dan baik diatas kertas sahaja. Aku tak nampak sebarang implementation dibuat. Aku mengambil kesempatan bertanya dengan otai otai yang terdahulu. Dengan sinis diaorang berkata "kitaorang dulu semangat gak nak buat research, nak ambik student, tapi jumlah jam mengajar tak kurang juga..biasalah atas alasan who wants to do the teaching work? kita tak cukup pensyarah...so sampai sekarang beginilah kami...buat setakat yang boleh...tak yah seksa seksa diri...". 

Aku juga mendengar cerita ada seorang pensyarah terpaksa bertegang leher, berkeras buku lidah untuk memastikan beliau dapat mengubah "track". Akhirnya beliau berjaya. Persoalan yang bermain diminda aku kalau lah sistem "track" ini betul betul digunapakai, apasal susah sgt nak ubah track. Ye lah, kalau tak layak lain cerita, tapi sepanjang yang aku tahu Si Pensyarah ni memang dah layak. Bagi je lah hak dia tanpa perlu dia berjuang bagai nak rak plak. Aku konpius....Cerita ini juga sedikit sebanyak mencalar semangat aku and beberapa yang lain untuk berusaha agar satu hari nanti kami juga layak untuk mengubah "track".

Jangan salah sangka, dari pemerhatian aku ada juga golongan yang selesa dgn keadaan ini. Kebanyakan mereka adalah golongan yang memang tidak punya hati untuk menulis atau membuat research. They love teaching work and golongan ni cakap diaorang pilih untuk bekerja di universiti ni pun sebab ianya teaching university. Don't talk about research or writing. Diaorang tak minat. Diaorang selesa dan tidak kisah diberi teaching load yang banyak. Tambahan lagi, teaching load yang banyak untuk semua pensyarah akan menjadikan golongan ini berada didalam keadaan /situasi yang sama dgn golongan yang layak untuk menjalankan research. Tidak ada apa beza. Pernah dengan sinis seseorang memberi komen direct kat depan muka aku " dah 3 bulan you masuk kerja, I tengok you sama je macam kami, in fact you punya loading banyak dari kami, kami tak nampak langsung macam mana you nak buat research/writing"....dgn senyum sinis dia menambah " sebab tu la we all tak nak buat PhD...buang masa saja".

Makin hari aku menjadi makin konpius.... Macam lagu Cinta Mukabuku tu..." banyak persoalan yang bermain diminda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja..." 

 Kekadang aku merasakan aku berada di sebuah organisasi yang menghadapi personality crisis.  Kalau manusia kiranya macam ada masalah kecelaruan gender gitu..... atau mungkin juga aku yang sedang hadapi "midlife crisis"...atau perasaan tak suka ke tempat kerja ni juga adalah aku punya " menopause symptoms"...Mungkin juga....


Friday, October 12, 2012

Dairi Aku Hari Ini

 Petang semalam before keluar office aku sempat bercakap dgn seorang rakan sekerja ( from science department). Dia bercerita dah banyak publication yang dia buat, tambahan lagi dia buat PhD by publication. Dia bertanya khabar aku. Dengan senyum tawar and nada kecewa aku bercakap, aku langsung tidak sempat untuk menulis sejak balik ke Msia. Hidup aku ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masa dipenuhi untuk buat persediaan mengajar.  Perlu ada persediaan b4 masuk kelas especially untuk subject final year. 

B4 meninggalkan aku, dia memberi sedikit nasihat " kak tak bole terus cam gini. You have to write. If not you rugi nanti...bla..bla..bla". . Member aku Mr FF pun dah banyak kali dok bercerita bab kepentingan menulis and menjadi penyelidik yang baik. Aku memang setuju 200% dgn apa yang dicakap. Aku pun sebenarnya sejak mula masuk kerja ni tercari cari masa untuk aku menulis. Jadi semalam aku drive balik dari tempat kerja dgn semangat baru. Esok aku nak mula menulis. Aktiviti yg dah lama aku tinggalkan. 

Sampai je kat umah my mom, report pertama yang aku dapat, Nina demam. The two boys ok, sihat tapi minta off dari study sebab diaorang nak tengok cd. So malam semalam  while the two boys enjoying their cerita ,aku temankan Nina kat dalam bilik and akhirnya aku yang tertidur awal daripada Nina. 

Seawal selepas subuh aku dah ready kat depan computer untuk mulakan kerja menulis. Then aku teringat yang aku perlu check chapter analysis En Hubby. Sekarang ni dia kat Oz, sedang menyambung perjuangan yang belum selesai. Terjumpa le plak few analysis dia yang aku rasa macam pelik. Disebabkan aku ni memang get excited with analysis, I start digging for answers.   Ding dong ding dong dah pukul 8.30 pagi. Bermula le plak adengan angkut anak anak pegi letak umah my mom coz aku kena pecut pegi kerja plak.

Lepas class, semangat aku duduk depan computer untuk membaiki paper aku yang dah lamaaaa terbengkalai. Tup tup..terpandang le plak kertas merah kat dinding. Deadline untuk hantar final exam qtn next week. Kami kat Universiti terbesar di Malaya ni memang ditugaskan untuk menyediakan exam qtns untuk 1 Malaya. Proses menyediakan soklan memang tedious tambahan lagi dgn adanya OBE. Akhirnya pada pukul 5 ptg tadi aku dah berjaya mengemail soklan kepada resource person. Pukul 5.30 ptg aku pun drive balik umah.

Lepas Maghrib tadi aku pun buka blog and terbacalah tulisan Mr FF mengenai hari Jumaat dia yang begitu productive. Aku pun terpanggil untuk bercerita about my Friday yang kalut ribut.....heeee. Yang pasti aku masih tercari cari masa untuk aku menulis. Aku harap aku dapat jumpa secepat mungkin. Nanti bole lah aku call Mr FF cakap  "kak dah antar untuk publication"....kih kih kih.

Ok., nak kena jadi cikgu tuition plak. Next week exam week.. Alamak...baru teringat aku janji dgn Abg Ngah nak terangkan cara nak buat laporan... Ok..chaow dulu..nak kena tanya Pak Cik Google jap format laporan UPSR....

Thursday, October 11, 2012

Apaaaraaaa........

Semalam saya terpaku mendengar arahan dari seseorang. Dah hampir 20 tahun bekerja, arahan bukan lagi sesuatu yang asing. Saya juga tidak ada masalah untuk menerima arahan. Sekiranya itu within my tugas, I will do it. No doubt about it. Yang mengenali saya akan tahu cara saya bekerja. 

Kes semalam agak berbeza. Arahan untuk membuat sesuatu yang BUKAN tanggungjawab saya. Orang yang dipertanggungjawabkan dengan senang hati dan tanpa rasa segan silu mengarahkan saya melakukan kerja beliau atas alasan beliau sibuk. Semua surat menyurat, lantikan dan sebagainya atas nama beliau TETAPI all the donkey jobs dia arahkan saya yang buat. Apahal plak tetiba gua ada dalam cerita lu... Waaa....ini sudah lebih babe!

Abis saya tak sibuk???. Saya ditugaskan mengajar 3 subject baru and loading kerja yang tak masuk diakal (18 jam teaching +2 jam supervision). Bila saya mengingatkan beliau about perkara ni, dengan selambanya dia bercakap yang dia tak nampak pun saya bz. In fact, dia nengok saya sempat buat talk and sempat nak mohon grant research. Masa ni temperature saya dah naik mencanak canak. Saya sebenarnya dah hangin satu badan. Tapi akal saya ni cakap buang masa je bercakap ngan orang cam gini. So, saya pun cakap ngan dia "Sorry, saya tak nak buat" and "you nampak saya tak bz and saya sempat buat benda benda yg you tak buat because saya ada PhD and bukannya LLB (Look Like Bz)"...and saya belah .....

Ni nak masuk sessi leteran. Org yang tergamak mengarahkan saya ni punya personaliti yang amat mulia. Penuh sopan santun, tertib berbicara apatah lagi bila menyentuh soal soal agama. Saya pula, tak payah nak tulis panjang lebar lah kaannn....kalau udah dari first degree sampai ke PhD dok merantau dari benua Eropah ke benua Ostolia, tak kan le nak ada personaliti ustazah plak... Abih baik pun nampak ala ala Aishah or Abby Abadi je la....

Tetapi, seburuk buruk saya ni, saya amat particular bab tanggungjawab. Bagi saya hidup kita atas mukabumi ni dihitung semuanya.  Kalau kita tak jalankan tanggungjawab maka kita juga akan dipersoalkan kelak. Tambahan pula bila dah diberikan pangkat and darjat. Sepatutnya golongan ini perlulah menjalankan tanggungjawab setimpal dengan pangkat dan gaji yang diberi. Bukannya pass kan kerja kat orang and enjoy your status..

Haisshhh....geram betul...yang herannya kalau bab pakai lipstick bole plak jadi issue dosa/pahala....abih kalau asyik ngelat kerja......itu tak dikira dosa/pahala ke????Aparaaaa......


Sunday, September 30, 2012

Don't test my patience !!

My words of warning
 .

In case you have forgotten one important law in life

Sunday, September 23, 2012

Aku Bz



Semester baru start 10hb ari tu. I need to teach 18hrs/week (3 different subjects). Subjects tu plak aku tak penah ngajar sepanjang hayat aku. On top of that, aku ada 2 hrs supervision/week ngan bebudak Bachelor degree. In total aku punya loading rasmi je dah 20jam. Itu belum ambil kira tugas nak prepare exam qtns untuk satu Malaya and all other clerical work. Sejak masuk keja ni, aku terperasan yg beban lecturer makin bertambah tambah. Kekadang terfikir gak aku, apasal le gomen antar aku buat PhD, kalau le begini bnyk clerical work yg nak kena buat, baik antar je pensyarah ke "kursus pengkeranian". 

Knowing aku plak, yg tak reti nak duduk diam (symptom PhD ni...). Aku dah initiate plak satu series of motivational talk/Sharing Series with the objective nak galakkan more of my faculty members embark on PhD journey. Every month ada 2 hrs session specially design untuk lecturer yg belum ada PhD and yg muda muda. Alhamdulillah, boss aku menyokong project ni, siap tanya lagi incase nak kena bayar ke nak budget ke or apa apa yg sewaktu dgn nya. Jawapan aku mudah je, free of charge-pojek amal aku.. Maklumlah aku takut nak p Palestine...heeee.

Apasal aku gatal buat benda ni??? Banyak sebab sebenornya tapi yg utama sekali, aku rasa le kalau la aku dulu diberi pendedahan about PhD tentulah dah lama aku buat, idak le tunggu usia senja baru nak buat. Dah la competition nak dapatkan scholar kat Uni aku lebih kurang sama macam Chong Wei nak rebut Gold dalam olympic ler. Perit beb!!. Maklumlah Uni "terbesar" di Malaya. Ibarat datang dari keluarga yg ada 12 adik beradik. Income mak bapak plak limited. Jadi  kehidupan agak sukar kalau nak banding ngan family yg hanya ada 2 anak. 

Bila dah most of time kat opis tu  devoted to teaching (nak buat cam mana kan...nama pun tugas hakiki), bila masa aku nak menulis??? Dah sebulan lebih aku tak dapat nak habiskan proposal nak minta grant untuk research. Kerja yg aku rasa aku bole siapkan dalam masa 3 hari, now ni dah jadi macam impossible le plak. Aku punya kerja menulis lain pun terbengkalai... Aku sebenarnya tercari cari, waktu mana yg membolehkan aku buat kerja kerja research & penulisan nih???Lagi satu yang aku herannya, most of the days pukul 7 pagi aku dah drive to office ( 45 minutes nak smpai ye), then around 6 or 7 ptg gak la aku sampai umah, aku selalunya hanya sempat makan sekali je around kul 11 pagi gitu, persoalannya apasal bila aku naik penimbang, berat badan aku tak turun  turun ????...aku makin stress.....

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri 2012

Semenjak dua menjak usia mengenjak ke senja ni, excitement nak sambut raya dah makin kurang. Tambahan plak dah 3 tahun sambut raya kat perantauan. Selama 3 tahun tu juga aku rasa amat seronok sebab tak yah kelam kabut bab nak raya. Pakai je apa yang ada and makan/masak aje apa yang ada. Tak yah buat budget untuk duit raya. Hidup begitu sempoi. Aku sukaaaaa....

Tapi bila dah balik sini, kenalah juga sesuaikan ngan environment sini kan. Nak tak nak, biscuit sejenis dua nak kena beli jugak kan. Tak kan le tetamu dtg aku nak hidangkan kacang and coklat plak.   Harus aku jadi bahan umpatan jiran tertangga.

Bab biscuit raya aku tak risau. Start je kerja ari tu, ramai tokey tokey biscuit ni yang dtg promo biscuit diaorang. Aku order je. Idak la banyak sebab En Hubby and anak anak tak minat makan makan biscuit ni. Diaorang minat makan benda benda berat (bukan batu le..). Tapi bagai dikata la kan..tak cukup syarat raya la kalau tak ada biscuit raya. So, settle bab biscuit raya. Legaaa....

Bab langsir and sebagainya. Aku tak yah pikir. Entahle...gamaknya otak aku ni sempoi kot. Dari mula kawin lagi En Hubby tak yah risau aku nak menukar langsir or nak beli perabut baru tiap kali raya. Prinsip aku selagi bole guna, guna je lah..pekdah apa nak buang duit tukar. Kalau boring, aku adjust or pusing pusing je kedudukan perabut. Inject mood baru. 

May be juga background accounting aku menyebabkan aku ada elemen kedekut sikit kalau bab berbelanja.Tambahan plak, aku baru balik ke Msia ni,masalah umah sebenarnya belum settle lagi. Cuma aku teringin nak letak bunga kat dalam umah ni. Tapi rasanya idak le sempat untuk aku upah org untuk buat flower arrangement. Kan ke dah nak raya. Untuk buat arrangement sendiri, aku tak mahir. Tangan bangku...

Duit raya. Seawal hari pertama bank declare dah bole tukar duit raya, En Hubby dah settle benda benda nih. Mesti you all ingat En Hubby efficient. Jangan terpedaya. Bab duit raya ni memang dia settle awal coz dia hanya tipon je kawan dia (manager bank). Duit raya akan disettlekan during teh tarik session lepas terawih. Tak yah le beratur bagai kat bank.

Baju raya. Sejak balik sini kan ke banyak sgt benda yang terjadi. Tambahan plak for the last two weeks aku dok ulang alik spital. Anak anak aku kena nabulizer sehari 3x, so aku macam terlupa nak pegi upah buat baju raya. Nak plak dalam kesibukan dan kekalutan, aku terlupa nak bincang ngan En Hubby tentang tema warna baju raya. Last minute memandangkan lepas raya ni anak sedara En Hubby akan berkahwin and temanya warna grey maka En Hubby pun keluarkan circular mewartakan warna grey sebagai warna tema demi untuk menjimatkan ekonomi rumah tangga. 

Sempoi je nak settlekan baju bebudak and En Hubby. Baju ready-made berlambak lambak warna cam gitu. So dapatlah baju untuk diaorang semua. Malangnya sehingga semalam aku belum lagi jumpa yang sesuai. Yang aku berkenan and quality kain elok, idak le plak ada saiz.Maklumlah aku kan punya ketinggian cam "miss world". Rata rata yang dijual  idak mencecah tahap "miss world". Adoiiii....

Sebenarnya,  idak le aku kisah sgt bab bab baju raya ni, hatta kalau pakai jeans pada hari raya pun aku alright je. Tapi yelah kan...kita ni hidup bermasyarakat.  Idak le manis kalau aku yang dah senja ni pakai jeans pada hari raya. Demi untuk memastikan aku memakai pakaian yang diterima oleh masyarakat keliling , aku dah declare akan pakai je memana baju kurung yang ada dalam stok aku. Nampaknya, caca merba lah konsep raya this year.....

Ok, kepada semua Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

Thursday, August 9, 2012

Happy Birthday Nina

Ari ni birthday Nina. Memandangkan sekarang ni Ramadhan, Mama dah beli kek chocolate moist from secret recipe untuk dibawa ke sekolah ari ni, bolelah Nina potong kek and celebrate birthday ngan kenkawan yang confirm tak puasa. Semalam dia ikut pegi tempah cake kat secret recipe. Dia cakap kat semua staff secret recipe tu yang esok birthday dia. Siap pesan lagi kat yang ambik order cake tu " don't forget to write number 6  and not 5 on my cake, sebab tomorrow saya dah besar". Adoiii....

 Sebenarnya ini adalah birthday kek yang ke 4 untuk Nina tahun ni. Macam mana jadi 4 kali? Apa taknye, bila birthday Abg Long, Abg Ngah and Papa, Nina pun claim ari tu birthday dia juga. Dia la juga yang akan potong kek and nyanyi lagu birthday lebih meriah dari org yang birthday plak. So, setiap kali celebrate birthday ada 2 cake la... satu untuk Nina potong...and satu untuk yg sambut birthday...

Dia dah tipon my mom asking about hadiah birthday. Sian la org tua tu..letih posa then di asak plak ngan soklan cepu cemas dari Nina. Weekend ni, dia dah plan nak tanya Achu and daddy plak about her birthday present.. To mamacrocs/Nuk Nuk....nasib baik le awak dok kat UK...kalau tak Nuk Nuk and Pak Nuk pun akan jadi target si Nina......

Wednesday, August 8, 2012

Dah Dapat..

Alhamdulillah....yesterday I have succeeded in my mision to get an office with the internet connection  . Although I really don't like the "terjah" approach but I think sometimes you have to apply that to survive.  Betullah., the information given by my ejen 007....that particular office tu memang dah lama kosong. The funniest thing was that, the person in charge asked me "how do you know about that office?". I walked away with my sweetest smile ever and gave a brief answer " from my 007". ....hahaha.

Enough with the first two weeks of "ding dong ding dong session". I have successfully handled the very first hurdle and keep telling myself many more are coming. No worries..... from now on I will go with the flow but I just want to stress that I really hate office politics. Please don't include me in any of your politics games. I am not interested at all. I just want to do my academic work. I have my own mission to accomplish. But, having said that please don't push me too far because you will never know my reaction towards that.....hahahaha.

To the readers, this would be my last posting regarding the "ding dong ding dong story". Personally I don't like writing this but  I need this posting for my personal record. Nanti bila dah pencen and tua, bole citer kat anak cucu tentang cabaran di tempat kerja. Bole jadikan ikhtibar, the dos and the don'ts...hahahaha..










Saturday, August 4, 2012

Mengatur Strategi

Confirm internet port kat bilik aku memang rosak and diaorang tak boleh (tak nak??) baiki. Aku pun dah berjumpa big boss. Jawapannya sama, suruh aku berhubung ngan pihak XXX. Then minta aku sabar and tunggu sampai end of September so that ada satu bilik akan dikosongkan. Then dia dok cerita kat aku tentang project yg dah diluluskan. Aku tak minat nak dengar pasal project "mega mall" ke apa ke, yang aku pikir sekarang ni aku nak bilik yang boleh guna computer & internet. Svsor aku pun dah dok email suruh aku seriously think about getting my work published. Lecture notes untuk 3 code/ subjects baru pun aku tak buat lagi. September dah nak masuk class. Banyaknya kerja yang ada dalam kepala otak aku nih. 

Hujung next week dah ramai ambik cuti. Member member aku pun cuti, meaning hilang lah tempat aku menumpang teduh untuk menggunakan computer...heeee. Aku plak tak ada cuti (tinggal 13 hari je cuti tahunan aku). So aku kena pegi kerja sampai saat saat akhir coz aku kena spare cuti untuk emergency mengadjust/handle  anak-anak aku bila En Hubby fly to Perth nanti. 

Aku kena bertindak dengan cara sendiri nampaknya.Tak leh nak ikut procedure. Tak leh nak senyum senyum and angguk angguk kepala lagi. For my survival, aku dah nak kena buang mood "ombak rindu", aku nak kena ambik mood " KL Gangster".  

Yesterday ada information yang aku dapat. Konon cerita, ada satu bilik ni memang kosong for quite sometimes. Tetapi tak pasti la kenapa pihak yang bertanggungjawab tu TAK declare bilik tu as bilik/office kosong. Maklumat yang aku dapat dari ejen 007, kunci bilik tu hilang. 

Tindakan pertama aku next Tuesday (Monday cuti daaa), aku akan p mengecheck status bilik tu sendiri, Kalau betul le, bilik tu kosong, aku akan minta pihak maintenance pecahkan kunci bilik tu and buat kunci baru. Kalau diaorang tak nak buat (biasalah diaorang mesti nak tengok borang berkajang kajang dulu kannn..) aku akan bawa tool box dari umah. Aku akan cuba apply bakat "Mc Gyver" aku. 

Harap harap betullah maklumat yang ejen 007 tu bagi. Jangan nanti, bilik tu memang dikosongkan and tak dideclare kosong pasal bilik tu berhantu sudah.....habislah aku nanti.....dapat mood "kekasihku seru" plak...addoiiii.....

Friday, August 3, 2012

Mazhab baru

Dah genap seminggu aku mulakan kerja. Masa banyak dihabiskan kehulu ke hilir cuba melengkapkan pejabat uzurku dengan kemudahan asas. Sehinga petang semalam, aku dah berjaya mendapatkan sebuah komputer (agak lama) teapi masih gagal untuk dapat capaian internet. Kononnya "internet port' kat bilik aku tu rosak le plak. Aku juga telah request diaorang install SPSS, AMOS and EndNotes dalam computer tu. Bila aku check, SPSS + AMOS di install tapi tanpa memasukkan licence code. Jadi aku tak leh nak guna lagi. Kena plak inform diaorang sekali lagi. EndNotes plak langsung tak diinstall, walaupun aku dah tulis semua software yang aku nak atas borang yang disediakan. Frankly, aku dah LETIH dgn perkara remeh temeh ni. Harap harap by next week aku nak start buat kerja kerja aku.

Dalam aku dok roaming around the campus untuk menyelesaikan masalah office aku, terserempaklah dgn ramai pensyarah. Ada anatara mereka yang sedang buat PhD. Dalam perbualan, banyak yang diluahkan. Rata rata menceritakan benda yang hampir serupa. Antara fahaman mereka:
1) Tajuk  PhD ni kena yang gah and catchy.
2) Untuk membolehkan pembentangan proposal, kena siapkan 3 chapter pertama.
3) Siapa yang abih cepat (within 3 years), dianggap bijak bistari.
4) Supervisor memainkan peranan yang amat penting.
5) Mereka langsung tak faham/ tak tau about research paradigm.
6) Masih menggunakan cara analysis zaman "tok kadok".

Aku rasa la kan, persepsi yang tak berapa tepat ni patutlah di ubah.
1) Tak payah lah buang masa berbulan diawal pengajian untuk mencari tajuk yang gah. Yang patut difokuskan diawal perjalanan PhD ni adalah mencari "gap" kajian. Sebab tu lah sepanjang kita buat PhD, tajuk thesis tu kita referkan as working title. Bila nak submit nanti barulah kita finalisekan tajuk thesis.

2) Dah namapun proposal, apa ke hey nak siapkan the first 3 chapters?. Proposal ni kena ringkas, tepat and padat. Kalau dah beratus muka surat, idak le dinamakan proposal, itu dah jadi macam cerita sains fiksyen le plak. Pegi baca blog FF, dai pun ada dok cerita pasal benda ni.

3) Tempoh pengajian tidak langsung reflect kebijaksanaan seseorang calon PhD. Kena faham, setiap kajian berbeza. Orang yang buat longitudinal study, udah pasti akan mengambil lebih masa untuk collect data dari yang buat cross sectional study. Yang buat satu method je mestilah reorting dia lebih pendek kalau nak dicomparekan dgn yang buat mixed method. Yang guna software terkini untuk buat analysis sudah pasti akan mengambil lebih masa dari yang guna software zaman Hang Tuah/Tun Teja. Yang guna secondary data saja plak, mestilah cabarannya berbeza dengan yang guna primary data.

4) Tak dinafikan supervisor memainkan peranan yang AMAT penting. Tapi jgn le plak calon PhD menjadikan supervisor sebagai tunggak utama dalam kajian. Calon PhD kena lah berusaha mencari alternative source of information kalau supervisor kita tak mahir tentang sesuatu perkara. Dunia di hujung jari anda. Memang la tak syok, bila ini berlaku, tapi kita kena lah ada sense of survival sikit and supervisor pun bukannya superman. Ada juga yang tak paham apa yang direport dalam thesis sendiri atas alasan "supervisor saya yang suruh tulis cam gini". Tak bole lah cam tu, thesis anda tanggungjawab anda le!

5) Posting saya suatu ketika dulu ada enceritakan bab research paradigm nih. Ada yang cakap "saya buat mixed method, tapi saya tak tau nak report cam mana?". Haaa...anatara sebabnya calon PhD tak faham kenapa dia buat mixed method, so bila nak buat reporting start le meraban. Memahami paradigm dapat membantu kita memahami hala tuju reseatch kita.

6) Memang le tak salah kalau nak guna cara analysis zaman tok kadok. Macam bercinta lah juga. Zaman sekarang ni, org antar sms, tipon or email je bila nak cakap ngan gilfriend. Tetiba kita ni still dok tulis surat berkajang and dok tunggu khidmat pak cik postman. Tulis plak dalam tulisan jawi. Gilfriend yang nak baca surat tu plak buta jawi and dah ada I-Pad...emmm...Parah le jawabnya...

Aku tengah mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan benda benda ni... Maklumlah takut nanti "mazhab baru"  ni dianggap "ajaran sesat" le plak.....






Sunday, July 29, 2012

Hari Pertama

Jumaat lepas (27 Julai 2012) adalah hari pertama aku kembali bertugas. Setelah lebih 3 tahun membawa tiket student (or lebih tepat full time house manager), untuk kembali bekerja bukanlah sesuatu yang mudah. Penat juga nak menerangkan pada Nina yang Mama kena pergi kerja and balik ke rumah pada waktu petang. Ketika aku mula cuti belajar, usia Nina baru 2 tahun lebih. Then aku sentiasa bersama dia. Hanya tinggal sekejap sekejap untuk ke universiti since aku memang belajar dari rumah. Sekarang ni Nina still tak dapat terima yang aku kena keluar ke pejabat dan akan hanya pulang ke rumah pada waktu petang. Nak pula hari pertama untuk lapor diri jatuh pada hari Jumaat and Nina tak bersekolah. 

Tahun ni adalah tahun ke 19 aku berkhidmat. Sedikit sebanyak aku dah bole jangkakan apa yang akan berlaku pada hari pertama aku melaporkan diri. As expected, tiada office kosong untuk diberikan kepada aku. Office aku dulu terpaksa diserahkan kepada pensyarah lain kerana pihak universiti memang menghadapi masalah untuk menempatkan pensyarah. Untuk tidak menghampakan aku (or may be diaorang kesian untuk biarkan aku "floating" around the campus), aku telah diberi satu bilik kecil yang dah lama terbiar di salah sebuah bangunan yang menempatkan makmal komputer. Keadaan bilik yang terletak ditingkat satu di hujung bangunan makmal komputer itu memang amat uzur. Terdapat sebuah meja pensyarah yang dah agak uzur dan dua rak buku. Aircond yang ada adalah aircond yang mungkin tak pernah dilihat oleh anak anak aku. Aircond lama yang berkotak kayu yang dilekatkan ke dinding. Telefon yang disediakan pun may be telefon di era 80-an. Paling best bilik tu tak bertingkap/bercermin. Tingkap yang ada telah disealkan dgn kertas warna hitam. Pendek cerita aku memang kena on kan lampu 24 jam kalau berada didalam bilik. Kalau tak rasa macam nak bernafas pun tak lepas. Lokasi dan keadaan bilik memang sesuai untuk shooting drama seram. 

Pegawai yang ditugaskan untuk menyerahkan kunci bilik tu dgn nada simpati dan muka yang tak sampai hati berkata "Maaf, ini saja bilik yang ada, diharap Dr dapat gunakan bilik ini sementara menunggu kekosongan  bilik di bangunan Akademik". Aku pun cakap ngan dia " Bila agaknya nak ada kekosongan di bangunan Akademik?". Dia menjawab " Maaf, saya tak pasti tapi Dr jgn risau kalau tak ada kekosongan, pihak universiti memang telah mendapat kelulusan untuk menambahkan bangunan untuk menempatkan pensyarah, tapi saya pun tak tau bila projek bangunan pensyarah tu nak bermula". 

Memandangkan aku dah 19 tahun berkhidmat dan paham dgn situasi sebenar, aku hanya tersenyum dan menjawab " Tak apa, alhamdulillah saya dapat bilik ni, sekurang kurangnya saya tak payah "floating" kat dlm campus". Pegawai tu pun, tersenyum lega. Pada sebelah petang, big boss pun telefon memaklumkan yang bilik itu adalah bilik sementara. Beliau akan berusaha untuk menempatkan aku di bangunan akademik/blok pensyarah pada pertengahan bulan Sept. Aku mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan beliau mengenai perkara tersebut.

Selesai bab bilik, aku buat permohonan untuk dapatkan komputer plak. Tanpa bertanya lanjut, pegawai yang bertugas tu mengeluarkan pelbagai borang untuk aku isi kerana menganggap aku ni pensyarah baru ( kira awet muda jugalah aku nih...heee). Akhirnya terpaksalah aku menerangkan yang aku ni pensyarah tua yg baru tamat cuti belajar. Beliau memaklumkan " Maaf, kami memang tak ada computer, paling awal pun nak bole dapat komputer selepas hari raya". 

Work load plak, setakat hari Jumaat tu aku dah diberi 3 subjek untuk peringat Sarjana Muda (bermula September). Next week, pihak yang bertanggungjawab akan putuskan samaada aku juga akan ditugaskan mengajar peringkat Diploma ( bermula immediately) atas alasan pihak fakulti menghadapi masalah kekurangan pensyarah. Sekiranya ini berlaku, bermaksud aku akan jadi makhluk "dua alam" (mengajar diploma + ijazah). Kesannya aku tidak akan ada cuti or bahasa yang lebih indah sukar untuk bercuti sepanjang tahun kerana intake/ semester diploma and ijazah berbeza. 

Kepada yang membaca, inilah realiti dunia universiti. Kalau anda diluar sana yang mengimpikan pekerjaan yang glamour dan duit ringgit yang banyak, dunia akademik bukanlah dunia yang sesuai dgn anda. Untuk diri aku sendiri, berakhirnya tempoh cuti belajar bermakna berakhirlah sebuah mimpi indah yang panjang.... 






Saturday, July 21, 2012

Dia pergi jua.....

Akhirnya pada 2 Julai lepas kakak ipar saya telah kembali mengadap yang Maha Esa. Kami sekeluarga redha atas pemergiannya. Tapi sebagai manusia, setiap hari ingatan terhadap dia masih jelas diminda dan terbayang di mata. Tepat seperti yang dikatakan orang, kita tidak akan tahu sedalam mana kasih dan rindunya kita pada seseorang sehinggalah kita kehilangan orang tersebut. . Itulah yang sedang saya alami.

Saya sedikit ralat kerana tidak memeluknya sebelum meninggalkan hospital pada petang Sabtu (hari pertama beliau dimasukkan ke wad). Ketika itu, beliau masih sihat walafiat walaupun kelihatan sedikit letih dan pucat. Petang itu Nina masih sempat berbaring dan bermanja dengan beliau di atas katil hospital. Sebenarnya saya sedang berperang dengan perasaan sendiri pada petang tersebut. Ketika hendak melangkahkan kaki meninggalkan hospital,ada bisikan kecil dihati saya yang menyuruh saya memeluk, mencium dan memohon maaf dengan beliau. Tetapi akal saya pada ketika itu menahan diri dari berbuat demikian. Akal saya kuat mengatakan sekiranya saya memeluk, mencium dan memohon maaf dengan beliau tentu sekali perbuatan tersebut mengundang sangsi dimata abang, mak serta ahli keluarga lain. Beliau sendiri pun mungkin akan berasa pelik dengan tindakan saya. Akhirnya saya akur dengan kehendak akal. Saya tidak memeluk beliau tetapi hanya memaklumkan yang saya terpaksa pulang dan akan datang lagi keesokan harinya.

Sejujurnya walaupun dia hanyalah seorang kakak ipar, bagi saya dia adalah kakak saya. Jarak umur yang hampir menyebabkan saya selesa untuk bercerita dengan beliau. malah saya sebenarnya lebih banyak meminta tolong atau bercerita dengan beliau dari abang saya sendiri. Saiz badan kami yang hampir sama menyebabkan kekadang almari bajunya menjadi "butik saya ketika "emergency". Dia jugalah yang selalu membantu untuk membelikan tudung buat saya. Tambahan pula saya memang malas/ kurang berminat untuk kekedai memilih/membeli tuidung. Saya hanya membayar duit kepada beliau dan beliaulah yang akan memilih/membeli tudung buat saya.

Ketika saya menyambung pelajaran ke peringkat Master, selain mak dan aruah abah, abang saya dan beliau jugalah yang membantu menjaga Abang Long. Kebetulan pula ketika itu beliau belum lagi dikurniakan anak. Terkini, dari bulan November lepas sehinggalah tarikh saya kembali ke Msia (April), dia jugalah yang membantu mengenai persekolahan Abg Long. Abang Long sendiri pun dah mengaanggap beliau lebih dari mak saudara. Tambahan lagi semua anak anak saya membahasakan "mummy" dan " daddy" kepada beliau dan abang saya. Terlalu banyak jasa beliau didalam hidup saya.

Saya sebenarnya bukan saja kehilangan seorang kakak tetapi juga seorang kawan tempat mengadu. Tiada lagi senyuman atau tawa kecil ketika saya kelam kabut mencari baju/ tudung untuk menghadiri jamuan or majlis majlis. Tiada lagi tempat rujukan saya tatkala saya pening mengenai persekolahan anak anak. Anak anak saya juga kehilangan tempat bermanja sebagai ibu "kedua" mereka. Saya dan anak anak amat terasa akan ketiadaan beliau. Kekadang terfikir juga, kalaulah boleh berbual dan berdakap mesra walaupun seketika cuma mungkin akan terubat rindu dihati. Tetapi siapalah kita untuk menidakkan kehendak Allah.

Setiap kali selepas solat, dia berada didalam doa saya. Saya mendoakan agar dia, aruah abah, ayah dan chek ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Muga dia mendapat segala kesenangan disana. Saya juga mendoakan agar Abang saya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan mendidik anak tunggal mereka tanpa dia disisi.....

Thursday, June 28, 2012

Out of box...In the box...OR... No box at all...

Lokasi:  Dalam kereta masa ambik dari sekolah

Abg Ngah:      Mama, today I talked about cita cita at school.
Mama       :     Abg Ngah nak jadi apa?
Abg Ngah :     when I grow up I nak cipta video game yang player bole masuk dalam dia. So player akan rasa betul betul thrill of playing the game.
Mama       :        Cikgu cakap apa?
Abg Ngah :       Cikgu cakap, macam mana kamu nak buat, benda tu tak kan bole buat.
Mama       :       Abg Ngah jawab apa kat cikgu?
Abg Ngah :      Sekarang saya tak tahu nak buat, nanti besar saya tahu la mcm mana nak buat.
Mama       :    adoiii...Abg Ngah, may be next time Abg Ngah diam aje bila cikgu cakap apa apa.
Abg Ngah :     Mama tak percaya ke, kita bole buat game macam gitu??
Mama       :     Tak pa ..tak pa...lambat lagi Abg Ngah nak besar...nanti Abg Ngah dah besar, nak buat game tu kita cerita balik ok....
Mama      :   Org lain cakap diaorang nak jadi apa?
Abg Ngah :   macam macam...cikgu, polis, doktor....


Dalam hati Mama: Adakah anak ku berada dijalan yang betul??....bertambah penat otak mama Abg Ngah ooiiii.......

Wednesday, June 27, 2012

Dugaan

Belum sempat mak saya sembuh 100%, family kami di duga lagi. This time my sister in law kena stroke. She is only 46 years old. Bermula dari hari Sabtu lepas, kami berkampung lagi dihospital. At first she was admitted to KMC. Lepas masuk ICU and results keluar, operation untuk buang darah beku di otak tak dapat dijalankan di KMC. Dia ditransferkan ke GH. 

Walaupun pihak Dr tidak memberi harapan yang tinggi, pihak kami tak putus putus berdoa untuk dia. Pembedahan berjalan lancar walaupun mengambil masa yang amat lama dari apa yang dijangkakan oleh pihak Dr. Sekarang beliau masih koma dan masih berada didalam keadaan kritikal. Siang malam saya memanjatkan doa agar dia dapat dipulihkan. Nampaknya, dihujung hujung perjalanan PhD, Allah memberi dugaan yang amat hebat untuk kami sekeluarga......




Friday, June 8, 2012

Alhamdulillah...

Yesterday during lunch hr saya dah dapat email dari my svsor informing about my result. Alhamdulillah...my PhD journey dah nak sampai ke garis penamat. Now ni tengah tunggu examiners' report. My svsor informed result je dulu and cakap will send the report kemudian. Saya berdoa agar minor correction tu betul betul 'minor'. Walaupun dah hampir tutup buku, bnyk sangat lagi yg saya perlu belajar. Saya berharap saya dapat curi masa untuk belajar ilmu research and writing dalam kesibukan bekerja nanti.

Tetiba saya terkenang aruah Abah saya. Alangkah seronoknya kalau dia ada bersama ketika ini. Semuga dia berbahagia disana. Saya juga berdoa agar Abg saya yang juga sedang menunggu result PhD akan berjaya dgn cemerlang. To my adik ipar (En Amin) and En Hubby teruskan perjuangan, Sikit je lagi....Hopefully by next year mak bole tersenyum girang dgn kejayaan anak menantu menamatkan PhD memasing. InsyaAllah...

Wednesday, June 6, 2012

Jadi Misi

Since last Thursday saya jadi misi /nurse jaga my mom yang dilanggar motor. Budak yang bawak motor tu baru Darjah 6 and bawa plak member sorang. Kaki pun tak berapa sampai. Bawa plak mcm Mat Rempit, so bila dah laju sgt, hilang kawalan, panik, kaki pun tak berapa sampai tanah , jadi dirempuhnya my mom yang kebetulan berdiri kat depan umah.

Abih sebelah badan my mom luka luka. Satu jari kelingking patah, dagu patah, rahang patah and tulang pipi patah. Since Thursday juga la dia hanya makan porridge. Tak bole kunyah langsung. Sepatutnya yesterday dia buat operation untuk betulkan rahang, tapi dia still takut..jadi sekarang ni we all adik beradik dalam usaha memujuk dia untuk buat operation kat rahang. Disamping tu, we also try la cara alternative. Mohon Allah permudahkan and pulihkan dia.

Back kepada budak haprak tu, adaka patut si Bapa budak tu bila jumpa saya bukannya nak minta maaf ke apa ke, dia bole plak cakap " alaaaa....sikit saja". Sikit???? habih patah sebelah muka, sebelah badan lebam and luka luka and jari patah, bole lagi dia cakap sikit!. My brother and En Hubby cakap, kalau ikut hati mau diaorang bagi sebiji dua kat Bapa budak tu dulu. Tapi memikirkan negara kita ni ada undang undang, diaorang buat cara undang undang la.

Menambahkan geram dihati, Si Bapa ni dah berpuluh kali dinasihatkan oleh jiran tertangga pasal kes biarkan anak anak (dia ada 9 anak) bawa motor and merempit merata ceruk kampung. Tapi Bapa and anak sama saja. Tak makan nasihat. Baru 2 bulan lepas, anak perempuan dia bawa motor, merempit dan melanggar kereta seorang jiran (tengah parking kat umah). Si Mangsa ni pun pegi la mengadap Si Bapa untuk minta ganti rugi. Ada ke patut, Si Bapa cakap dengan selambanya dia tak ada duit nak bayar.

Entahle.... bila la agaknya orang kita ni nak berubah????

Tuesday, May 29, 2012

Bila nak menulis nih??


Dah sebulan berlalu. Paper paper journal yang terbengkalai masa kat Perth belum lagi disentuh. Masih tercari cari waktu yang sesuai untuk memulakan kerja kerja menulis. Nampak gaya macam nak kena bangun early in the morning juga kalau nak kerja kerja menulis tu bergerak. Problemnya kalau dulu kat Perth, bangun pukul 3 pagi bukan masalah sebab saya akan tidur awal. Di sini tak nampak jalan nak tidur awal. Banyak betul yg nak dibuat. Nasib baik gak this week dah start cuti sekolah. Bole relaxlah sikit. Kalau tak I bz mengalahkan Kak Mah and Bang Najib. Mana tak nye, selain dari jadi house manager ,I juga jadi ustazah,  jadi cikgu tution kat bebudak 3 orang tu and kekadang  kena jadi 3rd supervisor plak untuk En Hubby. emmmm....harap harap by June I dah dapat start my activity menulis...

Monday, May 21, 2012

oooopps...bahaya tu

Abg Ngah baru masuk minggu ke dua bersekolah disini. He is trying his very best to adjust to the system. Baru nak adjust dah masuk  exam week plak. This morning Abg Ngah sat for BM1 &2, Mths 2 and lukisan. Last nite, I cuba bagi satu soklan BM (penulisan), kononnya nak practice. He need to write 5 sentences. Lepas 10 minit, I nengok dia tulis 5 sentences in English. Rupanya dia langsung tak tau nak bina ayat in BM. emmmm...last last I cakap ngan Abg Ngah, tak yah lah risau...pegi aje sekolah esok and tulis je whatever yg Abg Ngah paham.

Dalam bz dok mengadjsutkan diri ni, sometimes I pun pening dengar ayat ayat dari Abg Ngah. Last week dia tanya, 'Mama, how to become a pengawal at school?". Pelik, I pun tanya balik "Why do you want to become a Pengawal?". Dia jawab, "I like their uniform, they look smart in their vest". Then baru lah paham sebenarnya bukan pengawal but pengawas.

One day dia cakap " Mama cikgu cakap semua buku kena lipat". I tak faham and asked him to show me how to lipat the books. Rupa rupanya , is not lipat but balut. Addoiii....

Tapi ayat ari ni yg buat I terkejut King Kong. Dia cakap" Mama, ari ni ustaz cubit burid perempuan dalam kelas adik". This time I memang tak boleh control gelak dah lah... I pun cakap ngan dia, it is not burid but murid. Then terus I buat suggestion, may be Abg Ngah tak yah guna perkataan murid yet but you can use pelajar. Risau amat I, manalah tau dia tersalah guna perkataan tu masa bercakap kat sekolah...tak ke jadi kes naya nanti......

Sunday, May 20, 2012

Jalan jalan cari makan

Petang Jumaat lepas En Hubby and I "roaming" around Jitra with the objective to find out tempat makan yg menarik. Based on information given by my mom, we all pun smpai le kat satu kedai makan ni. Location dia cam ok gak, tempatnya sunyi and sesuai gak kalau nak bawa bebudak makan. Food plak idak le super duper yummylicious but could be considered in the "Boleh lah" category.

Masa nak buat payment, En Hubby tanya la cashier tu about opening hours kedai tersebut. Dia tergerak hati nak tanya coz most of other kedai makan tutup on Friday. Bagus jugak lah kalau kedai tu memang sentiasa beroperasi pada ari Jumaat. In case ada kenkawan or sedara datang bole la bawa makan kat situ.

En Hubby: Adik, kedai adik ni buka dari pukul berapa sampai pukul berapa?
Cashier: emmmmm....ikut laaa...pukul 4 ka pukui 5 ka tapi pukui 12 malam kami tutup. Ari ni pukui 5.30  baru buka.
En Hubby: ooooo...kiranya kedai adik ni buka lepaih waktu asar la nooo. Buka tiap tiap ari ka?
Cashier: Kami buka ikut dan sajaaa.... kalau rasa nak buka kami buka..ari ni hari Jumaat pun kami buka.
En Hubby: oooooo....kiranya dalam seminggu tu adik tak dak ari yang tutup la...
Cashier: emmmm....kami ikut dan ja abang....kalau kami rasa nak tutup kami tutup...ari tu kami tutup sebulan....
En Hubby: oooooooo.....bole meniaga mcm ni noooo....baguih lah....

Note: ikut dan= no specific rule to follow

Friday, May 18, 2012

Bila Saya Marah

Bila saya marah
Saya membebel mengenai perkara yang saya marah
Itu biasa..tak perlu risau
Saya belum betul marah...

Bila saya marah
Saya menangis
Itu biasa...tak perlu risau
Saya belum betul marah...

Bila saya marah
Saya merajuk
Itu biasa...tak perlu risau
Saya belum betul marah...

Bila saya marah
Saya masih mahu berbincang mengenai perkara yg saya marah
Itu biasa...tak perlu risau
Saya belum betul marah...

Bila saya marah
Saya tak minat untuk membebel perkara yg saya marah
Saya tak menangis
Saya tak merajuk
Saya tak berminat lagi untuk berbincang mengenai perkara yg saya marah
Saya diam
Itu bahaya
Saya betul betul marah.....

Thursday, May 17, 2012

The Boleh Land Stories

The Journey
Alhamdulillah we have safely arrived the Boleh Land around 7am 27 April 2012. emmmm...but the first episode of the Boleh Land stories started as early as 1.00am 27 April. It started with an announcement made by MAS staff about the delay of the flight. Terkejut ke kitaorang? Idak langsung ..sebab rasanya problem MAS tak ikut jadual ni dah jadi cam trademark untuk MAS le plak. No wonder diaorang asyik rugi je..they should learn from Air Asia...heeee.

Around 3am baru la bole departed. Huish...penat giler beb! Apa taknya, dah la the whole siang tu tak rehat langsung, urus pelbagai bagai benda...then meriba siNina yang dari pukul 11pm dah start tidor atas riba kat airport. Nak buat camna kannnnn...itukan service kapal terobang tercanggih the Boleh Land.

Our House
Alhamdulillah my beloved mom dah upah Indon untuk cuci our pondok, so that night kami dah bole tidor kat umah sendiri. As expected the condition of the house memanglah tak sama mcm yg ditinggalkan 4 years ago. The Boleh Land system is not like Oz system. Kat Oz, the house agent penalised us AUD$77 hanya kerana ada sedikit sarang labah kat sudut ceiling kitchen !Kenkawan yg pernah menyewa di Western Australia mesti paham betapa dasssaaatttnya rule yg perlu tenant ikut.

Schooling
No hanky panky in registering Nina for Darjah 1 next year. Just went to the chosen school with her birth certificate, within 10 minutes settled semua. As for now, we enrolled her to Smart Reader Kindy. Terkejut beruk bila nengok registration fees , around RM 1200+. En Hubby cakap mcm register nak buat PhD kat local university le plak..addooiii.

Abg Ngah yg problem. At first we went to the chosen school, then the school instructed us to go to PPD. Went to PPD...ding dong ding dong..were instructed to go to JPN. Went to JPN, ingatkan bole settle, rupanya JPN bagi borang je, then instructed  to go back to the chosen school. Pi mai ...pi mai, eventually Abg Ngah started his schooling on 13 May 2012.

On the 14 May 2012 (2nd day of school) Abg Ngah ditarik telinga oleh cikgu Maths dgn teruk sekali (balik sekolah still ada kesan merah kat telinga). When asked, Abg Ngah cakap that Math teacher punished him because Abg Ngah tak buat homework. Mcm mana nak buat homework, buku pun sekolah belum bagi lagiiii!!!!!. Hampeehhh sungguh.

Sian sungguh Abg Ngah, hari ke3 nak ke sekolah muka dah pucat lesi. So pagi hari ke3 tu around 10am, I pegi mengadap Guru Besar . Berbincang. Mohon agar pihak sekolah bagi sedikit masa for Abg Ngah untuk adjust. Kan ke baru 2,3 hari start sekolah. Buku pun blum dapat, Abg Ngah sendiri pun still pening lagi ngan sistem sekolah.

So sesapa yg tengah dok cari topik PhD tu, may be bole buat tajuk "Psychological Safety Climate in Malaysian Schooling System". Mr FF bole tolong supervise kot. Dia expert ni bab bab climate ni.. Personally I rasa sistem sekolah makin menyedihkan.Sian kat bebudak. Keseronokan childhood  dirampas dari mereka. Sekolah yg sepatutnya jadi tempat yg menyeronokkan jadi satu tempat paling boring. Apa nak jadi dgn kita nih???

Other issues
I menyampah bila bawa kereta kat the Boleh Land. Bila on the road, org kita lupa diri. Tak payah cerita pasai remaja yg muda belia, yang berkopiah pun bila on the road jadi semacam je.

I menyampah speed internet kat the Boleh Land. Kononnya laju tapi mcm siput. Herannya P1 bole laju dari streamyx. Tak payah cakaplah bab Berukband.

I suka bole makan buah durian and rambutan kat sini. Lagi satu,kalau tak sempat masak or penat sgt I bole je pegi tapau lauk kat kedai. Pukul 11 malam pun kalau lapar bole kluar makan kat kedai mamak.

Conclusion
Deep down my heart I jatuh cinta ngan Oz. I love the simple lifestyle there. Tapi dah adat dunia, kita tak akan dapat semua apa yg kita nak.....

Saturday, April 14, 2012

Semuanya Terbalik

Abang Long dah masuk bulan ke 4 berada di sistem persekolahan di Malaysia. Saya memang sedih untuk biarkan dia sesorang hadapi transition period kat Msia. Namun keputusan harus dibuat demi untuk masa depan beliau. Kalau Abg Long balik dgn kami, dia akan ketinggalan 4,5 bulan pula pelajaran. Risau takut tak terkejar plak dia.


Selama 4 bulan nih juga saya asyik mendengar rintihan hati Abg Long setiap kali tipon bertanya khabar. Setiap kali itu juga hati saya sebagai seorang ibu bagai dihiris. Banyak perkara yang semasa disini mengembirakan Abang Long, kat Msia dah jadi satu bebanan. Abg Long sempat berada di high school di sini selama 3 tahun. Sepanjang 3 tahun, saya tak pernah dengar sekalipun dia merungut tentang sekolah. Pergi sekolah dan buat kerja sekolah bukan lah satu bebanan, ujian ujian yg dilakukan sepanjang tahun pun tidak mengundang stress kepada Abg Long dan berkawan juga bukanlah satu masalah bagi Abg Long. Ringkas cerita walaupun Abang Long bukanlah 'the best pea in a pot', dia melalui proses pembelajaran dengan gembira. Sekarang ni semuanya dah terbalik.


Dari perbualan di tipon, saya dapat detect yang diusia semuda Abg Long dia dah alami stress. Stress untuk menghabiskan homework yg banyak tiap hari, stress kerana tidak happy ketika berada di sekolah, stress kerana still tidak punya kawan. Ejekan dari kenkawan menjadi mainan harian Abg Long. Abg Long masih mencari cari jalan untuk hadapi semua ini.


Dia cuba berjumpa dengan guru kaunseling dengan harapan dapat membantu untuk menunjuk jalan. Untuk berjumpa dgn guru kaunseling pun bukan lah sesuatu yang mudah. Saya menyarankan agar Abg Long buat appointment, namun nampak gayanya cara ini tidak digunapakai secara bersungguh.


Baru baru ini Abg Long makin tidak happy apabila beliau dibelasah teruk semasa sessi sparing untuk grading Taekwando. Adengan itu plak bole ditonton oleh semua orang. Menurut Abg Long itu adalah sessi grading pertama beliau kat Msia. Kononnya disebabkan Abg Long sudah mendapat sijil talipinggang biru di Oz, untuk confirmkan Abg Long ni betul betul layak memegang blue belt beliau mesti hadapai grading tersebut. Yang membuat Abg Long terkejut besar dan langsung tak bersedia Abg Long langsung tidak menyangka yang body contact dibenarkan. Meaning betul betul tumbuk and tendang. Dia juga terkejut apabila org ketawa bila melihat dia dibelasah dan org keliling melihat adengan itu dengan rasa tidak bersalah.


Untuk makluman pembaca, mazhab Taekwando kat Oz berbeza plak ngan kat Msia. Kalau tak salah saya satu WTF satu lagi ITF. Saya sendiri tak paham. Yang saya tau semua bebudak kat Oz ni pegi Taekwando untuk beriadah , belajar bersosial dan bergembira. Sepanjang 3 tahun ketiga tiga anak saya tidak pernah rasa dimalukan semasa sessi latihan or grading. Mereka gembira disetiap sessi latihan and grading. Sessi latihan dan grading pula dikawal ketat. Body contact memang tak dibenarkan langsung. Nak ambik gambar masa latihan langsung tak dibenarkan, masa grading hanya masa tertentu sahaja dibenarkan mengambil gambar. Ibu bapa dan keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk jadi spectators. Grading dan latihan di buat di dewan tertutup. Grading dan latihan untuk Taekwando untuk kebanyakan bebudak adalah berbeza dgn few selected kids yang ditrain khas untuk competition.


Pengalaman pertama grading kat Msia telah membuatkan Abg Long rasa 'humiliated'. Sekarang ni sessi Taekwando yang dahulunya dilalui dgn penuh kegembiraan dah menjadi satu bebanan tambahan pada Abg Long. Dia dah menyuarakan hasrat untuk berhenti terus kepada En Hubby kerana malu untuk menghadapi orang keliling. Entah lah.....


Saya ada bertanya kenkawan yang juga telah memulakan kehidupan di Msia. Rata rata mereka menyatakan yang anak anak mereka juga mengalami masalah yang sama; tidak minat untuk ke sekolah, tidak minat nak join aktiviti and problem dgn berkawan. Ada seorang kawan bercerita, anak beliau hanya excited pada hari pertama persekolahan di Msia, tapi pada hari kedua persekolah dah cakap tak nak pegi sekolah.


Semua ini adalah cabaran tambahan bagi saya dan En Hubby apabila kami sampai Msia. Abg Ngah and Nina juga pasti menghadapi masalah yang sama. Saya dah predict Abg Ngah akan terkejut dan stress ngan homework yang banyak. Saya juga predict cikgu pasti tidak akan benarkan Nina pakai 'sunglass' sepanjang hari di sekolah (bila mood Nina nak pakai sunglass dtg) atau pakai baju princess untuk ke sekolah (bila Nina declare ari ni dia nak jadi princess).


Saya juga tengah berfikir cara terbaik untuk pulihkan semangat dan minat Abg Long untuk mengahadapi sistem pembelajaran yang mencabar. Beliau akan menghadapi SPM tahun hadapan. Kepada pembaca yang punya maklumat tentang sessi motivasi yang bagus untuk pelajar sekolah menengah dan home tuition yang bagus di kawasan utara Msia (Kedah & Perlis) harap dapat salurkan maklumat kepada saya. Saya amat menghargai maklumat dan bantuan anda semua.

Friday, April 13, 2012

Bahawa Mati itu Benaarrr!!!




Semalam saya dikejutkan dengan berita kematian rakan sejawat. Beliau juga sedang berada di peringkat akhir pengajian PhD beliau. Saya tidak mengenali beliau secara dekat. Kami berkhidmat di lain cawangan tetapi saya berkesempatan berjumpa dan mengenali beliau beberapa kali ketika menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti.


Kebaikan, keramahan dan kelembutan tuturkata dan peribadi beliau menyebabkan saya masih dapat mengingati cara beliau berbual walaupun dah bertahun tahun tak berjumpa. Dari segi umur rasanya beliau hanya senior beberapa tahun dari saya. Khabarnya beliau telah diserang stroke.


Berita ini lebih menyedarkan saya yang ajal maut tidak mengira usia . Adakah bekalan saya dah cukup untuk dibawa ke sana apabila sampai saat dan ketika? Saya mendoakan beliau ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau terutama anak anak yang telah kehilangan ibu mithali dan suami yang kehilangan isteri yang solehah. Alfatihah untuk almarhumah...

Thursday, April 12, 2012

Footballer OR dot dot dot

Akak ni idak le minat bebenor ngan si artis nih. Tapi semenjak dua menjak semua file sekolah & buku buku dah dishipkan ke Msia, akak dok layan baca bab artis kot internet le....heee. Sian plak bila baca bab si artis ni diceraikan oleh sang suami melalui SMS. ish...ish,...ish...ish... awat buat lagu tu cheq??. Kan org tua tua dok pesan ..ambik dulu cara elok, bila tak mau pun buat la cara elok. emmm...jadi may be sang suami yang pemes sebagai footballer tu sebenornye kena panggil "no baller"...kui kui kui.

Wednesday, April 11, 2012

Lain Padang Lain Belalang

Source: Google




Baru baru ni saya berkesempatan berbual or lebih tepat mendengar perbualan diantara seorang teman dgn kenalannya. Secara kebetulan saya berada disitu. Kenalan kepada teman saya ni menyatakan bagi diri dia, PhD bukanlah satu laluan yang susah, beliau dapat menghabiskan PhDnya kurang dari tempoh yang ditetapkan dan menghasilkan tiga penerbitan. Yang penting kena baik ngan svsor. Kerana saya langsung tidak mengenali beliau, saya hanya tersenyum mendengar hujahnya.

Perbualan tu memberi kesan negatif kepada teman saya. Teman saya ni masih lagi sibuk berjuang dan telah pun berada di penghujung tahun ke 4 pengajian. Stress level beliau amat tinggi. Mana nak pikir pasai study lagi, mana nak pikir pasal duit lagi. Kalau tak dapat complete juga, yuran university kena tanggung sendiri. Seperti yang dijangka, malam itu juga saya menerima panggilan tipon dari teman saya dengan nada penuh kesedihan beliau menyatakan rasa rendah diri dengan apa yang telah disampaikan oleh kenalannya.


Di sini saya ingin share pendapat saya mengenai perkara ini. Bagi saya setiap satu PhD tu berbeza. So, tak payah lah kita nak menghighlightkan berapa tahun kita dapat complete our PhD and berapa banyak publication yang kita bole buat sekiranya publication itu hanyalah di journal journal 'cap ayam'.


Contoh, teman saya ni membuat PhD dalam bidang sains dan mode PhD dia adalah by publication. Beliau juga menjalankan PhD di university yang diclassifykan sebagai G8 di Australia (Group of 8/top uni). Nak tak nak, dia kena berhempas pulas untuk memastikan sekurang kurangnya 3 paper dipublish di journal journal yang berkualiti. High ranking journal. Nak dapat tembus journal ni bukannya mudah. Bukan saya cakap, ini fakta kerana sesetengah University dan svsor amat cerewet. Dia orang lebih minat dgn soklan 'Where did you publish your work?' rather than 'Have you published your work?'


Berada di G8 university plak memberi tekanan tambahan. Quality amat diutamakan and bila bercakap bab quality saya rasa sekadar 'baik ngan svsor' tidak memberi kesan apa apa pun. Expectation tinggi. Again bab quality ni very subjective. Dalam satu talk yang saya hadiri during my second year, seorang Prof pernah memberi contoh thesis yang analisis nya salah. Penulisnya dapat juga PhD. Penulisan thesisnya penuh grammatical error, dapat juga PhD. Theory yang digunakan tidak tepat, dapat juga PhD. Ada juga yang hanya buat library research- tulis bab advantages & disadvantages about sesuatu perkara, no systematic/statistical analysis (Nvivo ke apa ke), dapat juga PhD.


So personally lah (memperingatkan diri sendiri juga), kalau dah berjaya dapat PhD, tak yah lah nak berlagak sombong or highlightkan how good you are dan memandang rendah dgn org yang gagal or mengambil masa yang lama untuk menghabiskan PhD mereka. Silap haribulan, golongan yang gagal and lambat nak complete ni lebih banyak ilmu research dalam diri mereka. Bukan ke, lagi banyak kesalahan yang dibuat tentunya lebih banyak benda yang dipelajari. Macam orang sesat jalan le, diaorang ni akan jumpa banyak lagi jalan dari golongan yang berjaya terus sampai ke destinasi...heee.

Kepada teman saya yang masih lagi stress, macam saya cakap dalam tipon le...buat 'derrk' je ngan species ni.... heeeee. Teruskan menulis, saya percaya you will reach your destination soon. Don't give up! go...go..go...

Monday, April 9, 2012

Mirror Mirror

Source: Google


Semalam bawa Nina & Abg Ngah nengok movie Mirror Mirror. Kiranya ini last movie session untuk diaorang b4 balik for good. Last week during Autumn River Festival, bebudak tu dah ada last camel ride session. Ada lagi few activities yang cuba dibuat b4 balik. Antaranya diaorang nak ucap goodbye kat Koala & Kangaroo kat Wildlife Park, nak makan lobster kat Fremantle and nak main/picnic kat Kings Park. Harap harap masa & duit mengizinkan le untuk fulfil permintaan b4 balik nih.


Back to the movie. Nina suka amat cerita nih. Start je filem, dia dah excited bila dengar Julia Robert dok bercerita yang that story is a story of a kingdom far far away. Terjerit dia dalam panggung tu "yeay that's the place I want to go".


emmmm...sejak dari filem Shrek lagi Si Nina dok berangan nak pergi Kingdom Far Far Away. Sampaikan last year time balik Msia, masa naik Air Asia dia siap tanya I , kapalterbang ni pegi tak kat Far Far Away..Addoiii.


Bila tunjuk je part Julia Robert duduk kat singgahsana dia, Nina jerit plak " She looks silly". Then satu part lagi yang Nina rasa tak puas hati bila sampai part tunjuk Snow White dah besar. Nina cakap "Snow White should have short hair". Then, bila sampai part hero naik Kuda, Nina jerit lagi " haaaa..I know..Prince Charming, Prince Charming". Pendek cerita, sepanjang movie tu, jenuh jugak la nak suruh Nina diam. Nasib baik gak lah makcik makcik lain yang ada dalam panggung tu sporting.


Overall, bagi saya cerita tu very entertaining. Abg Ngah yang pada awalnya mcm tak minat nak tengok (coz according to him movie ni "girl's movie") pun tak merungut during and after the show. Kira dia suka jugak le tu..heee.


Bestkan kalau producer kat Msia buat movie cam gini. Bebudak mesti happy. Dulu rasanya saya penah tengok "Magika" keluaran KRU production kot. Best gak cerita tu, especially for kids. Ye lah kan rather than dok hidangkan filem Rempit sana sini and bagai bagai Hantu untuk bebudak, buat le filem cam gini. Tapi idak le plak teman tahu, KRU dapat balik modal ke tak bila diaorang buat "Magika"tu....heee

Sunday, April 8, 2012

Faraid





Hampir semua harta harta yang kami akan tinggalkan telahpun diFaraidkan kepada kenkawan kat sini. Antara few yang tinggal adalah cam dalam gambar kat atas. Ikan kesayangan Nina & Abg Ngah and my pokok daun kesum. Masih berfikir fikir siapakah yang layak untuk menerima 2 benda nih.Kriteria penting adalah punya minat untuk menjaga dua benda nih.


Ikan tu selama ni dijaga oleh Nina & Abg Ngah ngan penuh kasih sayang. Pada musim winter, Nina & Abg Ngah akan ubah kedudukan ikan tu supaya dekat sikit ngan heater. Kononnya takut ikan tu sejuk. Ikan bole rasa sejuk ke? kan ikan hidup dalam air?..entahlah..I pun konpius. Yang pasti, setiap kali winter, bebudak 2 org tu kalut dok ubah balang ikan. Sesekali En Hubby akan mencuci balang dan menggantikan air.


Zaman saya bebudak dulu, ikan tu idak le berharga pun. Kat Msia pun bukannya mahal sgt. Kat Oz ni , biasalah, bole tahan harganya. Tak penah pun saya terfikir ikan ni ada commercial value. Lagi satu, antara rule yg ditetapkan oleh house agent adalah tidak bole bela any pets including fish. So, setiap kali agent melakukan routine house inspection (3 bulan sekali), ikan tu akan disembunyikan oleh bebudak berdua tu didalam almari baju Abg Ngah. Selama hampir 4 tahun nih, ikan tu selamat la.


Pokok daun kesum tu pula telah menjadi sumber daun kesum kepada sebahagian pelajar Msia kat sini. Kalau ada yang nak masak asam pedas or laksa, selalunya tipon umah saya akan berdering , bertanyakan daun kesum. Besar tu jasa pokok daun kesum nih...heeee. Pokok ni pun asalnya difaraidkan kepada saya oleh pelajar yang terdahulu. Alhamdulillah saya menjalankan tanggungjawab menjaga pokok ni setakat yg termampu. Until now, ok lagi lah.


Harap harap, orang yang terpilih untuk difaraidkan 2 benda nih akan dapat menjaga ikan tu dengan penuh kasih sayang dan memastikan pelajar Msia tidak terputus bekalan daun kesum...kah kah kah.

Saturday, April 7, 2012

Our last autumn


Sekarang ni cuaca makin nyaman kat Perth nih. Cuaca Perth yang I tak tahan hanya lah musim summer yg panas melampau tu. Musim lain ok , nyaman je. Proses memacking barang pun dah sampai stage terakhir. InsyaAllah 11 hb ni shipping company akan dtg untuk collect all the barang.

Then, on the 12 April bermula lah proses intensif mencuci umah. Plannya, En Hubby and I akan cuci dulu sedaya upaya kami, then final stage baru panggil professional cleaning company untuk clean all carpets. Jimat sikit. Resit pembayaran dari professional cleaning company tu kena hantar kepada house agent sebagai bukti yg umah tu dah dicuci secara professional. Fuhh! Itu lah yang leceh, rules kat Oz/WA ni, umah yang disewa mesti diserahkan kembali dalam keadaan seperti mana yang kita terima (mula menyewa). Meaning, En Hubby and I kena lah buat proses mengecat dinding (few spots) yang Si Nina dah tunjuk bakat Picasso dia.


Nasib baik gak umah ni tak ada masalah Cik Siti (Tikus) dan sebagainya. Kalau tak kena panggil professional pest killers plak untuk combat Cik Siti nih, then again, resit kena tunjuk kan house agent sebagai bukti yang kita dah berikhtiar membasmikan Cik Siti secara professional. Haaaa.....kepada pihak penaja, kalau ada yang terbaca blog ni, bayangkan lah cost ($) yang kami student kat WA ni nak kena keluar dari poket sendiri b4 dapat balik ke Msia untuk semua service yang namapun "professional". Bukannya kami syok syok nak buat, ini adalah law kat WA, kalau tak ikut tak leh la nak sewa umah kat sini. Tak kan lah plak 4 tahun nak pacak khemah bawah pokok.


Satu lagi, semasa proses cuci mencuci dan proses penyerahan kunci umah dilakukan nampak gayanya kami kenalah menumpang berteduh kat umah kawan kat sini. B4 this pun ada yang dah berteduh kat umah kami. Kiranya ini semangat tolong menolong yang ada antara student Malaysia kat sini le. Maklumlah, mana nak korek duit nak sewa hotel or lodge dalam proses tersebut yang selalunya ambik masa around 2 weeks. Travel lodge yg paling korok untuk family 3 anak pun dah $100 per nite. Again, kat WA ni nak sewa bilik hotel/lodge pun kena ambik kira bilangan anak. Tak leh nak sumbat je..... kui kui kui.


Apa kaitan posting ni ngan tajuk kat atas tu? hahahaha..tiada correlation pun. Yang pasti I sedih nak meninggalkan musim autumn yang nyaman dan mendamaikan. Masih teringat, tatkala I buntu untuk menulis thesis dan menyelesaikan problem PhD, melihat daun daun yang gugur dan suasan autumn dari tingkap bilik juga membantu mengurangkan stress. Berjalan dan melihat anak anak gembira bermain di park di musim ini juga mendamaikan perasaan. Hembusan angin di musim ini yang kekadang sejuknya terasa ke tulang membawa seribu kenangan dalam hidup. Autumn tetap dihati...